Blogger templates

Saturday 18 April 2015

Makan Time Di Boat Noodle Jaya One

Salam hujung minggu,

Minggu lepas Sophie ajak saya keluar makan, katanya nak belanja saya pulak. Jadi dengan hati yang terbuka saya terima pelawaan dia.

Kami ke Jaya One yang terletak di Jalan Universiti, Petaling Jaya. Banyak yang saya dengar tentang tempat ni tapi belum pernah sampai sebelum ni. Tempat ni lebih happening disebelah malam tetapi memandangkan kami pergi untuk brunch, jadi suasana tak seberapa meriah.


Sophie ajak saya makan kat satu restoran ni, namanya The Boat Noodle. Pandai depa nak attract orang untuk pergi ketempat ni. Strategi yang digunakan ialah satu mangkuk mee harganya RM1.90. Maunya tak berbaris orang menunggu. Rupa-rupanya 1 mangkuk tu, sekali atau dua kali sedut mee tu, dah pun habis. Mau tak mau, kita order lagi. Sekurang-kurangnya 2 mangkuk seorang. Jadi, kalau ikutkan harga, lebih kurang harga semangkuk mee ditempat lain.


Ini rupa mee semangkuk RM1.90 tu. Yang saya kurang minat ialah, banyak mangkuk yang diguna untuk serve pelanggan adalah mangkuk yang sumbing. Kalau arwah tok wan saya dulu, mangkuk macam tu harus di angkat dan dilempar keluar rumah dah.  Nak kata tak untung, berjela-jela orang menunggu nak makan disitu.
Kepada tuan punya kedai, eloklah keluarkan sikit modal untuk membeli pinggan mangkuk baru untuk meraikan pelanggan anda.

Makanan di sini kebanyakannya dah siap seperti mee ayutthaya. Ini menjadikan servis lebih cekap dan cepat. Kami order 2 jenis mee, 2 mangkuk seorang, 2 grill bebola ayam, 1 fruit salad dan kuih tako.


Yang menjadi favourite saya ialah fruit salad di sini. Sangat refreshing dan sedap.
Kuih tako dia pun sedap.

Apa pendapat saya tentang tempat ini? Saya mungkin akan kesana lagi sebab saya sukakan fruit salad dia. Tetapi pada masa yang sama juga, saya mungkin tak akan kesana lagi disebabkan mangkuk sumbing tu. Sangat mengganggu fikiran. Mungkin bagi orang lain tak ada masalah tetapi bagi saya, ia adalah sesuatu yang harus dititik beratkan oleh pemilik. Mereka harus menganggap pelanggan sebagai tetamu dan tetamu seharusnya diberi layanan yang istimewa.


Makanan disini pun tidak lah semurah seperti yang di promosikan. Untuk bebola ayam bakar itu harganya RM4.90. Cuba lihat menu dibawah. Jadi apa salahnya mereka menjaga kualiti dan nama kedai itu sendiri sebaik mungkin sebab makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai menyelerakan.


Kepada anda yang teringin nak mencuba, bolehlah mencuba ditempat ni dan kalau boleh bagi feedback kepada saya di ruangan komen supaya kita boleh bertukar pendapat.

Salam dari saya,
Rose
19th.April 15

No comments:

Post a Comment