Blogger templates

Tuesday, 15 October 2013

Nasi Briyani India


Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua,

Raya haji ni selalunya kita tak la menyambut berlebih-lebih macam raya puasa. Saya sekeluarga pun bersederhana saja. Tapi untuk memberi sikit suasana rasa raya tu, saya buat juga sikit ketupat palas, rendang daging dan juga nasi briyani. Selepas mencari-cari beberapa resipi yang ada, saya tertarik dengan satu resipi dari India ni. Saya improvise sikit dan saya ikut sikit dari resipi sepupu kesayangan saya, iaitu Jasmin Mahathir. Saya cuba untuk menepati semua selera sesiapa yang membaca.

Memang sedap dan baunya jiran rumah seberang pun boleh bau. Harum sungguh.

Mari kita sediakan bahan2nya dulu:

2 1/2  cawan beras (Basmathi)
6 ketul ayam ( kalau dari seekor ayam tu dipotong 14)
3 biji telur rebus (dibelah dua)

2 biji tomato (ranum dikisar kasar)
Kismis (optional)
Kcg gajus atau lain-lain (optional)
4 sudu makan minyak ghee (utk marinate ayam)
4 sudu makan    "         "     (utk nasi briyani)
4 sudu makan  yoghurt


serbuk pelaga, tomato, pes bwg putih dan halia

saffron

Ramuan lain:

3 sudu besar serbuk briyani  masala (utk setiap lapisan nasi dan bumbu ayam)
1/2 sudu teh jintan manis
2 helai daun bay
1 biji bawang besar dihiris nipis
Sikit buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis (utk direbus bersama air)
sikit saffron, rendam kan (kalau ada)
segenggam daun ketumbar
4 sudu besar bwg goreng (2 sudu utk setiap lapisan nasi)
sikit serbuk buah pelaga (yg hijau)
sikit daun pudina (kalau ada)
sikit halia dan 3 ulas bawang putih (dikisar halus bersama)
1 sudu teh rempah cili
1 sudu teh gula

Sekarang kita nak mula masak:

Basuh beras(Basmathi) kemudian rendam lebih kurang 30 minit. Selepas tu toskan.
Masak air dulu dan masukkan sikit garam, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kalau ada kain kasa lagi elok. Simpulkan rempah ratus kedalam ni kemudian campak masuk kedalam periuk.

masak air sampai mendidih

Jangan risau pasal air yang terlebih sebab kita hanya masak nasi sehingga 3/4 masak. Bila 3/4 masak, cedok keluar nasi dari periuk tadi. Tak payah tunggu air kering, kalau air kering, masak pulak nasi tu nanti.
 (Nak tau 3/4 masak tu ialah bila kita pecahkan nasi tu , ada rasa sikit berbiji, macam nak mentah sikit.)

Okay sekarang kita sediakan rempah briyani bersama dengan ayam pulak.
Masukkan ayam kedalam satu besen. Campurkan dengan halia dan bwg putih kisar tadi beserta tomato yang dikisar kasar. Juga serbuk cili, serbuk jintan manis, garam, gula, yogurt, 1 sudu serbuk briyani masala, serbuk buah pelaga, daun ketumbar, daun pudina ,bawang goreng dan minyak ghee.


Gaul semua bahan ini sampai mesra. Terakhir masukkan sikit serbuk kunyit dan air saffron tadi. Masukkan air lebih kurang secawan. Gaul lagi.

Pasang api, dan masak ayam ni sehingga separuh masak. Kalau ada daun pandan bolehlah  dimasukkan satu. Sedap baunya. (Saya tak masak ayam ni tapi saya tulis separuh masak supaya lebih senang bagi pembaca utk mengagak tahap masak ayam ini beserta nasi sekali.)

Biarkan berkuah sikit. Jangan terlalu kering. Kalau ada kismis atau kcg gajus bolehlah dimasukkan sekarang.





Tengok butiran nasi, elok berderai dan tidak terlalu masak.

Lepas tu ambil separuh dari nasi tadi dan taburkan diatas ayam yang di masak separuh masak tadi seperti gambar di atas. Sehingga menutupi semua bahagian ayam itu.


Kemudian, taburkan sikit dengan daun ketumbar, daun bay, daun pudina, telur rebus,serbuk pelaga, 1 sudu serbuk briyani masala dan bwg goreng.

Lagi sekali, lakukan perkara yang sama spt tadi iaitu taburkan semua baki nasi keatas lapisan di-atas kemudian di susuli dengan bwg goreng, 1 sudu serbuk briyani masala, serbuk pelaga dan terakhir dengan saffron dan kunyit. Kalau nak warna yang menarik titikkan sikit pewarna merah atau kuning.


Tutup periuk ketat-ketat.  (Saya pakai aluminium foil supaya semua wap diperangkap didalam.)

Biarkan lebih kurang 1/2 jam. Jangan dibuka semasa memasak. Kita boleh agak yang nasi dan ayam dah betul-betul masak apabila nampak asap keluar.


Dah pun masak nasi briyani India. Kita cuma bolak balikkan nasi ni supaya sekata. Memang renyah nak buat nasi ni. Kalau kita nak masak cara senang pun boleh, macam buat nasi tomato tu. Tapi sekali sekala cuba cara yang sepatutnya pun apa salahnya.




Nasi ni tak melekat dan seroi. Baunya yang harum pun dah rasa nak makan. Ini cara nasi briyani yang saya sediakan. Ada banyak lagi cara penyediaan nya. 

Salam hormat dari saya,
Rose
15th.Oct '13

No comments:

Post a Comment