Blogger templates

Sunday 15 March 2015

Isteri Selalu Kena Buli

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya nak cakap pasai orang perempuan. Bak kata orang dulu-dulu, kita ni umpama timun, digolek pun kita luka, kena golek pun kita luka. Kahwin pun susah, tak kahwin pun susah. Yang mana yang belum kahwin walaupun usia dah menginjak ke angka 40-an mungkin mengharapkan kehadiran seorang suami didalam hidup mereka. Yang dah ada suami pula, mungkin dok pening kepala dengan fi'il dan perangai suami masing-masing.

Dulu semasa kita belum bernikah, kita dibawah jagaan mak bapa kita. Selepas kahwin, suami pulak take over. Kita wajib menjadi isteri yang solehah dan setia kepada suami. Tapi zaman sekarang ni, macam mana kita nak tunaikan tanggungjawab menjadi isteri yang baik, yang solehah dan yang mendengar kata? Suami sekarang banyak pentingkan diri depa saja.

Kebanyakan suami sekarang lebih senang melepaskan semua tanggung-jawab kepada isteri.Tak percaya cakap saya? Cuba tengok senario sekeliling kita sekarang yang dah menjadi lumrah harian, isteri pun keluar bekerja sama. Dulu ketua keluarga secara mutlaknya ialah sang suami. Dia yang keluar kerja, dia yang cari duit, dia yang sediakan makan pakai harian kita dan dia yang menjadi tunggak kepada isteri dan anak-anak. Tapi hari ni? Hari ni isteri juga boleh dipanggil ketua keluarga. Kalau orang lelaki baca mesti ada yang marah dengan saya, depa mungkin akan kata, isteri kerja tu untuk membantu meringankan beban sebab zaman sekarang mana cukup kalau suami seorang saja yang kerja.

Betul, saya setuju isteri bekerja untuk meringankan beban keluarga. Tapi bila isteri dah bekerja dan bersama-sama menanggung beban keluarga, suami jangan pula ambil kesempatan. Maksud saya, janganlah segala hal diletakkan diatas kepala isteri. Banyak suami yang baik, yang bertanggung jawab. Mereka semua memberikan nafkah secukup yang boleh kepada isteri untuk mengurus rumah tangga tapi itu tak bermakna semua isteri kena buat. Contohnya bil-bil tertunggak, dibiarkan untuk isteri menanggungnya, menghantar dan mengambil anak dari sekolah, isteri juga yang lakukannya, lampu bilik air tak menyala, isteri kena tukar sendiri, angin tayar kereta kurang, isteri yang isikan, anak-anak ada masalah disekolah, isteri yang disuruh pergi. Mana adil macam tu. Tak cukup dengan semua tu, bila balik kerja, expect isteri masak makan malam.Kan tadi kata isteri bekerja untuk mengurangkan beban suami. Jadi, bila isteri dah bantu suami, suami pun kena bantu isteri meringankan beban dia jugak.

Kalau macam ni dipanggil ketua keluarga, orang perempuan pun boleh jadi ketua keluarga. Saya jadi emo sikit dalam entry kali ni sebab saya tengok ramai kawan-kawan saya yang melalui kehidupan yang menyedihkan. Saya juga pernah melalui keadaan sebegitu semasa anak-anak masih kecil.

Dulu ada seorang kawan semasa saya masih bekerja di Sheraton Langkawi. Saya tulis nama dia sebagai S saja. Waktu tu dia masih agak baru berkahwin, lebih kurang setahun. Satu hari dia dapat tahu suami dia ada girlfriend baru, pramugari lagi. Apalagi meraung sakanlah S ni. Teruk dia orang bergaduh sehingga akhirnya si suami memutuskan untuk menceraikan S.

Yang buat saya sedih apabila si S ni punya sayangkan suami dia, sampai dia sanggup sembah lutut dan mohon maaf dari suaminya supaya jangan tinggalkan dia.
Saya tak faham, suami dia yang berselingkuh dan menceraikan si S ni, tapi dia pulak yang memohon maaf. Kita pun ada maruah juga. Kalau dah si lelaki tu tak nak kan kita, cari saja yang lain.

Orang lelaki punya perangai, bila dia tengok kita macam terlalu mengharap dan bergantung kepada depa, mula lah nak tunjuk belang dan taring depa. Silap sikit nak melenting, silap sikit suara dah tinggi. Cuba berlembut bila bercakap dengan isteri, pasti anda dapat melihat perbezaannya!

Ada seorang kawan tu suami dia musician. Dia bermain musik pada sebelah malam bermula dari pukul 9 malam sehingga ke 1 pagi. Kebanyakan musician yang saya kenal, selalunya akan menghabiskan masa berborak dengan ahli-ahli yang lain sampai hampir subuh. Jadi bila balik rumah mengantuk, terus masuk tidur sampai ke petang. Hal-hal berkaitan rumah tangga, isteri yang uruskan.
Apa salahnya bila habis kerja, kalau pun nak bersembang, sembang sat sudahlah. Balik rumah tidur sekurang-kurangnya boleh bangun awal sikit tolong cuci baju ka, masak nasi ka ataupun ambik anak balik sekolah. Kan ringan sikit beban isteri. Ini tidak, dia harapkan isterinya juga yang keluar dari tempat kerja ambik anak balik sekolah, cuci baju dan masak pun tunggu isteri balik. Kesian lah kat isteri-isteri anda sikit.

Yang paling sakit hati ialah, orang lelaki ni boleh pulak mengata yang isteri tak mau layan dia lah, tak jaga penampilan diri lah, memalukan nama suami dan macam-macam lagi. Pernah tak dia tanya kenapa isteri dia tak nak layan dia? Sebab perangai suami tadi dah membuatkan hati isteri sakit, menyampah dan kecewa. Bila semua perasaan ini ada dalam hati isteri, mana mungkin dia ada hati nak layan suami macam raja sedangkan suami sendiri pun layan dia macam mau tak mau saja.

Pulak tu, guna hukum hakam agama sebab isteri tak layan dia.Isteri nusyuz lah, isteri derhaka lah. Kalau nak cakap hukum hakam agama, rasanya para isteri lagi banyak nak tuntut dari semua segi. Dari segi agama, ramaikah suami-suami sekarang yang membimbing keluarga mereka kearah itu? Cukupkah nafkah yang diberi kepada isteri? Adakah dia berjaya membuat isterinya bahagia dengan kehidupan yang diberinya selama ini? Setelah lama bersama, pernahkah dia bertanya kepada isteri samada dia seorang suami yang baik atau suami yang zalim. Zalim disini bukan pada penderaan fizikal sahaja, malah penderaan secara mental juga adalah zalim. Penderaan sebegini lebih zalim kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar. Kat luar orang nampak suaminya orang yang baik dan sopan bicaranya, tapi dirumah, masyallah, anak bini semua tak berani nak angkat muka.

Isteri isteri suka berleter. Mana tak berleternya. Dari mula kahwin sampai dah nak dapat menantu, perangai dok macam tu juga. Balik kerja, buka baju buka seluar, tinggal selonggok atas lantai. Itu si bapa punya perangai. Tak masuk anak lagi. Jadi kalau semua berperangai begini dan tak dak sapa nak berleter, bayangkan keadaan dalam rumah itu sendiri.

Untuk suami-suami kat luar sana, saya cabar abang-abang semua, bermula dari hari ni, balik rumah nanti cuba tukar taktik sikit. Kalau dulu nak bersembang dengan bini pun macam tak dak idea nak bercakap, hari ni bila sampai rumah, cuba bagi senyuman yang macam mula-mula kenal dulu. Memang la isteri akan terkejut badak juga bila tengok suami senyum macam tu, tapi biar lah. Esok pulak, beli barang dapur sikit, tak kisah la beli sabun cuci baju ka, pengepit baju ka, janji beli sesuatu untuk kegunaan rumah. Lusa pulak, cuba mula bersembang sikit dengan isteri, mungkin agak janggal sebab dah lama tak communicate sesama sendiri. Tak payah sembang banyak-banyak dulu, cukup tegur dia(isteri), kata dia nampak sihat dan berseri.
Terakhir, yang paling penting, pada pandangan saya, jangan selalu bersikap negatif. Contohnya bila masuk saja rumah, mulut terus komplain, "semaknya rumah, tak kemas ke hari ni?" atau "Masak lemak ni dari dulu sampai la ni dok rasa macam tu saja, tak reti buat cara lain ka?"
Ayat-ayat ni semua sangat menyakitkan hati isteri. Paling tidak, kalau nak komplen sekalipun, bukan mulut saja yang bergerak, tangan pun kena rajin bergerak. Sambil mulut mengomel, tangan pun angkat penyapu dan tolong sapu sampah serta kemas apa yang patut.

Percayalah cakap saya, dalam masa seminggu anda akan dapat tengok perubahan pada isteri anda. Bukan perubahan pada penambilan dia, tapi perubahan pada penerimaannya terhadap abang-abang semua.
Tips ni khas kepada suami isteri yang dah lama mendirikan rumah tangga. Sebab bila dah lama bersama, suasana dalam rumah tangga jadi hambar, dah tak ada apa nak dibualkan. Dan para isteri pun kebanyakannya bukan mengharapkan hadiah yang mahal seperti muda-muda dulu. Dah cukup dah dengan segala cara romantik zaman muda-muda dulu. Apa yang isteri-isteri hendakkan sekarang, hanyalah sedikit penghargaan terhadap apa yang telah mereka sumbangkan kepada keluarga masing-masing.
Kalau anak-anak boleh nampak pengorbanan yang ibu mereka lakukan kepada mereka, takkan suami tak boleh nampak kot. Tak kira lah pengorbanan tu kecik ke besar ka, berikanlah penghargaan kepada isteri anda walaupun dengan senyuman. Tentu dia rasa macam di awang-awangan.

Benda yang kecil apabila diberi perhatian oleh si suami, mampu membuatkan isteri senyum sampai ke petang. Saya ambik satu contoh dari apa yang dibuat oleh suami saya hari tu. Dia call saya dari tempat kerja, dia kata macam ni, "Ma, kat kedai ni ada jual pulut ikan masin, ma nak ka, kalau nak abah beli." Tengok, dia cuma nak beli kat saya pulut kering saja, tapi saya tersangatlah berbesar hati dengan apa yang dilakukannya tu. Pulut tu mungkin cuma dua ringgit saja tapi sebab dia tahu dan ingat yang saya suka pulut, membuatkan saya sangat tersentuh. Sebab tu saya kata, sangat senang nak ambik hati kaum wanita ni.

Orang perempuan ni kebanyakkannya lembut hati dan bersifat pemaaf. Abang abang semua cuba buat macam yang saya tulis diatas tadi. Insya Allah, kalau tak banyak pun, ada sikit perubahan pun jadi lah. Kita bukan nak salahkan sesiapa, orang lelaki atau orang perempuan sama saja emosi kita cuma cara kita mengaplikasikan saja yang berbeza sikit.

Rumah tangga saya pun bukan selalunya tenang dan bahagia. Sepanjang 27 tahun kami bersama, macam-macam dugaan yang kami tempuhi bersama. Suka duka, sakit demam dan segala macam masalah membuatkan kami kadang-kadang hampir hilang punca juga. Bukan senang nak mempertahankan perkahwinan yang kita bina sewaktu muda dulu.

Pada pandangan saya yang paling penting dalam hidup berumah tangga ini ialah sifat hormat menghormati kepada pasangan kita.
Banyak orang tahu perkataan hormat menghormati ni tapi tak faham sepenuhnya. Apabila kita kata hormat menghormati terhadap pasangan kita, ini bermakna:
i)  Kita janganlah menengking atau marah pasangan kita didepan khalayak ramai
ii) Kita hormat privasi pasangan kita bila dia memerlukannya.
iii) Walaupun dah bergelar suami isteri, itu tidak memberikan kita hak untuk membuka surat-menyuratnya, atau buka almari bacaannya ataupun pergi kepejabatnya seolah-olah pejabat kita sendiri
iv) Kita hormat pandangannya dan jangan sekali-kali memperkecilkannya dihadapan orang lain
v) Paling penting, kita hormati perasaan dia. Jaga hati dia dan jadilah pendengar yang baik

Ramai pasangan yang dah bernikah selama berpuluh puluh tahun, akhirnya bercerai juga. Kadang-kadang perceraian ini disebabkan hal yang remeh saja tapi disebabkan perasaan tidak puas hati yang terpendam dijiwa terlalu lama membuatkan perceraian berlaku.

Jadi, sama-sama lah kita cuba menjadi pasangan bahagia seperti suatu waktu dahulu semasa kita mula-mula melayari alam berumah tangga. Bukan senang bagi kita nak menggapai kebahagiaan, kita harus bekerja keras kearahnya. Insya Allah, suatu hari nanti kita akan mendapat kebahgiaan itu sekiranya kita bersabar dan bermuhassabah diri selalu.

Salam dari saya,
Rose
15th.Mar '15

3 comments:

  1. Salam Kak Roses. Sanggup Kak tulis panjang ini. May Allah bless us.
    I'm very grateful of my children. Soothing my eyes and heart and soul.
    Since their birth. I can only say I'm grateful for having such kids. They make my life full and easy.
    Allah makes them make me full and easy though life isn't easy when they were sick... you can reach me via 0184086460. Salam ukhuwah pulut mangga manis Dan nasi goreng ikan masin.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Roses. Sanggup Kak tulis panjang ini. May Allah bless us.
    I'm very grateful of my children. Soothing my eyes and heart and soul.
    Since their birth. I can only say I'm grateful for having such kids. They make my life full and easy.
    Allah makes them make me full and easy though life isn't easy when they were sick... you can reach me via 0184086460. Salam ukhuwah pulut mangga manis Dan nasi goreng ikan masin.

    ReplyDelete
  3. Sejuk hati baca entri ni...tmksh.

    ReplyDelete