Blogger templates

Thursday 21 March 2013

Stupid Malays!


                                           Kasihan Orang Melayu

 Ingat tak suatu ketika dulu di zaman penjajahan British, orang Melayu depa labelkan sebagai malas dan bodoh. Sampai hari ni pun masih ramai yang anggap kita macam tu. Kesian kan? Orang British dah tengok dan selidik sifat dan fe'el orang Melayu sebab tu dia orang pecah-pecahkan orang Malaya ni kepada tiga, Melayu dihantarnya ke kampong2, India ke estet dan Cina ke bandar. Pecahan kaum ni bukan saya yang kata, ada dalam sejarah negara.

Apa yang saya nak tulis ni, mungkin akan ada yang berpendapat berbaur perkauman. Tapi bagi saya tidak. Ini adalah sesuatu yang saya rasa dapat kita kongsi bersama sebagai satu Malaysia. Perasaan saya lebih membuak-buak untuk menulis rencana ini ditengah-tengah kejadian Sabah di ceroboh lebih kurang 3 minggu lalu. Ia bermula dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakan kejadian di Sabah adalah sandiwara semata-mata. Apa hal dengan si mamat sorang ni? Gila ke apa? Siapa la nak main sandiwara dengan nyawa orang. Berita semasa yang di siarkan di TV menunjukkan keluarga anggota keselamatan kita menanti dan menangisi pemergian anak-anak, suami ataupun abang abang kepada wira kita. Si Tian Chua ni main sedap mulut ja kata sandiwara semasa. Bagi saya, kalau dah jadi pemimpin tu, dah tentu-tentu seorang yang berpelajaran tinggi, tahu menjaga peradaban diri bukannya macam orang yang meroyan tak tentu hala.

Kenapa saya tulis tajuk Kasihan Orang Melayu. Sebab orang Melayu sanggup menggadai nyawa untuk negara. Mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Tapi kesiankan. Apa yang depa dapat? Kata cerca dan maki hamun dari pelbagai orang. Tergamaknya dia orang kata kematian wira ni sebagai mati katak, polis anjing dan banyak lagi yang tak ingin saya tulis kat sini.
Kita ada tiga kaum yang besar dalam negara. Melayu, Cina dan India. Tapi saya agak terkilan kenapa tugas menjaga keselamatan negara hanya orang melayu saja yang ramai. Kenapa rakan-rakan kita dari kaum-kaum lain seakan memencilkan kerjaya ini? Tugas ni sepatutnya di sandang oleh semua.
Apabila ada orang-orang melayu sendiri yang mengecilkan pengorbanan besar pasukan keselamatan kita untuk ketenteraman semua, saya jadi meluat. Meluat tengok sifat lupa diri orang melayu. Dan apabila pasukan ini dihina dan di ejek pula oleh kaum-kaum lain, saya berkecil hati dan sakit hati yang teramat. Apalah salah mereka sehingga di hina sebegitu sekali. Sekurang-kurangnya kalau tak minat nak menyertai pasukan polis atau tentera, hormatilah mereka yang selama ini menjaga keamanan negara.
Dan buat Tian Chua juga, dia sepatutnya berterima kasih kepada anggota keselamatan kita kerana disebabkan mereka bertempur disana menjaga keselamatan kita dan Tian Chua juga, dapat dia berdiri di podium dengan selamat untuk menghina orang yang memberikannya kehidupan yang mewah dan aman.

Ada satu orang dalam facebook saya ni, setiap hari kerja dia maki orang, maki kerajaan, maki polis, tapi apabila ada satu kejadian di satu tempat, dia tanya pulak mana polis, kenapa tak ambik tindakan? Kalau saya jadi polis pun, saya tak ambik tindakan. Lantak engkaulah. Komplain pandai, bila dah terdesak cari juga polis. Macam ni punya orang pun ada.

Lagi satu yang saya perasan, bolasepak adalah sukan kebangsaan dinegara kita. Boleh dikatakan semua minat tengok bola. Tapi perasan dak hanya orang melayu yang memenuhi stadium bolasepak kalau pasukan negara yang bermain. Mana pergi kaum-kaum lain? Kaum-kaum lain hanya akan memenuhi stadium apabila pasukan Man U ataupun Liverpool atau Man City bermain. Mana perginya semangat kesukanan semua?Ini membuatkan saya terfikir hanya orang melayu yang menyokong orang melayu dan disebabkan sukan bolasepak ni majoriti hanya budak melayu yang bermain jadi kaum lain tidak berminat untuk menonton..
Cuba kita tengok pula bila bila Chong Wei lawan badminton. Semua kaum tengok, terutama kaum Cina. Kita orang melayu seperti biasa turut memenuhi stadium, memberi sokongan walaupun Chong Wei bukan orang melayu. Kita sayang dia. Dari sini kita boleh nampak, hanya orang melayu yang terhegeh-hegeh nak berbaik dan menjaga hati semua orang. Kaum lain macam mana?
Kesian melayu.

Orang melayu ni secara am nya sangat lembut hati (terutamanya melayu Malaysia), menerima apa saja seadanya. Kita bukan jenis rasis tapi keadaan sekeliling kita, menjadikan orang melayu lebih berhati-hati sekarang ni. Kerajaan melebihkan orang melayu sebab dia tahu orang melayu slow sikit dalam segala hal, orang lain bersuara lantang meminta hak yang sama, orang melayu masih di takuk lama, takut nak bersuara banyak-banyak takut kecilkan hati orang. Orang lain dah kaya raya, orang melayu masih tak berani nak  ambik risiko berusaha lebih. Sebabnya? Macam saya katakan tadi, kita agak slow. Kalau kerajaan tak ada di belakang kita, agaknya sampai sekarang orang melayu masih lagi  tinggal di kampung, bertani dan bercucuk tanam, makan gaji cukup-cukup makan dan masih merendah diri.
Kalau kerajaan ikut semua permintaan kawan-kawan kita dari kaum lain, orang melayu akan betul-betul merempat di negara sendiri.  Macam yang terjadi di Singapura. Dulu negara tu sebahagian dari Malaysia, tapi sekarang dah jadi negara sendiri. Mana pergi orang-orang Melayu sana. Apa yang dah jadi pada mereka. Kenapa agak ramai melayu-melayu Singapura sekarang merantau, bekerja dan bermastautin di sini?

Dan untuk orang melayu sendiri, janganlah lupakan saudara-saudara kita yang masih tertinggal dibelakang. Janganlah menghina sesama sendiri. Kalau kita orang yang berpelajaran tinggi, belajar sampai keluar negara, cubalah bantu orang melayu sedaya yang boleh. Bukan dari segi wang ringgit tapi cara berfikir dan berdaya saing dengan sesiapa juga. Saya bukan nak kata orang lain, arwah bapa saya dulu pun selalu kata orang melayu lembab (maaf cakap) tapi itulah hakikatnya. Kita jangan rasa marah saja tapi lebih baik kalau kita perbaiki diri dan minda kita selaras dengan zaman ini.


Akhir sekali, saya berharap dimasa akan datang, akan ada lebih ramai pemuda dari kaum Cina dan India menyertai pasukan keselamatan kita. Barulah kita dapat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Salam dari saya,
Rose
22nd.Mar '13

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sounded harsh when the title was put that way. But that's what Malays was labeled by the British during their occupation years ago in the Second World War. We were said to be stupid and lazy. A demeaning combination. Sad but there's some truth in it. The British must have evaluated the strength and weaknesses of the Malays then, that was why the Malays were sent to the village and the Chinese to the city whereas the Indians to rubber estate. This segregation was done by the British and it's printed in history.

What I am about to write may be viewed as racist or something but believe me that is not my intention at all.  It's from my personal point of view. Please read on as to what I have to say. The thought of writing about this issue has become over-whelming with the wake of Sabah intrusion in the last two weeks. It started with Tian Chua ( a Vice President of an Opposition Party) said the incident in Sabah (the shootings and killings of our armed forces and police personnel by the Sulu terrorists) was staged by the Government. Seriously? Who in their right mind would stage something that involved lives? News broadcast all across the nation, showed the grieving families waiting for the bodies of their loved ones who died in the line of duty.
Some were as young as my children. Some of them left behind a pregnant wife and young children.
What an insensitive remarks to come out from the mouth of someone who is, I am sure highly educated and a high profile person! To my simple mind, to be in the opposition party means to oppose to something that was not right carried out by the running Government. Not making up stories of lies at every chance you got. Grow up. This is not child's play.
Now, why did I put the caption as stupid Malays? Because Malays were willing to die for the country. Malays were ready to fight till the last drop of blood. We, the Malays, Chinese and Indians live in this country and called Malaysian. But when it comes to defending the country, why only the Malays? The armed forces and Police job positions were open to all, yet out of 1000 people maybe only a hundred or so of Indian and Chinese combined were in this defence force.Why did this happen? I mean, the task to protect the nation lies on the shoulders of us all not only on one ethnic. Granted that the Chinese strengthen the economy of the nation but that is for the benefits of individuals. There should be more patriotism shown by my peers to help build this nation into a strong nation. Bad mouthing about the country wouldn't help anything. 

Also, when the death of the policemen and armed forces were highlighted, there were those who called the dead heroes as dogs.They made fun of this and write all over their facebook wall as if it was some kind of a joke.
It hurt my feelings more when these harsh words were thrown by my fellow Chinese and Indian friends because I am seeing it from the side that since not many of them were in the forces, the best they can do is to give moral support instead of being abusive and vocal when condemning the military police. I know this one guy, a facebook friend who condemned the police like they had caused him a living hell. Then there was some kind of chaos at a place and he got the guts to ask where the hell were the police when in need? Ironic, ain't it?
I know everybody hates the police because they usually comes in the form of trouble. We may get the parking tickets, stopped by for speeding or delivering bad news to us, but without them where would we be? Can we live without them? Are they so despicable that they don't deserve an ounce of recognition from us?
Yes, they may be corrupt but are they the only ones to be blamed? When they applied some sort of toughness against public, we cried out police brutality. When they were lenient, we said they were soft as jelly. We cursed, we condemned and we called them names. Yet when they were not where we want them to be, we panicked. We wished they were somewhere close by. So guys, what does that make us?

Malays by nature are gentle people, always ready to please and accommodate others. Malays are not racist. That is why they welcome everybody to be apart of the nation with open arms. The Government are a bit over protective towards the Malays because we walked in a slower pace compared to others, we were still trailing behind compared to others and we still the humble and easy-to-please people. Without the Government to look after us, we most probably still are farmers or fishermen. We were slow in almost everything especially calculation and mathematics. That's why we can't make a good business person.

Lastly, I wish I could see a well balanced ratio in the Armed Forces and Police force in the near future. Come to think of that, I wish there would be more Chinese and Indians spectators in the Malaysian sports scene. We can hardly see you guys watching Malaysian football. I know they sucks sometimes but with your moral support, who knows they might do better. Let's go and be Malaysian together. Not only in words but our action as you all know it, action speaks louder than words.

Well,  I will stop right here and let's love our country just like we love our families. This is where we belong.
Let's stop the bickering and carry on with our lives just the way we are now. God have mercy on us.

Rose
22nd.Mar '13

                                       





1 comment:

  1. tak mau rasis, tp kenyataan nya mmg mcm tu. sebahagian kecil sj non malay dan non bumi yang berkhidmat dlm bahagian pertahanan malaysia.

    yang tulis hal yg sama dlm satu fb yb chinese, then my comment was removed, dan kena block dr bg komen di page dia..

    tp rs lega. mmg puas hati. yang ckp kat dia, dok complaint mcm2, baru bayar income tax sikit dah mcm dia sumbangkan segala2nya untuk negara. sedangkan polis/tentera melayu dan bumiputra bagi nyawa utk negara. ada chinese yg like comment yang, tp tak kena blok pulak mamat tu.

    dia masih blh bg komen walaupun berbeza pendapat dgn yb tu. so kat situ pun kita dah tau, yb ni pun rasis jgk.

    bukan semua org rasis, tp tak bermakna depa akan bersikap adil pd semua bangsa. mesti jaga bangsa depa dulu jgk. so rasis la jgk tu kan...

    ReplyDelete