Blogger templates

Wednesday 24 September 2014

Kari Dhal Buah Remunggai


Alhamdulillah, dapat juga saya makan kari remunggai ni. Bukan apa, makanan yang agak lain dari kebiasaan, selalunya tak mendapat sambutan di rumah ni. Tapi dek kerana teringin sangat nak makan, saya buat jugak. Asik ikut selera dia orang ja, kita yang memasak ni, sekali sekala nak juga jamah makanan yang kita suka, ya dak?
Oh ya, di sebelah utara iaitu Kedah,Perlis dan Pulau Pinang, kita sebut buah remunggai, kalau disebelah selatan rasanya dia orang sebut buah kelo.

Jom tengok bahan apa yang diperlukan :

1/2 cawan kecil kacang dhal (rendamkan dulu selama lebih kurang 4jam)
4 batang buah remunggai (di potong anggaran 3inci )
1 biji telur
1 sudu makan udang kering di tumbuk halus
1 atau 2 biji ubi kentang di potong empat (boleh potong lebih kecil)
3 biji buah keras (ditumbuk halus)
1 inci halia di hiris halus
3~ 4  tangkai cili kering yg disangai tanpa minyak
1/4 cawan santan
2 sudu makan serbuk rempah daging dicampur dengan sikit air sebagai pes
1 keping asam keping/ gelugor

Kita mula memasak :

Ini rupa buah remunggai. Harus disiat kulitnya sebelum memasak ya!

1) Rebus kacang dhal sehingga empuk dan hancur.

2) Semasa kacang dhal separa empuk, masukkan ubi kentang, rempah daging dan halia.
    Tutup periuk. (Kita tak nak kentang terlalu lembik kalau dimasukkan terlalu awal)

3) Buah remunggai boleh dimasukkan semasa ubi kentang hampir empuk atau lebih awal lagi.
    Ikut kegemaran masing-masing.


    Tapi kalau ikut cara saya, saya masukkan buah remunggai semasa
    kentang hampir empuk dan saya biarkan mereneh selama lebih kurang 10 minit.
    Saat ini, bolehlah dipecah masuk telur, garam, sikit gula (pengganti Aji), buah keras dan udang kering.


4) Terakhir, tuang masuk santan dan asam keping, juga cili kering yg di sangai tadi. Biarkan mendidih dan dah boleh tutup api.

4 ulas bwg merah di mayang
2 ulas bwg putih di mayang
2 tangkai daun kari di lurut dari tangkainya
sedikit minyak utk menumis


Di kuali berasingan, panaskan sikit minyak dan tumis bwg merah, bwg putih dan daun kari.
Bila dah garing, tuang masuk kedalam kari dhal tadi. Ini di panggil tumis darat.



Dah siap Kari Dhal Buah Remunggai.


Selamat mencuba!

Rose
25th.Sept '14




No comments:

Post a Comment