Blogger templates

Tuesday 24 June 2014

Hiasan Rumah Dan Kotak Hadiah

Bahagian belakang
Assalamualaikum,

Di dalam kolum Atma Emraa hari ni, saya letakkan barang hiasan rumah yang kecil, comel dan murah.
Sila skrol dan tengok mana-mana yang berkenan, sila pm saya.

Frame Allah Muhammad

1) Frame Allah/ Muhammad - RM 12.00 (tidak termasuk harga penghantaran)

Hiasan rumah - Bismillahirrahmanirrahim
2) Hiasan dengan tulisan Bismillah - RM 15.00

Surah Al Ikhlas
3) Surah Al Ikhlas  - RM 8.00 

Kotak Hadiah
4) Kotak cantik ni boleh dibuat sebagai pemberian hadiah kepada seseorang.
Lebar 5  1/2 inci dan panjang juga 5  1/2 inci. (lebih kurang)

    Harga RM 22.00



5) Kotak kecil ni sesuai untuk pemberian hadiah seperti jam tangan, cincin, subang dan sebagainya.
    Harga RM 3.00 setiap satu.


6) Kotak diatas berukuran 8.2inci lebar dan 9.9 inci panjang.
    Harga RM 20.00
    Kotak yang sama juga tapi berukuran kecil sedikit iaitu 7.1 inci lebar dan 8.7inci panjang.
    Harga RM 15.00

paper Bag
7) Paper Bag diatas berukuran 4.5" lebar dan 6.5"panjang.
    Harga cuma RM 1.30 setiap satu. Sila PM saya kalau nak dalam jumlah yang banyak.

Kotak warna ceria
8) Kotak diatas berukuran 5.5" lebar dan 4.4" panjang.
    Harga RM 5.00



Tirai Pintu ini menggunakan material jenis baldu. Sangat lembut.
Harga RM 29.90.

 

Semua harga bagi barangan di atas tidak termasuk dengan harga penghantaran.
24th.June '14


Sunday 22 June 2014

Orang Melayu Dan Status Haram

Assalamualaikum teman pembaca semua,

Dah lama saya tak tulis dalam bahasa Melayu. Macam ni lah saya, ada masa terlebih rajin, tulis dua-dua bahasa, bila pula  mai penyakit malas, bak kata orang utara, tak guna seduit. Pagi ni (Ahad 22/6/14) tetiba saya rasa nak tulis dalam bahasa Melayu, saya harap adalah orang yang sudi membacanya. Ni lagi satu sebab mengapa saya tak berapa nak tulis dalam bahasa melayu ni, sebab tak dapat sambutan (kecuali entri masakan), kalau dalam bahasa Inggeris tu dah tetap ada pembaca yang mengikuti blog saya ni.

Jangan pulak ada yang terfikir atau berkata saya riak nak tunjuk hebat dalam penulisan. Maksud saya, ini menunjukkan orang kita sampai hari ni masih kurang/tidak minat membaca. Walaupun pengikut blog saya tidak seramai blog hebat yang lain, tetapi saya bangga apabila setiap kali saya menulis didalam bahasa Inggeris, stats dalam dash board saya menunjukkan ramai yang membacanya. Cuma yang sedihnya, pembaca saya kebanyakannya dari U.S, U.K, Singapore dan lain-lain negara. Kalau dari Malaysia, hanya setelah saya muat naikkan entri masakan sahaja.

Hari ni saya cuba lagi menulis didalam bahasa Melayu, mana tau ada yang sudi membacanya. Hari ni saya nak tulis pasal orang Melayu dan sesuatu isu yang berstatus haram. Bunyi macam berat saja.. tapi saya cuba tulis secara santai.

Orang kita iaitu Melayu adalah orang Islam. Kalau dulu sebut saja Melayu, dah sah-sah ugama kita Islam. Tetapi sekarang ni agak susah kita nak cakap yang orang Melayu semua seratus percent Islam sebab ramai yang telah murtad. Nauzubillah.. tapi itu kenyataan dalam dunia akhir zaman ini. Walau apapun yang cuba dilakukan oleh pihak berwajib agar seseorang itu tidak murtad, kerja ni sangat sukar disebabkan ia membabitkan soal hati dan keyakinan kepada Allah SWT telah hilang.

Islam adalah agama yang "perfect" atau sempurna, tak ada langsung cacat celanya. Yang menjadi cacat celanya ialah umat Islam sendiri, yang melebih-lebih. Bila sebut pasal melebih ni, perkara yang paling menonjol adalah makanan yang haram di makan. Macam kes cadbury tempoh hari, ianya seolah-olah satu phenomena yang terhebat yang pernah terjadi keatas orang Islam. Maksud saya, semua orang menjadi terlalu sensitif dengan kes ini disebabkan ia dikatakan mengandungi DNA babi.
Saya faham, babi adalah haram untuk disentuh atau dimakan oleh umat Islam. Tapi kita orang Melayu ni yang saya nampak, kalau sebut pasal babi saja, haramnya seolah-olah lebih haram daripada benda-benda lain yang haram. Contohnya, didalam sesetengah produk coklat yang lain juga ada terkandung alkohol, didalam sesetengah kicap-kicap keluaran Jepun juga, ada mengandungi alkohol. Didalam sesetengah minyak wangi pun ada alkohol.

Kenapa tak ada "uproar" mengenai haramnya benda ini? Haramnya alkohol/arak adalah sama dengan haramnya memakan daging babi. Yang peliknya ramai orang-orang Melayu/Islam sekarang minum arak. Kenapa tak ada orang menangis-nangis dalam TV kata benda tu haram? Haram tetap haram, tak kiralah babi atau arak.

Dulu, belakang kampong tok saya, ada kampong Cina. Memang sah-sah dia orang bela babi. Bukan satu kandang tapi dua kandang. Baunya menusuk jiwa. Kat tepi rumahnya pulak dia orang tanam sayur terung, bendi cili dan banyak lagi sayur-sayuran lain. Untuk menyuburkan sayur, dia orang menggunakan najis babi ini sebagai baja. Jadi apa hukumnya keatas sayuran tadi? Memang dah confirm ada DNA babi kat setiap jenis sayuran tadi. Memang la arwah tok tak pernah membeli tapi macam mana dengan pembeli yang lain? Time tu mana ada face book atau twitter untuk kita hebahkan kepada orang ramai.

Macam juga anjing. Kenapa kita orang Melayu takut sangat dengan anjing? Tak payah banyak, kita tengok kalau nampak aja anjing dari jauh, kita dah ready batu ataupun kayu untuk memukul atau melontar batu tersebut ke arah anjing tersebut. Sebetulnya anjing tu tak ada la sangat nak terkam atau serang kita, tapi bila dia nampak kita seolah-olah takut sangat dengan dia, maka dengan serta merta dia bersikap "menacing". Kita semua sedia maklum binatang mempunyai daya rasa yang kuat. Jadi bila anjing tu ingat kita takut atau ingin mencederakannya, maka ia akan bertindak mempertahankan diri.

Harus diingat anjing juga ciptaan Allah (begitu juga dengan babi), seharusnya kita mempunyai sikap menyayangi haiwan-haiwan sejagat. Tak perlulah sampai kita perlu belai atau mencium anjing tu, cukup sekadar kalau kita nampak anjing jiran kat depan rumah, kita panggil namanya atau main-main dari jauh. Walaupun begitu, kita boleh menyentuh anjing tersebut sekiranya ia kering dan kita juga dalam keadaan kering. Kalau basah sekalipun, kita masih boleh samak Saya sendiri lebih sukakan anjing daripada kucing tapi tak adalah sampai tahap membela atau memeluk haiwan itu. Suka dari jauh saja lah.

Islam juga sebenarnya membenarkan kita membela anjing tapi bukan sebagai "pet". Kita dibenarkan membelanya sebagai menjaga keselamatan rumah kita, memburu atau menjaga ternakan kita.

Berbalik pasal topik makan babi tadi, kita di Malaysia ni hidup dengan tiga kaum berlainan (yang terbesar), iaitu India, Cina dan Melayu. Kita sedia maklum orang India kebanyakannya tidak makan daging lembu dan kita orang Melayu tidak boleh makan daging babi. Bagi orang Cina pula mereka bebas memilih apa saja untuk menjadi sajian harian mereka. Pada pendapat saya yang jahil ni, sepatutnya kita dah boleh terima bentuk pemakanan sesuatu kaum itu. Sepatutnya setiap kaum menghormati tuntutan agama satu kaum yang lain.
Orang Melayu tak boleh makan babi, jadi pengilang atau peruncit, janganlah cuba-cuba masukkan juga sedikit bahan terlarang itu kedalam makanan yang disediakan, itu tidak beretika namanya. Juga seperti orang India tidak memakan daging lembu, siapa kita nak mempersenda mereka? Mereka ada hak menurut tuntutan agama yang mereka anuti.

Pemikiran orang Melayu kita masih susah nak berubah. Kalau ada kelainan sikit, kita dah mula gelabah, dah mula fikir yang bukan-bukan. Sophie ada beritahu saya mengenai ustazah dia yang bercakap soal mengimamkan solat. Saya pasti ramai yang tidak bersetuju dengan ustazah ini tapi saya memandangnya dari sudut logik dan saya bersetuju dengan pendapat ustazah tersebut. Ustazah ni bilang, wanita boleh menjadi imam kepada suaminya sekiranya suaminya itu tidak pandai langsung didalam bab agama ataupun suaminya seorang yang baru memeluk Islam, kita sebut mu'allaf.
Bapa kepada ustazah ini tidak bersetuju dengan pandangannya memandangkan imam secara khususnya terletak di bahu lelaki. Bagaimanapun, ustazah ini memberi logiknya sendiri iaitu wanita tersebut boleh menjadi imam buat beberapa bulan pertama iaitu sehingga suaminya sudah dapat menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan seterusnya mengimamkan keluarganya. Wallahu'alam.

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah, kita terutamanya orang Melayu harus bersifat lebih terbuka tanpa mengenepikan hal-hal berkaitan agama. Kita harus menjadi seperti "sponge". "Sponge" bersifat menyerap. Kita harus belajar buka mata, minda dan hati untuk menerima pembaharuan. Sekarang banyak program-program ceramah agama yang tersiar di TV tempatan dan mendapat tempat dihati kita. Ramai yang minat menonton atau hadiri kuliah agama ni. Alhamdulilah, tapi janganlah kita hadirkan diri sebab suka cara seseorang ustaz tu bercakap atau membuat lawak saja. Bila balik rumah, kita cuma ingat lawak yang dibuat ustaz tadi, bukan pengisiannya. Ustaz-ustaz itu semua sudah menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat, jadi sewajibnya kita pulak menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga kita.

Kita perlu belajar menerima sesuatu  dengan hati yang terbuka. Contohnya mangkuk rojak yang kita makan kat laman rumah petang semalam, tertinggal diluar. Pagi esoknya bila kita nak jemur baju kat depan, kita nampak anjing sedang menghidu atau makan kuah rojak dari mangkuk tu. Saya pasti ramai diantara kita yang akan membuang saja mangkuk tu kan? Kenapa tidak kita samak saja mangkuk tu daripada melakukan pembaziran dengan membuang mangkuk tersebut.

Jadi disini kita dapat lihat Allah tidak pernah memberatkan kita dengan sesuatu hal sebab kita semua adalah makhluk ciptaanNya. Kita sendiri yang selalu suka menyusahkan diri sendiri.

Maafkan saya sekiranya ada yang tersinggung dengan tulisan saya tetapi saya hanya ingin berkongsi "thoughts" saya dengan teman-teman semua.

Salam dari saya dan semoga diberkati Allah selalu!

Rose
22nd.June '14





Thursday 12 June 2014

Masak Lemak Pucuk Paku

Salam semua,

Kita jumpa lagi! Sikit hari lagi kita nak sambut bulan Ramadhan pulak. Saya sangat-sangat menantikan bulan ini. Tak tahu kenapa tapi suasana di bulan Ramadhan ni macam ada kelainan sikit.

Okay, seperti yang saya janjikan di entri yang lalu, saya nak uploadkan pulak resipi pucuk paku yang saya masak hari tu. Tak payah saya nak mengomel panjang, jom tengok bahan apa yang saya gunakan.

pucuk paku

Saya guna separuh dari udang kering ini

1 ikat pucuk paku
1 sudu makan ikan gelama masam ( di hancur kasar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu teh kunyit hidup di tumbuk halus
2 cili merah di kisar kasar dgn sikit air
1 keping asam keping
sikit garam
1  1/2 cawan santan pekat
1/2 gelas air
1 sudu teh udang kering di tumbuk halus


1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar beserta bawang putih sehingga layu.


2) Tuang masuk kunyit dan cili merah yang di blender kasar tadi.
3) Masukkan santan, garam, udang kering dan isi ikan gelama masam dan sikit MSG. Biar sehingga santan mendidih.

4) Terakhir masukkan pucuk paku dan asam keping. Kacau rata dan tutup api.


Dah sedia untuk dimakan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Anggaran Kos :

Seikat pucuk paku                   : RM 1.00
Santan                                     : RM 1.00
Serba sedikit bahan-bahan lain : RM 2.00

Jumlah kos                                RM 4.00

Masa penyediaan : 8 minit
Masa memasak    : 5 minit

Salam dari saya,
Rose
12th.June '14

Tuesday 10 June 2014

Are We Friends Yet?


Hello people,

How's life getting along with you guys? Not good? You think people around you wasn't who they truly were? Does that shock you?

Sometimes it took us years to realise the person we thought we knew  inside out turned out not the way we thought they were. It hurts. It wouldn't count if that person was just an acquaintance or someone we got to know along the way. But when it involved a person/persons that was close and a tight buddy of ours, we felt betrayed. How could he/she did that to me? We thought. How could they talked about me behind my back and the next minute include me in within their group. For all we know, they could be talking about us the next time we're not around.

Well ladies, that's what life is all about. I remember when I was young, my grandma would sometime cooked something special (she was a good cook by the way). She would call me and made me be her runner to distribute some of that good food to her neighbours. As a young child, I was always greedy, so I said to her, " Why are you giving so much to them? Just send to one of the houses will do." She would chide me gently, "When we have something extra on our table, it's good if we can share with others. There's nothing wrong of being nice to others. And who knows,someday when we are running out of food, somebody would be kind enough to hand us a plate of rice."
Of course I didn't agree with her back then. And back then, in the early 70's food were scarce at times. Everybody worked hard for their money but that didn't make them bitter and callous.
Everybody knew one another and helped each other like they were a close knitted family. One can even sleep with the windows opened.

Today, we are considered lucky to have a neighbour like that, and even luckier to have a friend who'd do anything for us. Well not everything but almost. I for one, are still looking for a true friend.

We may never know for certain if someone we regard as friend, has the same thought for us.
Actually, none of us knew what the next person really think of us. We may have done something unintentionally, and quickly realised that it was wrong. So we asked a friend, "Was I being overboard just now?" She/He would have smiled down at  us and said, "No, it's okay, you didn't mean it." We, of course, felt relieved. What we don't know is what's actually inside her/his mind.

Why does people become nasty these days? They lied, they cheat and they'd do anything to justify whatever the wrong doings they did. Actually, it's in us. Each and everyone of us has these traits. It's how we control ourselves. What I'd do to curb that hideous behaviour is I bring myself nearer to my God, Allah and I always think of my family. What if my family were treated badly or what if someone was telling stories about my family. That would surely make me mad. That's one way of looking at things and that usually kept me away from being a nasty person. Oh yes, I can be a nasty person too if I am being taunted but I've toned down. I have become a good and nice mom. :)

So, how to find a true friend. Believe me, it isn't and was never easy to find a true friend. Yes, we may have hundreds of friends everywhere but can we really call them friends? You can put them to a test. For instance, call them up and say you need him/her to pick you up from the airport. The next time call him/her again and said you're in deep trouble and needed to borrow some money. The third time call him/her and say you're looking for a place  to stay for a couple of nights since you're having trouble with your parents or spouse.
If he/she agreed wholeheartedly or there's a trace of sincerity in his/her voice, (one can hear from the tone of the voice), then I'd say you have found yourself a true friend. But if you think you detect a slight hesitation in his/her voice (in at least two out of the three calls you made), or a direct refusal from him/her, then you know the answer to that.
No, no, don't get me wrong. Don't just ditch your friends because of that calls. If you do that, then you'll lose more friends than gaining them.
Stay in touch with them, we need friends after all. These type of friends are needed to keep us company and having some fun. Without these type of friends we'd be lost and lonely. In the meantime keep a lookout for a true friend. I am sure, someday, someone, somewhere, will be right there waiting for you to be his/her friend.

Just like me, I hope one fine day I'll be blessed with a true friend.

My penning stops now. See you guys soon in my next entry. Until then. Be nice and stay safe everybody.

Lots of Love,
Rose
11th.June '14




Saturday 7 June 2014

Kupang Masak Asam

Assalamualaikum,

Saya baru habis masak tengahari ni, mandi dan terus mengadap PC nak upload gambar masakan yang baru dimasak tadi. Hari ni saya buat kari kepala ikan sebab dah lama tak makan, saya buat masak lemak pucuk paku dan saya buat kupang masak asam.

Selalunya kalau orang masak kupang atau jenis-jenis siput ni, dia orang buat masak cili dengan serai atau pun masak lemak. Tapi hari ni saya buat ikut selera saya pulak, saya masak kupang ni dengan asam jawa.

Jadi hari ni, saya akan post resepi masak kupang dulu, dihari yang lain saya postkan pula resipi masak lemak pucuk paku, boleh gitu? Kalau saya post semua sekarang pun, bukannya cik-cik dan puan-puan semua nak masak hari ni jugak kan? Haa, kalau dah tahu macam tu, tunggu dulu, saya uploadkan.

Okay, jom tengok bahan-bahan yang saya gunakan :
300gm kupang (dapat lebih kurang 13 keping)
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 sudu makan stok ayam maggi dicampur dengan suku cawan air
1/2 sudu teh lada hitam (serbuk kasar)
1 sudu teh serbuk bawang putih (saya pakai McCormick)
3 sudu makan air asam jawa (boleh kurangkan kalau tak suka masam)
2 inci akar putih daun bawang (lihat gambar)
2 helai daun bay

akar daun bawang

Mula-mula perapkan dulu kupang dengan serbuk bwg putih dan lada hitam lebih kurang 10 min.


Saya beli kupang yang dah di kukus. Kalau anda semua beli yang fresh, eloklah dikukus dulu dan toskan.

1) Macam selalu, mula-mula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bwg besar.
2) Tuang masuk air stok rebusan ayam bersama-sama dengan daun baydan juga lada hitam.
3) Sekarang masukkan pula akar daun bawang, serbuk bawang putih, dan biarkan mendidih sekejap. Saya pakai akar putih ni sebab ia mengeluarkan bau yang harum.
4) Terakhir barulah dimasukkan air asam jawa dan kupang. Biarkan lebih kurang satu minit diatas api yang kuat, lepas tu dah boleh di angkat.


Saya tak pakai garam dalam masakan ni sebab stok ayam dah ada masinnya begitu juga dengan serbuk bwg putih.


Mesti cuba sebab sangat mudah nak mendapatkan bahan-bahannya dan rasanya pun sungguh menyelerakan.



Anggaran Kos :
Kupang               : RM 8.60
Bahan-bahan lain : RM 2.00

Jumlah                : RM 10.60

Masa penyediaan : 5 minit
Masa yang diambil untuk memasak : 3 minit

Salam dari saya ,
Rose
8th.June '14

Sunday 1 June 2014

Homestay In Malaysia

Hello again,

I promised to write about homestay in Malaysia in my previous post, remember? Well here I am keeping my promise.
Homestay means a home occupied by a family or people living in it, and they rent it out on daily basis for tourists who wish to experience living among the locals and learn/share their culture. The homestay host will cook according to their routine and conventional daily dishes. The guests will be invited to sample the local food together with the family be it breakfast, lunch or dinner. All these were done with a minimal fees.

Since then, homestay has turned into a lucrative business for the locals. These days, homestay has been commercialised. The house owner/landlord will rent out their houses/apartments through bookings made via telephone, facebook, blog, email or any other channels one can come up with. No meals served and no other people living inside while we're there.

Prices range usually from RM150.00 ~ RM350.00 depending on the area of the homestay.
Homestay concept is something like a home away from home. One can find beds and blankets, washing machine, fridge, dining table, sofa, cooking stove and T.V.
Don't worry, cooking set were provided too such as pots and pans, cutleries and even kettle for us to boil the water. Some even provide coffee and tea for the comfort of their guests.

Some homestay would install air-condition and water heater.

Last week when we went to Kuala Pilah to send Sara to start her college, we stayed at one homestay. The name is D'Mutiara Homestay at Batu Kikir. It was slightly away from the main town (hotels were all taken up during this registration week) but we were lucky to find this homestay.

House/Homestay entrance

The owner, En Shukri, lived next to his rented homestay. Both he and his wife had been very nice towards us. It was raining heavily at about eight p.m. when he came knocking at the door to give us some bread,  mineral water and ice cubes.
I was slightly surprised by his hospitality.

The view from living room to the kitchen
There were two bedrooms in this homestay but I'd say a family of six can fit in comfortably since he provide some extra blankets, pillows and soft mattress.

Living room
One can cook and eat as if one were enjoying meals at home, or doing the laundry on our own instead of having to find a laundry shop and spend some money there. The iron and ironing board were all there, so, it truly is worth our money.

One of the bedrooms
The slight difference between hotels and homestays are, there's no room service and no house-keeping to do the cleaning for us.

So, if we're travelling in a group of 6 or 7, this type of accommodation will suit our budget nicely. 
The next time, any one of you my readers, wish to visit our country, worry not if you can't get a room at any of the hotels here. Look up at Uncle Google and you'll  find a nice place to stay.

Bye for now and stay safe everybody!

Rose
2nd.June '14