Blogger templates

Tuesday, 30 July 2013

How Rich Do I Want To Be

                             Saya Orang Kaya?

Salam semua,
Dah lama tak tulis dalam B.M. Hari ni ada banyak masa jadi bolehlah tulis dalam BM.
Pagi ni saya rasa happy. Tak tahu kenapa. Kan kadang-kadang kita bangun tidrr kita rasa happy ataupun kadang2 tu rasa sedih tak tentu pasal. Ahh, hari ni saya rasa happy. Badan saya dah rasa betul betul sihat macam sebelum ni. Cuma kalau terlebih kerja saya cepat letih. Selain dari tu saya dah okay.

Disebabkan rasa ceria hari ni membuatkan saya terfikir, apakah saya akan lebih gembira kalau sekiranya saya punyai duit berbillion. Betul betul kaya. Macam punya rumah besar atau mansion empat, lima buah di serata cerok dunia. Ada yacht yang mewah. Ada Gulfstream jet sendiri yang boleh menerbangkan saya kemana mana dalam sekelip mata. Barisan kereta-kereta mewah seperti Bentley, Maserati ataupun Maybach. Lukisan daripada pelukis terkenal samada Picasso, Van Gogh atau Dali. (saya masih tak faham kenapa orang sanggup membuang duit berjuta-juta untuk lukisan yang kadang2 saya tengok macam lukisan anak kecik saja) Ada empayar perniagaan yang meluas yang boleh membuatkan Donald Trump ternganga mengharapkannya. Phew! Kalau dalam mimpi pun belum tentu saya dapat semua ni!

Apa saya akan buat dengan, katakanlah enam puluh juta? Oh sebelum saya lupa, dulu, bertahun-tahun dulu semasa saya masih muda, saya ada baca satu rencana ni mengenai seorang lelaki kaya yang akan mengambil sarapan pagi di New York, makan tengahari di Milan dan makan malam di Paris.  (penulis menulis mengikut turutan begitu) Masa tu saya fikir sendirian. Betul ke cerita ni? Macam tak boleh percaya ja, sekejap N.Y, sekejap Milan sekejap Paris. Lurus bendul betul saya ketika tu. Dia orang dah boleh buat macam ni dari dulu lagi cuma saya yang masih terperuk tak tahu peredaran zaman.
Baik, berbalik pada cerita 60 billion saya tadi. Ehmm, apa yang saya nak buat dengan duit sebanyak tu. Sebagai seorang perempuan, perkara pertama yang datang dalam kotak fikiran ialah.. shopping. Shopping gila-gila. Paling top dalam senarai adalah emas berlian. Sesuatu yang menawan macam keluaran dari Harry Winston atau Chopard pun, kira bolehlah. Saya tak memilih sangat. Tapi saya ni bukan macam perempuan semula jadi. Saya tak minat barang kemas. Saya tak pernah pun punya barang kemas. Tapi tak apalah. Saya beli juga buat simpanan dan pelaburan.
Oh, saya tau apa saya nak. Saya nak pesawat sendiri. Ya, saya mesti tulis di dalam senarai panjang saya. Saya akan cari syarikat penjual jet tersebut dan dapatkan harga yang paling berpatutan. (walaupun kaya harus berjimat-cermat juga) Tapi sekejap! Saya ni suka menyendiri. Saya suka berseorangan. Kalau saya naik pesawat dah tentu ada pilotnya. Tak boleh jadi. Okay, apa kata saya ambil course jangka pendek juruterbang. Then saya boleh bawa sendiri. Tapi saya teruk dalam mata pelajaran fiziks. Dah tentu saya akan gagal nanti. Cuba fikir Rose. Apa yang awak boleh lakukan? Okay dapat dah. Saya kan ada berlambak duit. Saya bayar je la kat tenaga pengajar tu. Lagipun kalau pesawat tu crash bukannya ada penumpang pun.

Apa lagi yang boleh saya lakukan dengan wang sebanyak tu? Saya berharap dari hati sanubari yang saya dapat memberi kebahagian kepada semua umat manusia di muka bumi ni. Saya dapat menjadikan seperti magik bilamana semua orang tersenyum riang dan bersikap naik sesama insan. Dah tak ada lagi dah pembunuhan, tikam belakang, fitnah-memfitnah dan rompakan. Semua ini di lakukan dengan nama mahu mendapatkan wang segera.
Kita lihat dunia sekarang dipenuhi dengan segala macam kejahatan, tamak haloba dan sifat pura-pura atau munafik. Beberapa hari lalu saya terfikir sendirian, saya harap saya dah tak ada lagi di dunia ni apabila manusia menjadi lebih jahat daripada sekarang. Saya takut untuk menghadapi keadaan seperti ini. Saya cuba menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri anak-anak tapi itu saja yang dapat saya lakukan. Merekalah yang akan menhadapi dunia akan datang. Moga-moga Allah memelihara mereka dari segala kejahatan.

Saya harap dengan duit sebanyak itu, saya dapat merantau keseluruh dunia dengan satu impian yang baru. Mungkin saya dapat sampai ke salah satu negara dibenua Afrika dan menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan. Saya mungkin dapat membuka satu perniagaan keil bagi mereka yang berminat dan saya akan panggil pegawai pemasaran dan strategi saya untuk mengajar mereka cara-cara berniaga.
Kemudian saya akan terbang ke Ethiopia (dengan jet sendiri) dan melihat sendiri kerosakan yang disebabkan oleh cuaca yang amat panas dan kering di sana yang menyebabkan kemiskinan dan kebuluran yang melampau. Saya akan bawa saintis sendiri untuk membuat satu kajian bagaimana nak menghijaukan semula tanah gersang disana dan menjadikannya subur untuk penduduk bercucuk tanam jika di izinkanNya.

Selepas tu saya akan ke Indonesia dan melihat sendiri bagaimana cara untuk menawarkan pekerjaan bagi berjuta juta penduduk yang tiada kerja. Mungkin saya akan buka satu perniagaan kecil di dalam setiap daerah dan mengambil orang tempatan mengerjakannya. Mereka boleh memberi idea yang lebih baik dan ini akan dapat menambah bilangan pekerja bekerja di situ.
Memandangkan orang Indonesia mahir di dalam bidang pertanian, saya akan membeli tanah yang terbiar untuk di usahakan secara besar-besaran dan menanam sayuran dan buah buahan untuk diexsport ke luar negara.

Tapi macam mana caranya saya nak menjalankan empayar saya? Saya lemah di dalam matematik. Saya bukanlah seorang bos yang bagus. Saya terlalu lembut hati dan tak tahu bertegas dengan pekerja.
Inilah masanya kita memerlukan keluarga. Sekaya manapun kita, kita masih memerlukan keluarga. Sokongan moral perlu ada. Tak ada famili macam tak ada makna hidup ini. Seseorang itu boleh tidur berbantalkan wang ringgit tapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan. Saya nak bila bangun dari tidur, saya dapat lihat salah seorang wajah ahli keluarga dan duduk bersarapan bersama saya dan bertekak pasal hal yang remeh temeh.

Saya tak mahu hidup, bernafas atau tidur dengan hanya memikirkan tentang wang saja. Keutamaan saya adalah keluarga. Tanpa mereka, 60 billion tak ada ertinya. Pembetulan, ada maknanya tapi bukan sebanyak itu. Terlalu banyak. Bila terlalu banyak, saya akan hilang penghargaan akan apa yang boleh dilakukan dengan wang sebegitu. Saya akan hilang rasa teruja apabila dapat menabung dan menyimpan sedikit wang untuk membeli sesuatu. Anak-anak akan mengambil sikap sambil lewa dan tidak menghargai nilai wang tersebut kerana terlalu mudah memilikinya.
Sudah tentu saya harap saya mempunyai lebih dari apa yang saya ada sekarang supaya saya dapat melancong ketempat yang saya impikan, saya dapat membeli rumah idaman dengan mempunyai lebihan laman supaya dapat bercucuk tanam, dapat mengerjakan haji dan dapat membuka syarikat penerbitan dan menerbitkan buku buku saya sendiri. (buku-buku saya?)

Secara amnya, saya bahagia dengan apa yang saya ada. Setelah berfikir  panjang, saya rasa say tak nak lah duit sebanyak tu. Nanti kurang tidur saya memikirkan pasal duit yang banyak tu. Sudah tentu saya akan  menghargai sekiranya saya dilebihkan rezeki yang ada sekarang tapi tanpanya pun saya masih selesa.
Saya tak nak bila bangun pagi, saya harus menelaah kertas-kertas kerja dan masalah syarikat yang tak henti-henti. Ahh..stress.

Jadi anda bagaimana? Nak tak dengan duit yang sebegitu banyak. Semuanya terpulang pada kita. Kalau kita seorang yang mahir di dalam bidang matematik dan pengiraan, kenapa tidak?

Okay lah. Dah panjang berjela saya melalut hari ni. Sehingga berjumpa lagi di lain masa.

Salam dari saya,
Rose
31st.July '13


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
A very good morning/afternoon/evening to my dear readers where ever you are!

I am feeling cheerful this morning. No particular reason at all. My body is back to its normal self, functioning well, though at times I can easily get tired if I over exert myself. Other than that I give myself a clean bill of health. Bravo to me! Will that give me another twenty years of life? Ha..ha..who knows. I may reach seventy. It's all in His plan.

Since I am feeling blissful, it got me thinking, will I be any happier if I were to be rich, I mean super rich, wealthier among the wealthiest. Like owning five or six houses or mansions scattered all over the world. A yacht that could be converted into a luxurious pad. A Gulfstream jet that can fly me across the universe in no time at all. A selection of Bentleys, Maseratis and Maybachs. A few selected paintings from great painters such as Picasso, Van Gogh or Dali.( I had no inkling as to why people buying millions of dollars for a painting) A business empire that Donald Trump could only dream about. Phew! Even in my wildest dream I doubt I will ever have one.

What will I do with, lets say sixty billion dollars? Oh before I forgot, you know years ago when I was young, I read an article about this one rich guy who breakfast in New York, lunch in Milan and dinner in Paris (they wrote in such a way) and I thought to myself what an exaggeration. How could a person move from one continent to the other within one day? How naive I was then.
Right, back to my sixty billion dollars. Ehmm..what do I do with it? As a woman, first thing that came to my mind is...shopping. Shopping like crazy. And top of the list is jewelry. Something nice like Harry Winston or Chopard will do. But then I am not a normal everyday girl. I never liked jewelry. I never owned any of them. Oh well, maybe I will just have it for the sake of having them and as an investment.
Oh I know! There's one thing I'd love to have. A jet. My very own private jet. Yes, I must put down on my list and find the dealer with the best price available. But wait a minute. I am a loner. I prefer to be left alone every now and then. I can be on my own flying on my jet but the pilot will be piloting MY jet. No,no, that's not acceptable. I don't want anybody to be with me inside my jet. Oh I know! I am gonna take up a crash course for pilot position. Then I will fly my own jet. But I am hopeless in physics. Surely I'll flunk the test. Think Rose, think. Okay got it. I got money. Loads and loads of it. I could pay my way to pass the test. What a great idea. That settled one problem.

What else would I want to do with that kind of money? I wish with all of my heart I could make each and everyone of human populations happy. I could create magic with that amount of money that suddenly makes people smile and being nice towards everybody. No more killings, back stabbing, slandering or robbing. All in the name of making fast money. We see the world today was  filled with vice and greediness and hypocrites. It is scary to live in this world nowadays. I thought to myself a few days ago, I hope I will not be around when people turned nastier than what they are today. I do my best to instill good values to my children but we can only do as much for they are the ones that will face the future in years to come.

I wish with that money, I could explore the whole world in a new light. Maybe I could visit some African countries and quietly be a philanthropist. I could set up a little business for those interested in it and hire my marketing strategist to teach these people how to start a business. Even a small one will do. This gesture will help them survive in a long run.
Then I will fly (in my jet) to Ethiopia. I will see for myself how the climate had caused destruction to the plantation and caused the people there famine and poverty.
I would get my own scientist to do a research on how to green up the dry land and convert it into a fertile land.
I would then fly to Indonesia and see what can be done with the millions of unemployed workers. Maybe I could set up a little business joint in every district and get the locals to work there. They could chip in ideas on how to expend the business thus the company could afford to employ more workers.
Since the Indonesians are good in agriculture, I could purchase some abandoned land and get some man power to work on that land to mass-produce vegetables or fruits and export it overseas.

But how do I run the empire? I am poor in mathematics. I was never a good boss. I give in too easily and never firm with my staff.
This is where the family comes in. However rich or successful one might be, one still need a family. Moral support. Without family, nothing else matters. One can sleep on a bed filled with Benjamin Franklin's face but that still doesn't make one any happier than one wished for. I want to be able to wake up and see any one  of my family members next to me and later on had our breakfast together while squabbling of things of unimportant.

I wouldn't want to live, breathe or sleep with money alone. My priority is my family. Without them, the sixty billion doesn't mean anything to me. Correction, it means a lot to me but not that kind of money. It's too much. When it's too much, I will lose the appreciation of what money can buy. I would lose the thrill of saving and having some money through my hard-earned work. The children will take for granted that money comes easy. They could grow up to be selfish and doesn't value money as should be.
I definitely wish I have a little more than what I have today so that I could travel to some places that I've always dream of, I could buy a dream home with a little lawn behind the house so that I could grow some herbs and vegetables, I could perform Haj in Mecca once in my lifetime and I could open my own publishing house and publish my own books. (my own books?)

Overall I am happy and content with my life. After a long thought, I think I'll pass the sixty billion. Thanks but no thanks. It's too much and I will not lose my beauty sleep over it. Sure I would appreciate if I have a little more than what I have today but I am fine as I am now. I don't want to waking up one morning and feeling miserable with loads of paperwork and issues to settle.

So people, would you? I mean would you want to have that kind of money? Would you be happy with that kind of amount? It's all back to us. For those who's got the brain for business and calculations, I'd say go for it.  

Out for now. Have a good life ahead people.

Rose 31st.July '13

No comments:

Post a Comment