Assalamualaikum,
Dah selalu sangat buat nasi tomato, nasi minyak dan berbagai jenis nasi lagi di rumah ni. Ada hari yang kita dah tak tahu nak masak apa lagi untuk menu pada hari tersebut.
Macam tu jugak lah dengan saya. Saya buka peti sejuk lama-lama, selongkar apa yang ada di dalam. Okay, ada daging lebihan hari tu, ada serai, . Tiingg.. dapat idea dah. Masak nasi yang healthy sikit. Nasi Herba.
Bahan bahan yang diperlukan untuk nasi herba adalah :
* 2 cawan beras Basmathi (direndam dahulu untuk melembutkannya sedikit, kemudian toskan)
* 1/2 cawan air rebusan daging (ambil bahagian jernih sahaja)
* 1 cawan air
* 1/2 sudu makan halba
* 1/2 biji karot dihiris nipis
* Daun pandan, serai dititik
* Bawang merah di mayang nipis/ Halia di hiris nipis ataupun di parut halus
* 1 sudu makan garam masala
* Sedikit daun pudina
* Garam
(Butiran beras basmathi agak keras berbanding beras biasa bila dimasak, jadi anda boleh menambah air mengikut keperluan kedalam beras mengikut sukatan yang betul)
Cara menyediakannya :
1) Panaskan rice cooker dengan sedikit minyak
2) Tumiskan bawang merah, halia, serai, halba dan daun pandan. Biar sampai naik bau.
3) Sekarang masukkan garam masala dan air rebusan daging.
4) Biarkan sekejap sehingga rempah dan bahan tumisan sebati. Kemudian masukkan beras dan hirisan karot.
5) Taburkan garam secukup rasa. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
6) Terakhir, masukkan daun pudina dan gaul gemburkan nasi supaya lembut dan tidak berketul.
7) Anda juga boleh menabur bawang goreng atau tambah kismis atau kacang gajus sekiranya itu menepati selera anda.
Untuk menjadi sampingan kepada nasi herba ini, saya sediakan daging dan air asam. Anda boleh memilih samada nak buat daging bakar atau guna daging rebus. Kedua-duanya pun sangat sedap dimakan bersama dengan nasi ini.
Selamat mencuba!
Anggaran kos :
Beras Basmathi 2 cawan : RM 2.00
Herba : RM 3.00
1/2 kilo daging : RM 14.00
Jumlah RM 19.00 (hidangan utk 4~ 5 orang)
Salam dari saya,
Rose
8th.April '16
No comments:
Post a Comment