Blogger templates

Monday 18 March 2013

Ayam Kung Pao


Salam sekali lagi buat semua,

Hari ni jom kita cuba masak masakan Cina. Tentu ramai dah biasa makan atau tahu tentang resipi ni. Tapi pada siapa siapa yang tak biasa lagi dgn resipi ni boleh cuba sendiri. Hari ni kalau ada masa boleh lah mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan :
* Bwg besar 1 labu dan 3 ulas bwg putih dirincik kecik
* sikit minyak bijan ( kalau pakai non stick pan ambil dlm 2 sudu)
* 2 cili merah di kisar kasar)
* 1 inci halia (dikisar kasar)
* se genggam brokoli yang di carik-carikkan
* suku cawan kcg tanah di sangai tanpa minyak dan di tumbuk kasar
* 10 cili kering ( sangaikan sehingga agak garing, angkat dan letak sebelah dulu.

kacang tanah di tumbuk kasar dan cili merah juga di tumbuk kasar


* 1  1/2  sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar sos hoisin ( ada di jual di supermarket)
* 1 sudu cuka 
* 2 sudu kicap cair (masin)
   (campurkan semua sos kedalam satu mangkuk)


Ayam yang dah di saute dan sos yg diperlukan spt dlm tulisan merah di atas


* ayam yang dipotong nipis  ( 5 ketul isi ayam)
* Tepung jagung (campurkan sikit air)
(  gaulkan ayam dan tepung jagung dan letakkan disebelah dulu)
*** Gunakan 2 sudu minyak biasa dan saute kan ayam sehingga setengah masak.

Okay, kita mula masak :
Panaskan minyak bijan . Masukkan bwg putih dan bwg merah tadi. Biar sehingga hampir kuning.
Sekarang ambil halia dan cili merah, tumis sekali dengan bwg tadi.
Kini, campurkan pulak ayam setengah masak tadi dan masak sebentar.
Masukkan sos yang dicampur tadi bersama dengan sikit air.
Biarkan kuah agak pekat dan sekarang bolehlah ditabur kacang tanah dan sayur brokoli.
Biarkan dalam 1 minit lepas tu bolehlah diangkat.

Makan semasa masih panas.
Memang sedap betul ayam masak begini. Cuba dan bagi tau mak cik Rose.


Rose
19th.Mar '13

No comments:

Post a Comment