Blogger templates

Tuesday, 16 December 2014

Makan-makan Di Kuala Selangor

Assalamualaikum semua,

Dah agak lama saya tak muat naik entri masakan. Sebabnya? Kat rumah sekarang hanya tinggal kami bertiga saja iaitu Sophie, abahnya dan saya. Jadi kalau masak pun yang biasa-biasa saja.
Tapi untuk tidak mengosongkan blog saya terlalu lama, Sophie bagi cadangan kepada saya untuk menjadi seorang "food critic" yang tak bertauliah.

theyouthjob.com
(Sambil membaca blog ini, anda boleh mencuba link diatas untuk menambah side income anda, terutama pada yang tidak bekerja. Tidak perlu mengeluarkan wang untuk apa-apa pendaftaran. Anda hanya ikut pautan ini dan register sebagai ahli. Sekiranya anda berjaya memberi traffic yang dikehendaki oleh website ini, anda akan dibayar mengikut traffic yang diterima.)

Jadi untuk permulaan  buat hari ni, saya akan membawa anda semua ke Kuala Selangor.
Saya ke Kuala Selangor sebenarnya bukan  niat nak makan kat sana pun tapi sebab nak beli ikan kat Pasir Penambang. Since Sophie cuti hari tu and cik suami pun balik kerja awal (Hari Keputeraan Sultan Selangor) kami setuju nak cuba makanan laut di sini. Semenjak pindah ke Selangor ni, tak pernah lagi saya makan seafood kat mana2 restoran sebab takut tak fresh.

Maaf gambar kurang memuaskan. Kalut nak ambik gambar cepat sebab dah nak hujan

Tapi hari ni saya bagi "thumbs up" untuk restoran ni. Ikan siakap ni sangat segar. Kalau ikut gambar yang saya ambil diatas agak kurang memuaskan tapi taste-nya sangat authentic. Nama masakan ni Ikan Siakap Masak Patong. Ada rasa serai yang strong tapi well blended dengan cili , kunyit serta lain lain bahan didalamnya.

Ayam Pandan
Bagi ayam pandan pula, bagi saya sedap tapi biasa-biasa saja. Agak kering dan sedikit keras. Sos coleslaw terasa sedikit masam. Mungkin di guna pakai dari hari sebelumnya. Rempah-ratus di dalam ayam pandan ni agak "bland", tak ada yang outstanding.


Kangkong goreng ini sangat menepati citarasa saya. Tidak terlalu lembik dan rasa pedasnya balance dengan rasa kicap yang diguna pakai dalam masakan ini. Saya suka rasa bawang putih yang digoreng asing kemudian ditabur diatas kangkong ini.

Untuk dinner hari ni kami order seperti gambar diatas iaitu, Siakap Masak Patong, Kangkong Goreng, Ayam Pandan, Tomyam Seafood dan Sotong Goreng Tepung. Tapi pesanan sotong kami tidak keluar. Dia orang terlupa kot.

Tomyam seafood disini juga boleh di katakan antara yang terbaik yang pernah saya makan. Saya tidak memuat naik gambar tomyam sebab dah nampak buruk mangkok tomyam tu sebab dah tinggal separuh sebelum sempat saya ambik gambar.

Servis pun sangat cepat. Saya bergurau dengan pelayan tu, saya kata "adik saya nak makanan saya siap dalam masa 15 minit ya". Mana tau betul betul 15 minit kemudian saya dapat semua pesanan saya kecuali sotong goreng tepung. Nak cepat sangat kan?

Macam mana nak kesana? Kalau boleh look out for Latar Highway yang akan membawa anda ke Kuala Selangor. Bila dah sampai ke Kuala Selangor, look out pula untuk sign Pasir Penambang. Lepas saja jambatan sikit, boleh nampak nama restoran ni, Restoran D' Coral.


Bila turun ja dari jambatan, tengok traffic light kat depan, kalau disebelah kirinya nampak Giant Supermarket, ambik kiri. Mesti nampak pasaraya Giant. Kalau tak nampak silap tempat. Pass by pasaraya ni, lepas tu belok kiri. Jalan terus sampai ke belakang, kat tepi muara sungai.


Dari dalam gambar ni dah boleh nampak jambatan yang saya sebut tu kan? Ikut saja apa yang saya tulis dan dah boleh sampai ke tempat ni.

Berapa harga? Untuk 4 jenis hidangan yang kami pesan, 3 jenis air minuman dan 3 pinggan nasi, harganya RM75.60. Apa pendapat anda? Bagi saya, saya akan ke sana lagi sebab saya dah jumpa makanan laut yang segar macam tempat saya dulu di Langkawi.

Salam dari saya,
Rose
16th.Dec '14

No comments:

Post a Comment