Assalamualaikum,
Sapa suka makan pasta? Sekarang ni ramai yang gemar makan pasta. Dirumah saya pun sama kecuali Sara sorang yang kurang minat.
Apapun, minggu lepas saya buat pasta since semua ada dirumah, cuti hari pekerja lah katakan.
Satu yang saya suka dengan makanan barat atau Mediterranean ni ialah ianya amat mudah untuk disediakan. Tak perlu banyak bahan pun.
Jom kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan:
1 paket pasta ( saya pakai jenis fettucine)
2 biji bawang besar dirincik halus
3 ulas bawang putih
2 helai daun bay
1 cawan air rebusan
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan butter
sedikit serbuk kasar lada hitam
sedikit garam
sedikit gula
1 cawan heavy cream (saya pakai 1/2 cawan heavy cream di campur dgn 1/2 cawan air)
1 cawan parmesan cheese yang di parut
1 botol tomato pasta sos ( saya pakai Prego)
Cara nya :
1) Panaskan periuk diatas api sederhana dan masukkan minyak zaitun diikuti dengan butter.
2) Tumiskan bwg putih dan bawang merah sampai layu.
3) Tuang masuk sos Prego dan kacau rata. Sekarang masukkan pula air rebusan pasta bersama daun bay.
Biarkan lebih kurang setengah jam dengan api perlahan. Renjis juga serbuk lada hitam.
4) Didapur berasingan, rebus air untuk memasak pasta pula.
Masukkan sedikit garam dan minyak masak kedalam air.
Bila air mendidih, masukkan pasta dan masak selama lebih kurang 8 ~ 10 minit.
Angkat dan toskan. Air rebusan ini lah yang kita gunakan didalam sos.
5) Sekarang, sos kita mula bertukar warna menjadi merah yang menarik. Perlahankan api.
Sekarang masanya untuk masukkan heavy cream tadi.
6) Terakhir masukkan pula separuh daripada parmesan cheese kedalam sos kita dan tutup api.
Sekiranya kurang masin bolehlah ditambah sedikit garam dan sekiranya terlalu pekat bolehlah
ditambah sedikit lagi air rebusan pasta tadi. Rasa dulu kalau agak masam boleh ditambah gula sikit.
7) Ambil pasta yang di-tos tadi dan tuang masuk kedalam sos oren kita. Gaul biar sekata.
Masukkan kedalam pinggan dan taburkan dengan lebihan parmesan cheese atau apa-apa hiasan
yang puan-puan suka.
Selamat menjamu selera.
Rose
9th.May '16
No comments:
Post a Comment