RAMADHAN DATANG LAGI
Assalamualaikum buat muslimin semua,
Alhamdulillah, bertemu juga kita dengan Ramadhan tahun ni. Seperti tahun-tahun yang lepas, alhamdulillah, kami sekeluarga (6 orang semuanya) ada di rumah. Walaupun ada masanya anak-anak pergi bekerja diluar Langkawi atau ke luar negara buat seketika, tapi sekarang, hari ini semua berada dirumah. Di tambah pula pada saat saya menulis blog ini iaitu pagi Sabtu (hari pertama) berpuasa, kedua-dua anak lelaki cuti mingguan (off day), jadi petang ni waktu berbuka nanti, pasti meriah dengan gelagat dan riuh rendah suara mereka.
Malam tadi saya bersama anak gadis pergi menunaikan solat sunat Muakkad iaitu solat Tarawih. Suasana sebelum menyambut puasa adalah suatu suasana yang sungguh indah.Habis saja solat Maghrib, kami bersiap-siap untuk kemasjid. Anak lelaki saya dah bersuka rela nak hantar kami ke masjid. Sebelum ke luar rumah, dia melihat saya memakai jubah baru dan bertudung hitam. "Wah, mama pakai baju baru ni". Jawab saya pula,"Ya lah. ma nak pi jumpa Tuhan. Nak la juga nampak cantik. Pian jom la ikut sekali". Dia tersengih-sengih. Kalau macam tu memang tak pi la tu. Tapi saya tak nak memaksa. Kalau selalu kita ajak, kita usik sambil melawak dengan mereka ,insyaallah satu hari nanti akan terbuka juga hati mereka untuk ikut sekali. Saya pun bukanlah seorang yang tinggi ilmu agamanya. Saya pun masih merangkak mencari keredhaannya. Tapi saya cuba melakukannya dengan hati yang ikhlas. Moga-moga diterima ibadah saya ini..
Kami kemasjid agak awal, dalam pukul 8.30malam , kami keluar rumah, bukannya apa, tapi memandangkan malam pertama Tarawih, selalunya masjid sesak. Jadi bila dah awal tu, tak ada la nak kelam kabut. Mana nak cari tempat letak kasut lagi(takut hilang), nak cari tempat duduk dan juga kalau terjumpa kenalan nak juga ber hello-hello. Habis 'Isyak, berehat sekejap, lepas tu terus Tarawih. Suara Imam jelas sungguh. Sedap bacaan dia.Bacaan dia laju. Si Sophie, anak saya, merungut sikit, katanya imam baca laju sangat. Tapi bagi saya okay ja, janji jelas supaya senang kita nak ikut. Dia bermula dengan surah AL Baqarah. Kalau dapat ikut Tarawih ni sampai kepenghujung dapat juga khatam Quran dalam bulan ni,kan?
Apa yang membuat kita seolah-olah tidak sabar menanti tibanya bulan Ramadhan? Padahal kalau daripada pandangan orang bukan Islam, mereka mungkin akan mengatakan, "Eh, tak maulah saya puasa. Teruknya nak tunggu dari pagi sampai lewat petang." Tetapi itulah yang dikatakan iman. Kita dapat menunaikan tanggung-jawab kita sebagai seorang Muslim dengan selambanya. Memang la letih pada dua atau tiga hari pertama, tapi lepas tu dah macam tak puasa dah. Suasana bulan Ramadhan itu sendiri yang membuat kita tertunggu-tunggu setiap tahun.Dulu-dulu masa muda malas nak buat semua ni (pergi terawih), tapi bila dah masuk usia senja ni, baru rasa nikmat berpuasa. Jiwa rasa tenang, perasaan marah pun dah kurang, tapi yang paling best, dosa mengata kat orang dah kurang banyak..tau kenapa? Sebab saya sekarang dah tak kerja..duduk kat rumah saja. Saya pulak jarang keluar rumah bertandang kerumah jiran atau kawan. Kalau keluar pun dengan anak-anak. Jadi, macam saya tulis tadi lah..kurang sikit dosa mengumpat tu..Dan bila duduk dirumah tu.. rajin sikit la dari selalunya.. buat sikit sebanyak ibadah yang boleh dibuat, umpamanya membaca Quran. Bukannya lama pun. Saya selalu suka membaca selepas solat Subuh.. sejuk sikit,lagipun suasana di luar sunyi, aman dan tenang. Terapi untuk minda..wah, bunyi dah macam Dr Fadzilah Kamsah la pulak. Tak dapat banyak,sikit pun jadilah. Insyaallah, mungkin satu hari nanti saya akan dapat menjadi wanita yang solehah pulak. Doa-doakanlah untuk saya ya!
First day puasa ni,tentu ramai tengah memikirkan apalah nak dimasak hari ni. Apapun kita janganlah terlalu berlebih-lebihan pulak. Sayang makanan yang belambak tu kita buang..membazir sangat. Si Sophie nak makan asam pedas, abah dia pulak tak berapa nak suka asam pedas, jadi rasanya saya nak masak sikit gulai ikan kering, buat kerabu sikit, last goreng ikan atau ayam. Untuk dessert buat agar-agar santan. Kira okay la tu.Yang dua lelaki tu memang confirm puasa hari ni sebab cuti. Kadang-kadang tu ada jugak dia orang ponteng. Letih, busy sangat (time kerja), kata dia orang. Saya cuma boleh nasihatkan aja, nak garang-garang macam dia orang kecik2 dulu dah tak boleh lagi dah,ehh bukan tak boleh tapi tak manis sebab dah boleh jadi suami/bapa orang pun nak kena jerit lagi ke? Yaya, si bongsu tu, makanan apa pun yang saya masak, sesedap mana pun makanan tu kalau tak ada ayam maka tak sahlah hidangan bagi dia. Even kalau saya buat koay tiew pun,(nak juga masukkan kerang atau udang) perencah utama tetap ayam. Haii..letih jugak dengan perangai anak-anak ni. Tapi itulah...macam yang selalu orang cakapkan, kalau tak ada anak-anak macam makanan tak bergaram.
Jadi, ini sajalah yang dapat saya fikirkan untuk blog kali ini. Sama-samalah kita menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh kesyukuran dan moga-moga diberi keberkatan dan kesihatan yang baik sepanjang hayat..Insyaallah..
Rose
21hb July '12
No comments:
Post a Comment