Apa khabar semua diluar sana? Saya baru sihat dari demam. Demam orang tua. Hari ni demam esok sihat, macam tu lah selalunya.
Bila sakit tu selera makan pun berkurang. Teringin nak makan makanan yang senang larut macam bubur nasi ka, ataupun sup daging macam tu.
Lepas sihat saya buat ayam kukus ni.
Jom kita tengok bahan bahan yang diperlukan.
Kita perlukan :
Bahagian bawah :
4 ketul isi ayam ( di kisar kasar)
1 biji telur
3 biji cili merah/ 2 ulas bwg putih/sikit halia & lengkuas/ 1 batang serai/ 1 rumpun daun ketumbar
(semua bahan ni dikisar sekali)
2 sudu makan cawan sos ikan
secubit garam
sikit gula
2 sudu makan jus sunquick
2 sudu besar tepung beras
Bahagian Atas :
3/4 cawan santan
1 sudu besar tepung beras
sikit garam
Sekarang kita mula masak :
Sediakan satu mangkuk besar.
Masukkan bahan kisar, santan, telur, sos ikan, gula dan tepung beras. Gaul biar sekata dulu.
Kemudian masukkan ayam yang dikisar dan gaul menggunakan sudip.
Bila dah sebati, ketepikan dulu.
Sekarang ambil semua bahan utk bahagian atas dan masukkan kedalam periuk kecil. Masak diatas api perlahan. masak selama lebih kurang 2 minit atau sehingga santan menjadi agak berketul. Tutup api dan angkat.
Di masa yang sama, panaskan steamer.
Sekarang, ambil beberapa ayam dan masukkan kedalam bekas ramekin atau apa-apa mangkuk tahan panas.
Masukkan kedalam setiap satu bekas sehingga habis isi ayam tadi.
Setelah diisi, masukkan kedalam periuk pengukus dan kukus selama 10 minit.
Buka tudung, sekarang lapiskan ayam kukus tadi dengan bancuhan kepala santan yg kita masak sekejap tadi.
Sekarang kukuskan lagi selama lebih kurang 10 minit. Tutup api dan biarkan sejuk.
Mudah dan berkhasiat!
Selamat mencuba.
Rose
14th.Dec '14
No comments:
Post a Comment