Salam semua,
Semalam saya ke Kuala Pilah lagi untuk menghantar anak bongsu saya balik ke kolej tempat dia belajar. Walaupun agak risau takut tersangkut didalam banjir kat mana-mana terutamanya Ulu Bendul, alhamdulillah semua nya elok dengan adanya sikit matahari.
Sampai Seremban dah hampir pukul 1, jadi biasalah time-time ni perut dah bagi signal minta makan. Kami singgah di satu tempat makan ni yang pernah saya singgah sebelum ni. Yang peliknya, dua kali ke situ, dua kali juga saya tak dapat nama restoran ni, Kenapa agaknya ya?
Selepas Google dua tiga kali, baru dapat nama tempat ni, iaitu Medan Selera PSMA .
Inilah tempat yang kami makan, Medan Selera PSMA, Ampangan, Seremban.
Apa yang menarik tentang tempat ni? Tengok list dibawah :
i ) Sangat luas dan senang park kereta
ii) Cara makanan disediakan sangat hygenic iaitu di balut dengan plastic wrap, cuma saya rasa orang kita selalunya lebih suka kepada konsep seakan akan buffet gitu.
iii) Banyak pilihan. Ada lauk pauk yang biasa dihidang untuk makan tengahari, ada nasi ayam, roti canai, bubur dan banyak jenis lagi.
iv) Air minuman di isi separuh cawan dan disimpan didalam peti sejuk. Kita hanya perlu pilih air apa yang kita idamkan, contohnya air laici. Ambil air laici ni, kemudian isi ais kiub sendiri.
v ) Layan diri dan makanan boleh di re-heat di micro wave yang disediakan di situ.
vi) Yang paling best? Ada kedai repair kasut kat sebelah medan selera ni.
Ini yang saya maksudkan dengan makanan yang di balut. Kita cuma perlu pilih apa yang kita nak. Harga dah siap terpampang di dinding steel makanan itu.
Untuk semua jenis makanan yang kami ambil termasuk nasi dan air, harganya ialah RM30.00 tepat.
Terpulang kepada kita untuk menilai samada mahal atau murah.
Apapun saya suka masak lemak daging salai tu. Tasty.
Macam mana nak ke sana? Hemm..ni ada sikit masalah sebab saya pun tak berapa familiar. Cuma apa yang saya boleh petuakan ialah, dari Seremban menghala ke Kuala Pilah, kita akan pass by Ampangan. Medan selera ni kat Ampangan.
Landmarknya? Kat seberang jalan tak jauh dari situ ada Giant Supermarket.
Saya melalui jalan Datuk Muda Linggi, kalau tak silap, sebelum sampai ke sini sejurus selepas traffic light.
Saya tak sempat ambik gambar makanan sebab ramai orang masa tu lagipun banyak yang dah habis. Jadi saya cuma dapat upload gambar makanan yang kami nak makan saja.
Salam dari saya,
Rose
29th.Dec '14
No comments:
Post a Comment