Blogger templates

Saturday, 26 January 2013

Ayam Goreng Rose


                                                       AYAM GORENG ROSE

Hello semua,

Haa, ni ada satu resipi mak cik Rose olah sendiri. Resipi ayam goreng buat makan tengahari.
Bahan-bahan dia pun senang nak dapat.

Untuk 6 ketul ayam:
2 cili hijau/ 1 cili merah
3 ulas bwg merah dan 2 ulas bwg putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
sedikit garam
1/2 sudu teh gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
bwg dan cili di kisar sekali

Bersihkan ayam dan toskan.
Bawang merah, bwg putih dan cili yang dikisar tadi, di lumurkan pada ketulan ayam.
Masukkan pula jintan manis dan jintan putih, garam secukup rasa dan sikit gula untuk caramelised kan perapan ayam ini.
Biarkan ayam untuk sejam.

Didalam bekas berasingan, masukkan tepung dan baking soda (gaul rata) untuk ayam perapan tadi.
Bila dah sedia nak goreng, golekkan didalam tpg.



gambar oleh Ahmad Ariff

Inilah hasilnya bila dah di goreng. Sedap dan menyelerakan.

Rose
27th.Jan '13

Kari Kepala Ikan


Salam sekali lagi,

Tadi sebelum nak letak resipi ni, mak cik Rose dok fikir jugak dua tiga kali, nak letak  ke tak payah, sebabnya semua orang tahu nak masak kari ikan ni. Tapi bila fikirkan balik, blog mak cik Rose ni lebih kepada anak-anak dara atau orang muda yang masih belajar nak masak, barulah upload juga resipi ni.

Orang sebelah utara tanahair kalau tak tahu masak kari, kira malu lah sebab kari ni macam satu kemestian bagi orang sebelah sini.
Okay jom lah kita terus sediakan bahan-bahan yang di perlukan untuk masak kari Ikan Pelotan :

Bwg putih dan bwg merah ( bila buat kari bwg merah biar lebih dari bwg putih contohnya klu bwg merah 5 ulas, bwg putih pulak 3 ulas mcm tu)
Halba campur
Daun kari
Kepala Ikan Pelotan
























Serbuk kari ikan ( 4 sudu besar penuh digaulkan dengan air 1/4 cawan dan masukkan kepala dan isi ikan tu sekali bersama dengan jintan manis dan serbuk cili)

1 sudu besar (jgn terlalu penuh) serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
Separuh drp santan seringgit yg di beli di market
Air asam jawa ( 1/4 cawan)
Terung panjang sebiji
Kacang bendi atau buah tomato

Seperti biasa, tumiskan bwg merah, bwg putih, halba campur dan daun kari sampai agak kekuningan
Bila dah kuning, masukkan pes rempah tadi bersama-sama dengan dan terung. (terung di awalkan sebab agak keras)
Biarkan sampai pecah minyak.
Bila dah pecah minyak, masukkan pula kepala ikan dan air (anggaran 1 cawan). Biar menggelegak.
Sekarang, bolehlah dimasukkan santan, garam, sedikit msg (ajinotomo) dan air asam jawa.
Terakhir masukkan tomato atau bendi, biarkan untuk 3 minit dan sekarang bolehlah di tutup api.

Gambar oleh Ahmad Ariff

Nota :  i) Kalau tak suka pedas sangat, serbuk cili tak perlu di masukkan.
           ii) Bila buat kari kepala ikan, terutamanya ikan pelotan, gunakan lebih air asam jawa supaya kurang 
               bau hanyirnya.
          iii) Klu tak mau letak jintan manis pun boleh sbb dlm halba campur tu dah ada jintan tapi mak cik 
               Rose suka bau dia, wangi.

          iv) Kalau guna tomato ceri, cuba potong sikit kat hujung dan belah empat macam gambar ni.

Costing :
Kepala/Isi ikan pelotan : RM 12.50
Santan                         : RM   0.50
Sayur terung/bendi       : RM   3.00
Perencah                     : RM   1.00

Jumlah                         : RM 17.00 untuk 6 orang makan


Enjoy your lunch!
Rose 27th.Jan '13

Friday, 25 January 2013

Sayur Padprik

Selamat pagi Sabtu dan salam semua,

Dah banyak hari juga mak cik Rose tak update blog masakan ni. Tak berapa nak sihat sikit. Ni dah rasa okay bolehla mula balik.
Rasa malas dan renyah nak masak makanan yang berlauk ya? Jom kita masak Sayur Paprik hari ni. Ringkas sangat dan berkhasiat sebab banyak sayur-sayuran.

                                                     SAYUR PADRIK

Sediakan bahannya :
Sikit bwg putih dan bwg merah (utk ditumis)
Sikit halia

Sos tiram 2 sudu besar
Sikit sos Ikan
Sikit kicap manis


3 ketul ayam ( ambik isinya saja dan dipotong kecil)
1 batang serai
3 helai daun limau purut (di carikkan)
6 biji cili padi ( ditumbuk hampir lumat)
5 urat kacang panjang
2 packet jagung muda
Tomato ceri 5 biji (boleh di belah dua kalau suka)
Kobis bunga
Setengah batang carrot ( Boleh dipotong panjang atau di hiris bulat)

Kita mula masak :











Tumiskan bwg putih, bwg merah dan halia tadi.
Bila nak hampir kuning, masukkan cili api yg di tumbuk tadi, dan serai bersama dengan ayam. Tumis sekejap.
Masukkan air anggaran setengah cawan.











Sekarang bolehlah di masukkan kicap manis, sos tiram dan juga sos ikan.
Biarkan sehingga sedikit pekat, sekarang bolehlah dimasukkan sayur sayur tadi. Ikut sayur yang agak keras masukkan dulu, bila hampir masak baru masukkan pula sayur yang lembut.

Terakhir, ditaburkan daun purut yang dicarik tadi. Biarkan sekejap dalam 3 minit. Jangan masukkan garam sebab sos ikan dan sos tiram dah cukup masin.
Sekarang bolehlah di angkat.

Gambar di ambil oleh oleh Ahmad Ariff


Ini lah Sayur Padprik Langkawi. 


Rose
26th.Jan '13

Thursday, 24 January 2013

Women, Beauty and Sexiness

Salam sejahtera,

Apabila kita bercakap tentang wanita, selalunya perkataan yang seiring dengan wanita adalah kecantikan. Kecantikan seperti sesuatu yang amat penting bagi setiap wanita. Kita kosongkan poket , malah sanggup menahan kesakitan semata mata untuk kelihatan cantik ! Jadi, apakah maksud cantik itu sendiri ? Betulkah macam yang selalu kita dengar  'Kecantikan yang sebenar datang dari dalam'?

Saya agak yakin ramai yang akan setuju apabila saya katakan perkara pertama yang kita lihat pada diri seseorang itu ialah rupanya. Kekaguman terhadap kecantikan seseorang itu boleh membutakan mata kita pada segala kekurangan mereka. Kecantikan dalaman itu adalah perkara kedua selepas luaran. Tanpa kita sedari, kita akan melihat dan menimbang kecantikan seseorang itu dulu barulah kita lihat budi pekertinya.
Jadi, apa definisi cantik itu sendiri ? Bagi saya, ini terpulang kepada individu sendiri.

Wanita sanggup menghabiskan beratus malah beribu-ribu ringgit hanya nak nampak cantik dengan melakukan pembedahan plastik dan kaedah- kaedah lain.

Apa yang membuatkan seorang wanita itu kelihatan cantik ? Mata, hidung, bibir ? Ataupun rambut ? Akan ada satu bahagian tubuh seseorang itu yang membuatkan kita tertarik kepada mereka. Sesetengah wanita memang sudah dikurniakan dengan rupa paras yang cantik serta menawan dan mereka membawa diri mereka dengan penuh keyakinan tanpa kelihatan perasan. Saya suka perempuan yang macam tu. Untuk kelihatan seksi, seseorang wanita itu tidak perlu berjalan dengan lengkok yang terlebih ataupun  berpakaian terdedah.

Kita tengok Siti Nurhaliza. Cantik semula jadi. Dia make up ka tak make up ka, cantik macam tu ja. Tapi saya suka tengok mata dia. Seksi. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya tapi itulah, kecantikan seseorang tu satu perkara yang subjectif. Kita kata cantik, orang lain tengok lain pulak komennya.

Hari tu saya tanya Sara, kenapa setiap kali kalau perempuan nampak cermin, dia akan berhenti tengok ? Apa sebenarnya yang mereka takut ?  Ada kesan comot kat muka kah atau nak tengok muka aku ni masih okay ka dalam keadaan yang panas diluar sana atau pun ada sebab sebab lain?
Bagi saya lah, orang yang selalu pandang cermin, macam kurang keyakinan diri nya. Bila saya cakap macam ni, Sara (anak bongsu saya) tarik muka. "Dia kata, maksud ma kalau macam tu Ya pun kurang keyakinan dirilah?" Saya pandang dia , " Oh! yaya pun selalu buat macam tu ka? Berenti kat mana ada cermin jugak lah? Kalau macam tu rasanya memang kurang yakin dengan diri sendiri". Dia marah dengan saya dia kata saya kejam. Ehmm.. nasiblah kadang-kadang ada sikit la sifat kejam kat anak-anak. Nanti marah pulak dia orang.

Macam Fazura ni, dia memang cantik betul. Bagi saya dia cantik sebab senyumannya yang nampak ikhlas dan juga dia "witty". Kombinasi kedua-dua nya membuatkan dia kelihatan seksi.






Jenis wanita yang saya rasa cantik dan seksi selain dari Fazura dan Siti Nurhaliza adalah seperti Sarah Jessica Parker, Julia Roberts, Puteri Diana dan Jennifer Lopez. Walaupun keempat-empat mereka mempunyai sikit kekurangan seperti Puteri Diana (hidungnya agak besar), J Lo (pinggul yang agak lebar), Julia Roberts (bibir yang agak luas) dan Sara Jessica ( muka yang agak panjang) tetapi kekurangan ini juga menjadikan mereka terkenal di seluruh dunia.

Jadi, memandangkan awak pandai sangat dalam hal kecantikan ni, apa kata awak bagi sikit tips macam mana nak nampak cantik? Mungkin ini soalan dari anda untuk saya.

Ini jawapannya dari pakar kecantikan (merujuk kepada diri sendiri..rasa hebat sendiri)
* Bagi saya, perkara paling asas, kalau kita tengok cermin dan nampak sedikit kekurangan terutamanya di wajah kita, cuba belajar teknik make up untuk menutup kekurangan dan seeloknya kita pakai sikit bedak asas (kulit kita orang melayu ni agak gelap sikit jadi cepat nampak berminyak). Lepas tu pakai sikit lipstik. Dah pun nampak  ceria. Tak payah tebal-tebal make up.
*Postur : Maaf tak jumpa perkataan melayu. Kita harus belajar berdiri tegak dan bila duduk jangan terlalu membongkok. Memang payah mula-mula tapi bila dah biasa jadi senang dan kita pun nampak cantik. Lagi satu orang kita memang agak rendah jadi kaki kita pun tak terlalu panjang. Disebabkan ini bila kita jalan, kita nampak macam gopoh sebab langkah kita pendek. Cuba jalan dengan melangkah satu persatu, jangan terlalu cepat. Baru nampak stail sikit.

*Yang terakhir, cara pemakaian kita. Setiap hari bila saya keluar ke pekan ke atau kemana-mana pun, saya pasti akan nampak corak pemakaian orang kita. Tak kira lah tua ataupun muda, cuba pakai dengan kaedah yang selamat iaitu kalau baju kita bercorak atau pun berbunga besar, elakkan pakai tudung yang bercorak juga. Cari tudung yang kosong. Begitu juga sebaliknya kalau pakai tudung berbunga, cuba pakai baju yang kosong. Kalau banyak sangat warna dan corak rasa serabut ataupun bak kata orang Penang, raplah.

Jadi, apabila kita gabungkan kesemua di atas, iaitu sedikit bedak dan lipstick di wajah, berjalan dengan mengatur langkah dengan betul, berdiri tegak dan tidak terlalu membongkok serta memakai pakaian yang tidak terlalu berwarna warni ataupun terlalu banyak corak, kita dapat.. taa daa! seorang wanita yang sedap mata memandang.

Okay lah. Itu saja yang dapat saya kongsi hari ni.
Jumpa lagi di tulisan akan datang, In Sya Allah!

Rose
25th.Jan '13









---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hello all,

When we talk about women, the next word that precedes to a woman is beauty. Beauty is something holy to women. We empty our pockets for beauty, we sit in front of a mirror for hours and we even endure pain for beauty. So what is beauty? It's a cliche thing if I were to say "beauty comes from within" or something similar to this phrase.

I think many would agree with me that when we look at a person, the first thing we look at is his or her looks. Awestruck we were with a person's beauty that we sometimes forgot about the flaws they may have.
To be blunt, there's no such thing as when we look at a person, we look at the beauty inside. This inner beauty is secondary. We would naturally look and weigh how pretty or beautiful the girl is first, then, and only then will we search if she is beautiful inside.Then comes sexy. How to define beauty?

Women are lavishing their money on a plastic surgery or expensive facial uplift without even a blink, for the rich at least. These cosmetic surgeries are receiving an overwhelming response from the ladies .

What makes a woman beautiful? Was it her eyes or her nose, her lips or even her hair? There will always be one significant point that attracted us to a person's features. Some women were blessed with good looks and they carry themselves confidently and at ease without being vain. I like that in a woman. With that air of confidence comes sexiness. Women don't have to sway their hips exaggeratedly or to bare too much of their flesh to look sexy.


The above is our Malaysian singer, Siti Nurhaliza. I deliberately paste her picture without much makeup. She's the type that wears long dresses and never in any appealing dresses throughout her career and yet I find her sexy. To me, her eyes look sexy. I am sure many will not agree with me but then beauty lies in the eyes of the beholder, right.

The other day, I was telling Sara (my daughter) , I wonder why women and girls alike, will stop and stare at themselves whenever they saw or passed by a mirror. What actually are they afraid of finding? That there's a smudge on their faces or what? Personally I think those who stop and stare at themselves endlessly, had a problem with their level of self-confidence. When I said this, Sara pulled a face at me and said, "Then you are saying that my level of self confidence is low too?". I turned to her and said "You did that too? I mean staring at yourself in the mirror at every chance you got?" So I guess yeah, you had to do something with your self confidence. She retorted, "You're mean". I replied, "At times I had to".

The picture above is our local actress, Fazura. Simply put she's beautiful. I don't usually like a face too pretty or beautiful coz I find it boring. In Fazura's case I find her smile and wittiness sexy. She is herself. She carried herself as if she didn't give a care about her looks. That is both beautiful and sexy.
My type of beautiful people, among others are Julia Roberts,Sarah Jessica Parker and Jeniffer Lopez. Any disagreement people? Halle Berry maybe beautiful and sexy to others but to me she's just a thin and slightly boyish woman and not sexy at all. The media made a fuss about her sexiness. As for me, I've given my reasons.

Princess Di
Julia Roberts

Sarah Jessica Parker





Jennifer Lopez
All the women above are both successful and beautiful. But they have their flaws:
Julia Roberts mouth is a tad too wide, Prince Diana's nose is slightly big, J Lo's butt is too wide and Ms Parker's face is slightly elongated yet these flaws, I believe has become their biggest assets. It fitted them perfectly and had made them one of the most beautiful women in the world. For sexy category, I would give credit to Ms Lopez. She is sexy all over. She exudes it everywhere she goes.

If you notice it, these women didn't seem to be obsessed with their beauty except for the late princess (but then she had to, she was a princess after all) They portrayed themselves effortlessly. This is when the phrase "true beauty comes from within" applied.

So, since you're so expert in beauty, what's your advise for girls out there? This question may comes from you people out there for me to answer.
Okay, read and understand what the expert had to say (referring to me, wow)
* I would say, when you look at your self in the mirror and didn't like what you see, first and foremost find what was your weakest facial point/features, then learn to enhance it by covering it with makeup techniques. Always remember especially for us Malay women (many of us were born with brown skin tone) to always apply some basic powder or foundation (natural tone) on our face. Even though some of us hated makeups, a little touch of lipstick would work wonders.
* Posture : Asian tend to forget about posture. We slouch when we sit, we slouch when we stand. Walk straight coz all these contributed to a beautiful facade. Learn to stand straight and hold it right there. You'll get use to it.
* Again Asian are mostly short in term of height. Therefore we tend to walk fast as we have shorter legs. Learn to stride and push the legs firmly one after another at a slower but firmer pace. That would surely look good.
* The last one would be how to dress up and look great in a 30 ringgit dress. For those who wears head scarf, remember if your headscarf already is a mix of many colours, tone it down with a plain dress. Most crucial is never, never wear a striped T-Shirt with a flowery or polka dot pants or sarong and top it up with some colourful scarfs. It looks too much and messy. That is a fashion crime.    

Enough said. Had to sneak up to my kitchen and see what to prepare for lunch.
Until then, have a nice day or evening wherever you may be.

Rose
25th.Jan '13

Tuesday, 15 January 2013

Nasi Kabsah

Salam buat semua,

Petang semalam semasa melayari internet, mak cik dok tengok resipi-resipi dari luar negara dan terjumpa satu resipi ni iaitu nasi Kabsah. Nasi ni berasal dari Arab Saudi dan ada sikit persamaan dengan nasi tomato ataupun nasi beriyani.
Apapun, mak cik cuba buat resipi ni sebab kita orang Malaysia kan suka makan nasi. Nanti kalau masak makanan barat semua orang tak cuba pulak. Lagipun bahan-bahan dia senang dapat, yang tak dapat tak payah pakai.

Sediakan :
sedikit serbuk sikit kayu manis,
4 buah pelaga,
sikit bunga cengkih dan lawang,
2 helai bay leaves,
1/2 sudu teh serbuk buah pala, 
1/2 sudu teh serbuk lada putih 
1/2 cawan stok ayam (mak cik buat sendiri stok ayam dan simpan utk kegunaan masakan lain)

1/2 ayam dipotong empat
2 potong butter atau pun boleh tukar dgn minyak ghee
2 labu bwg besar dimayang dan 3 ulas bwg putih
1 batang karot yang diparut
2 biji buah tomato
3 sudu makan tomato puree
1 cawan air
2 cawan beras Basmathi (dibasuh dan ditoskan)



Panaskan butter dan tumiskan bawang.
Bila bawang dah agak layu masukkan tomato puree dan tomato buah yang dah dipotong dadu tadi, juga karot. Masukkan juga ayam-ayam tadi kacau lagi.
Sekarang masukkan air dalam 1 cawan dan juga semua bahan-bahan (didalam tulisan biru).
Kita masak biar agak lama dengan api sederhana supaya jus-jus dari sayuran dan ayam tadi akan marinate sendiri didalam pot kita.
Jangan lupa masukkan garam juga.

Untuk beras kita pakai basmathi. ( 2 cawan)



Okay, part ni boleh pilih sendiri. Ayam yang dimasak tadi, mak cik Rose keluarkan untuk digoreng dengan minyak yang sikit ataupun boleh di bakar dalam oven. Boleh juga dibiarkan terus dalam pot masak bersama2 dengan nasi kita.

Bila/kalau dah keluarkan ayam tadi, sekarang masukkan pulak beras yang dah di cuci tadi. Kalau nak ubah masuk kedalam rice cooker pun boleh, senang kerja. Masukkan kismis atau biji gajus atau apa saja yang kita suka.


Rasa nasi kabsah ni ada sikit rasa nasi tomato atau beriani sebab campuran rempah dia hampir sama.
Kalau suka bolehlah dibuat sikit acar nenas/timun atau apa jua sampingan untuk menambah selera.

First time buat, tak banyak beza sangat dengan nasi kita. Jadi senang kita nak terima ikut citarasa orang kita.

Rose
16th.Jan '13


Friday, 11 January 2013

Saya anak Malaysia/ Iam Proud To Be Malaysian

Hello everyone!

It has now been nearly two weeks we are into the new year. Christmas last month, new year this month and Chinese New Year next month. Lots of holidays especially for us, Malaysians. The mega stores and malls are making big money during these festive seasons.

Talk about money, it got me thinking about the crazy price hike these days. Langkawi was known for it's beaches. Where there is beach, means there will be fishermen. Where there is fisherman, means we get to buy fresh fish from the market at a very compatible price. But no, Langkawi food is so damn expensive (for people like us) that one would think twice to enjoy an evening out with family. Maybe everybody is trying to get rich quick.

At times one get frustrated having to fork out the hard-earned money just to pay for goods or food at a ridiculous price. Taking into account, we have loads of other utility bills to be paid every month. Urghh...

Why am I complaining? Nothing. Just feeling like complaining because every time I thought  of putting aside some money for travelling fund, something came up.  Something like the car broke down or school fees or hospital bills and I can give a thousand and one other things that could flare up your temper.
But that brings me back to think again, what am I complaining about? It's LIFE. We work our a*?# off every day to live. Living means having to eat, work, facing problems etc. Thus, we all need money to live and   this is when the money comes in. There won't be any fun if we work and bring home the money without utilizing it. Fun? Did I use the right word to summarize my thought?

Despite all the hitches and headaches, I am glad I live in this country. I am proud to announce I am Malaysian. Why? Because first and foremost, last year when I was undergoing my cancer treatment, I paid next to nothing to the hospital both for my chemotherapy and radiotherapy comparing to private hospital which could come up to a whopping amount of about RM 30,000.00 for chemo alone and radiotherapy was about the same ( estimation cost). It could be higher. Where do you think I will come up with that amount? That's why for a fleeting moment I thought of finding an accomplice for a grand bank heist. Imagine a headline the next day, " A dying woman robbed a bank to pay for her chemo treatment!" Doesn't sound that bad. Ehmm...Not a bad idea, not bad at all.

Secondly, the country is comparatively safe. Not wanting to be biased but most petty crimes,drug trafficking  and murdering were committed by foreign workers who lives and works here.

Racism, now this is a very sensitive issue. Correct me if I am wrong but I've never heard of any country in this world that doesn't face this situation. Here in Malaysia, the Malays are jealous of the Chinese because they were better off economically. The Chinese and Indians were not happy that the Malays were given some priorities and privileges when it comes to educations or financial aids from the government (Malays are the natives of this country thus it is called the Malay Peninsula). To me, it's like a squabbles between siblings.
I think a little racism is healthy because that will initiate us to work harder to help our people. A little envious every here and there should be alright. It became dangerous when people become extreme. Anything extreme is bad.
Apart from that, I think we, Malaysian are doing alright. I wouldn't have it any other way. I like having the Chinese, Indian and other ethnic in this country. It brings out the color of it's own.

Geographically I love my country because it doesn't suffer much from natural disasters such as earth quake or any type of typhoon. Malaysia is located about 7 degree away from the equator line and outside The ring of Fire ( where a large number of earth quakes and volcanic eruptions occurs.) That makes us comparably safe than others.

There is another reason, unlike Singapore, we are naturally fun, friendly and helpful people. The country is not squeaky clean if compared to Singapore but this is how we live our lives. We live naturally in accordance to the law of nature ( I mean we still have some law to abide) whereas Singapore had to abide by their strict no-nonsense law, no littering, no spitting in public places and a banned on chewing gum! I don't know if this ban still valid but it sure sound ridiculous.
No wonder once they crossed the causeway ( a bridge between Singapore and Johore, a Southern Malaysia state) they became ugly, not all but most of them.
Again, that is why I love my country as we are one despite our differences. May God bless this country always and forever.

Politically, the country is stable and currently being led by Mr Najib Abd Razak. He may not be the greatest or smartest Prime Minister known but he is doing or taking the right path into making the country prosperous. Don't look at him as a person because each and everyone of us has flaws of our own. Look at him as someone we can use to make the country better. As long as we are living harmoniously, plenty of food on the table, job vacancies in abundance and walk freely without having to worry if a bullet might hit me, I am fine with it.

Last but the best is about food. I maybe a little over-board but I must say Malaysia is a food haven. With 3 different ethnic in this country, we have a variety of hard-to-resist food everywhere you go. I love Chinese food, and then we have Indian food and Malay food  and don't you know it, Western food is everywhere you turn your head to. Don't believe what I am saying? Head over here and find it yourself. Hell, even my ex Japanese boss, partner and colleagues love Malaysian food that when they left this country, they said they missed the food more than they missed me. Sad but acceptable.

Okay lah..that's all for today. Too long and you might fall asleep.

Until then, have a great weekend!
Rose
12th.January '13
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

                            Hidup Seharian
Salam semua!

Dah hampir dua minggu kita di dalam tahun baru. Bulan lepas Krismas, bulan ni tahun baru bulan depan pulak Raya Cina. Raya sakan kita orang Malaysia. Shopping mall dan supermarket juga merayakan keuntungan berlipat ganda mereka.

Bercakap tentang duit ni buat saya terfikir tentang harga barang yang melambung sekarang ni. Semua pun tahu, Langkawi adalah sebuah pulau. Pulau dah tentu dikelilingi oleh laut. Jadi bila ada laut, tentu ada nelayan, bila ada nelayan tentu senang nak dapat ikan dengan harga yang murah dan segar. Tapi tak! Di Langkawi ni kadang-kadang harganya sama juga macam kat luar. Baru-baru ni suami saya makan kat kedai dekat Pantai Cenang, dia ambik ikan keli goreng seekor ,sayur, terung sekeping, sikit daging merah dan teh o'ais harga dia  sembilan ringgit. Mahal mengalahkan restaurant yang cantik-cantik tu.
Hari tu saya ke Subang Jaya makan kat  food court betul-betul dikawasan kolej yang sesak, saya ambik nasi, ikan seekor, sayur, sambal udang dan teh o semua RM 6.50.  Macam mana pulak kat bandar besar harga lagi murah dari dalam pulau lagi. Mengkelan nak makan kat luar sekali sekala.
Semua nak kaya cepat.

Ada masa tu, frust jugak la nak kena keluarkan duit yang kita kerja siang malam cuma untuk nak beli barang-barang keperluan ataupun makan. Pulak tu bukan tak tahu, bil api, air, astro dan macam-macam bil lagi dok menunggu. Arghh..sakit jiwa!
Kenapa saya komplen? Tak ada sebab. Saja rasa nak luahkan perasaan sebab setiap kali saya nak simpan sikit duit untuk tabung bercuti ada saja benda yang mendatang. Kereta rosaklah, sekolah punya yuran lah, bil hospital lah dan seribu satu macam alasan yang boleh buat kita hilang arah.
Tapi itu membuatkan saya terfikir pulak, kenapa saya merungut ni? Inilah yang dinamakan kehidupan. Kita kerja setiap hari untuk meneruskan hidup. Hidup ertinya kita harus makan, bekerja, hadapi masalah dan sebagainya. Jadi, kita semua memerlukan duit untuk hidup dan disinilah duit memainkan peranan. Tak fun la kalau kita kerja dan bawa balik duit bertimbun tapi tak tau nak buat apa dengan duit tu.


Dengan segala masalah dan kekurangan, saya menyayangi negara ini. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Kenapa? Pertama-tama nya, tahun lepas semasa menjalani rawatan kimoterapi dan radio terapi untuk kanser saya, saya hanya perlu membayar kos yang sangat minimal di hospital kerajaan. Kalau dibandingkan dengan hospital swasta, harganya boleh menjangkau lebih RM60,000 untuk kedua-dua rawatan tersebut. Manalah saya nak cari duit sebanyak tu. Sebab tu saya terfikir nak cari satu partner pi rompak bank. Bayangkan, esok tu keluar kat muka depan suratkhabar " wanita sakit tenat sanggup merompak untuk membayar rawatan barah". Ehmm macam okay jugak bunyi tu...
Walau bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana mandapat peluang kedua untuk terus hidup.

Yang keduanya, negara kita masih agak selamat. Bukan nak bersifat tidak adil tapi selalunya kes-kes bunuh, rompakan, edar dadah banyak dilakukan oleh pendatang yang datang bekerja ke sini.


Perkauman, isu ni agak sensitif. Betulkan saya kalau saya tersilap tapi saya tak pernah lagi dengar negara yang tak ada masalah perkauman. Perkauman ni kalau sikit-sikit tak akan memudaratkan. Yang jadi huru hara ni bila ada yang jadi extremist. Apa-apa benda pun kalau ekstrem akan berbahaya dan merosakkan keadaan. Kita semua dah biasa dengan satu sama lain iaitu Cina, India dan Melayu juga etnik-etnik lain. Jadi seeloknya kita teruskan seperti biasa. Saya suka dengan keadaan yang kita ada sekarang ni.

Secara geografi nya pula, saya sayangkan negara ini sebab kita tak banyak bencana alam yang teruk teruk macam kat negara luar seperti gempa bumi ataupun ribut taufan. Negara kita terletak lebih kurang 7 darjah dari titik equator dan berada di "luar lingkaran api" ( banyak kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi terjadi sekiranya berada didalam lingkaran tersebut) Ini membuatkan kita agak selamat berbanding negara lain.

Ada lagi satu sebab, tidak seperti Singapura, orang kita lebih mesra alam, sentiasa riang dan saling tolong menolong. Negara kita tidaklah sebersih Singapura tapi ini lah cara hidup kita sementara orang Singapura terpaksa mengikut undang-undang atau peraturan yang tegas seperti tidak boleh membuang sampah merata-rata, tak boleh meludah di tempat awam dan di haramkan chewing gum. Saya tak pasti sekarang ni masih di haramkan ataupun tidak. Agak melampau jugak undang-undang macam ni.
Tak menghairankan sebaik saja mereka menyeberang tambak Johor, orang-orang Singapura ni akan jadi sebaliknya. Kenapa ya?

Kalau di ambil kira status politiknya pulak, negara kita boleh dicategorikan sebagai aman. P.M kita mungkin tak sehebat Perdana Menteri Perdana Menteri sebelum nya tapi dia sedang berusaha kearah negara yang lebih makmur. Selagi kita dapat hidup secara harmoni, makan pakai yang cukup, makanan yang terhidang dimeja setiap malam dan boleh bergerak ke sana kemari tanpa perlu risau untuk mengelak dari di tembusi peluru, saya dah bersyukur sangat sangat.

Yang terakhir adalah makanan kita. Mungkin saya agak keterlaluan tapi rasanya makanan kita kat Malaysia ni memang hebat. Ini disebabkan gabungan ketiga-tiga etnik terbesar menjadikan satu hidangan fusion yang hebat. Bos Jepun dan bekas partner Jepun saya dulu bila dah habis kontrak dan balik ke negara dia orang, bagitau saya yang paling dia orang rindu adalah makanan kita. Bukan saya tapi makanan kita. Hebat dak pukulan makan kita. 



Okay lah sampai sini saja untuk hari ni. Lain kali kita berjump lagi.

Rose
12th.Jan '13




Thursday, 10 January 2013

Screw Pine

Screw pine OR Pandan
This is Malaysia screw pine. There are some other types of screw pine in other countries. Ours is a plant which doesn't grow taller than this picture. It doesn't have trunk.
i) This plant is use to aromatise the cooking. Just get a piece of this leaf , shred it and tie it knot-like then  through into the boiling dish. The smell is perfect.
ii) Second, get a few leaves, put it in your blender machine with some water and blend it into pieces. Strain and squeeze out the juice. Can be used to making cakes or some other delicacies. Great aroma.

The best thing about screw pine, unlike vanilla it is so cheap and easy to plant and grow in abundance.

Sunday, 6 January 2013

Cinnamon Stick

cinnamon stick

These sticks are essential in Malay cooking especially when it involves red meat and chicken. We usually put a stick or two when cooking sauce or curries.
As for it's medicinal value, older generation mixed it with some crushed ginger and honey to cool off the body heat. And it tastes good too.

Saturday, 5 January 2013

Happy New Year / Selamat Tahun Baru


Salam Tahun Baru buat semua,

Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk tahun baru. Maka bertambahlah umur kita setahun lagi. Jadi, apa yang sebenarnya kita nak sambut di Tahun Baru ni? Tak ada apa sangat tapi di sebabkan sambutan Tahun Baru ni selalu di uar-uarkan oleh media (media massa dan electronik) membuatkan kita semua macam teruja juga nak sambut.

Malam memegang (sebutan Indonesia untuk malam sebelum sesuatu sambutan spt Hari Raya) ataupun on the eve of... semua orang excited nak pi mana, nak buat apa. Anak-anak remaja selalunya dah siap berjanji dengan kekawan nak celebrate kat mana. Kita yang tua-tua sikit ni lebih selesa dok kat rumah saja.

Tapi kalau kita fikirkan balik bukannya ada apa sangat pun. Selalunya ramai akan pergi berkumpul kat satu-satu tempat atau dataran mana-mana, tunggu tengok percikan dan dentuman bunga api. Cukup pukul 12 semua orang jerit Happy New Year. Itu saja.

Lagi satu pasal azam. Orang tu tanya orang ni, apa azam hang tahun baru ni. Maka kita pun pikiaq nak azam apa tahun ni, kalau tak ada azam segan pulak nanti orang tanya macam tak bervisi pulak kita ni. Jadi kita pun fikirkan jugak satu azam yang belum tentu kita akan buat dengan bersungguh.

Bagi saya rasanya tak ada azam baru lagi dah tahun ni. Saya cuma nak tubuh badan yang sihat, begitu juga dengan suami dan anak-anak, semoga sihat sejahtera dan tiada masalah yang besar yang harus di pikul di tahun ini seperti di tahun-tahun yang lalu.

Macamana dengan teman-teman semua? Apa yang anda inginkan? Apa pun yang kita inginkan, kita harus bekerja kuat ke arah itu, selagi kita melakukannya dengan cara yang betul.
Majulah dan capai impian anda!

Rose
6th.Jan '13

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                     HAPPY NEW YEAR

Good bye 2012 and welcome 2013! Already 2013? The world is truly spinning too fast nowadays. It didn't feel too long ago when we welcome and ushered in 2012 and now we're doing the same for 2013. Where did all the time go?

So, what actually are we celebrating? A new resolution? Or because we are getting a year older or just for the sake of celebrating? If celebrating it, what do we usually do? If you were to ask me, I would say we would drive to an open space where hundreds of other people gathered and waited for the fire-work to begin. At twelve o'clock sharp, altogether we do the count-down and yelled Happy New Year when the clock strike midnight. That's about it.

Then, once we entered New Year, people started to ask about new resolution. Why do we need new resolution when we never achieved the old one? I for one, never seemed to have any new resolution because I never seemed to fulfill the resolution I made the previous year. What I want is, to be healthy and able to lead a life without having too many problems to worry about.


What about you, my friends out there? What do you wish for? Well, whatever you may want, work for it, as long as you're in the right path. Go for it,achieve your dream and live your life.

Have a great day and bye for now.
Rose 6th.Jan '13

Kari KETAM


Assalamualaikum,

Hari ni mak cik Rose masak kari ketam. Kari ni pun senang dan lebih kurang sama macam buat kari-kari lain juga. Tapi tak pa, kita share dan saling bertukar resipi. Mungkin cara orang lain lain sikit.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Ketam (apa jenis pun boleh)
Halia di hiris halus (lebih banyak halia lebih sedap bau nya)
Bwng merah/ Bwng putih di hiris
Daun Kari
Santan ( separuh dari santan RM1.00)
3 sudu besar serbuk kari daging atau udang dicampur air anggaran 1 gelas
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh gula
Garam
Nenas
Sebatang kulit kayu manis
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang, jom mula masak:

Mula-mula masukkan rempah tadi kedalam periuk bersama dengan kulit kayu manis, halia dan jintan manis. Rebus rempah sampai mendidih.


Sekarang masukkan ketam dan nenas yg dipotong spt gambar di atas, tambahkan sikit air dan tutup lagi.
Biar sehingga ketam masak.


Bila ketam dah masak, bolehlah di tuang masuk santan dan juga garam.
Untuk menaikkan lagi rasa kuah ketam ni, masukkan sikit gula.
Tunggu sehingga kuah mendidih.
Sekarang bolehlah di tutup api.

Di kuali berasingan, tumis bwg merah/putih dan daun kari. Goreng kilas sehingga kekuningan.
Angkat kuali dan terus tuang kedalam periuk ketam bersama dengan minyaknya sekali.

Nota :Kalau suka masam, boleh masukkan sekeping asam gelugor.

Have a good lunch!
Anggaran Costing :

Ketam              : RM 13.00 (4 ekor)
Nenas              : RM    1.50 (separuh)
Santan             : RM    0.50
Lain lain bahan : RM    1.00

Jumlah               RM 16.00 utk 4 ~ 6 orang

Rose
6th.Jan '13
          

Lemongrass


Lemongrass or serai in Malay language are widely used when cooking meat or chicken. One reason is to get rid of the fishy smell of the meat and other reason is it brings out the aroma in the dishes being cooked.
When cooking meat such as beef or lamb or chicken, lemongrass would be used together with ginger, onion and garlic. These items will then be grind together and saute with some spices such as cinnamon, cardamom, coves and star anise to give a certain curry a delicious aroma.
Lemon grass