Selamat berjumpa kembali!
Sekarang ni banyak tempat yang menjual ayam penyet, baik di gerai gerai kecil maupun direstoran besar. Makanan orang Indonesia. Memandangkan si Sophie gemar sungguh dengan masakan ini, saya pun buatkan sikit hari tu untuk kami tiga beranak.
Saya ada ubah suaikan sikit cara penyediaannya seperti ayam yang sepatutnya direbus, saya kukuskan untuk menyimpan rasa perapan.
Sangat simple dan yummy!
Untuk Sambal
4 biji cili api
3 sudu makan cili kering yang dah di kisar
3 ulas bwg merah & 2 ulas bwg putih
1 biji tomato masak ranum (belah dua dan bakar sekejap)
7 ikan bilis
sikit belacan
sikit garam
sikit gula merah (ikutr selera kalau suka manis, lebihkan gula)
3/4 sudu makan limau kasturi
1 tangkai daun selasih (ambik daunnya saja)
Semua bahan di atas ditumbuk sehingga halus. Ketepikan.
* Saya tumis dan masak sekejap diatas api untuk mengelakkan rasa tidak selesa perut selepas makan.
Untuk ayam pula :
1/2 ekor ayam di potong empat (atau ikut cara hati anda)
sedikit lengkuas - ditumbuk kasar
sedikit halia - ditumbuk kasar
1 batang serai - ditumbuk kasar
2 helai daun limau purut - dibuang tulang dan di koyak kecil
sedikit serbuk ketumbar
sedikit kunyit dan garam
1/4 cawan santan pekat
(Lumurkan ayam dengan semua bahan dan perapkan selama lebih kurang 30 min, kemudian kukuskan selama 20 min)
Panaskan api dengan minyak yang banyak dan deep fry kan ayam tadi.
Untuk kriuk (yang garing) , yang semua orang suka makan tu, kita buat macam ni:
Ambil air (anggaran 1 cawan) bekas kukusan ayam tadi.
3 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung ubi
sikit garam dan sikit soda bikarbonat
Gaulkan sehingga adunannya menjadi seperti tepung pisang goreng.
Panaskan api dan dengan menggunakan jari, sebar-sebarkan di dalam minyak. Tunggu sehingga garing dan angkat.
Untuk garnishing :
1/4 sayur kubis di potong nipis
Timun di potong bulat
Tempe digoreng garing
Semua dah siap. Jangan lupa masak nasi dulu. Nanti disebabkan leka membaca cara-cara nak buat sambal dan perapan, lupa pulak nak masak nasi, hah.. baru angin satu badan!
Hari ni hari minggu, kalau masih tak tahu nak masak apa, boleh cuba buat Ayam Penyet ni. Kalau rajin tinggalkan komen atau feed back untuk saya ya.
Salam dari saya,
Rose
16th.Nov '14
Saturday, 15 November 2014
Thursday, 13 November 2014
Sakit Jiwa Dengan Kereta Baru Proton Persona
Salam semua,
Dah lebih seminggu saya tak buat apa apa dengan blog saya ni. Bukan sengaja tak mau tulis tapi PC buat hal. Tekan suis, screen kosong. Cuba repair kat rumah sebelum hantar, pun tak boleh jugak. Dah la agak kering sekarang ni. Akhirnya terpaksa juga hantar kedai. Ni baru okay..
Pada minggu yang sama, saya beli kereta baru, Proton Persona. Ikutkan hati, memang tak mau beli sebab bila ada kereta baru, bermakna perlukan duit setiap bulan, tapi nak buat macam mana. kereta lama ni selalu bagi masalah. Asal drive keluar ja, temperature naik, esok tu keluar pulak, bateri habis tempoh, drive lagi temperature naik lagi. Trauma saya!
Jadi untuk memudahkan matlamat hidup saya, kami dapatkan sebuah kereta baru, Proton Persona. Kakak saya, Mariam, telah menghubungi jurujual Proton bahagian Sentul, Puan Rani. Sebelum ni kakak saya telah pun membeli tiga buah Proton pelbagai jenis daripada Rani. Jadi bila dah kenal, senang sikit nak berurusan dengan dia.
Kami terima kereta tu pada petang Rabu 5hb.Nov '14. Rani memandu kereta tu terus kerumah kakak saya. Petang tu saya pandu pulang kereta baru. Bila En Suami sampai rumah saya bagitau dia, jom kita surprisekan Sophie. Kita ambik dia dari train station dan jangan bagi tau dia dulu berkenaan kereta baru tu.
Semasa memandu ke stesen keretapi Kuang, saya dah dapat rasa, bila saya perlahankan kereta, ia akan terasa sedikit "jerking". Tapi saya brush aside perkara tu, ingatkan ia perkara biasa.
Nightmare saya bermula keesokan harinya. Petang hari, sewaktu nak mengambil Sophie, di kawasan bengkang bengkok pulak tu, kereta tu menjadi senyap dan stereng tiba-tiba jem. Saya tak boleh nak pulas ke kiri atau kanan. Nasib baik suami ikut sekali. Saya tekan brek dan berhenti agak di tengah jalan sebab tak boleh bergerak. Saya biarkan sekejap, sebelum mencuba lagi. Bagus, dah elok. Tapi tak sampai tiga minit, kereta tak boleh bergerak laju walaupun saya tekan pedal minyak, ia tetap bergerak perlahan.
Saya teruskan juga walaupun merangkak-rangkak, sampai juga kami ke stesen keretapi. Perjalanan pulang ok. Tak ada masalah.
Saya call Rani bagitau masalah kereta, dia suruh saya hantar ke pusat servis di Rawang. Keesokkan harinya, saya ke pusat servis Rawang untuk memeriksa keadaan kenderaan baru saya tu. Rani juga bersama saya di situ. Selepas hampir 1jam setengah (anggaran masa), saya diberitahu kereta dah ok. Saya tanya kenapa, pegawai wanita kat situ bagitau saya, masalah tuning. Sekarang dah ok, kata dia.
Ok, good. Sekarang saya boleh meronda seluruh negara. Sambil bernyanyi-nyanyi kecil (sebab dah terlebih happy kereta dah elok), saya drive balik. The moment saya hampir nak sampai ke parking dikawasan perumahan saya, enjin mati. Uh oh..jadi lagi ka? Saya cuba start, dan ...ok boleh jalan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya selamat sampai ke rumah.
Petang tu, kakak saya yang lagi sorang, Norida, nak datang berjumpa kami. Jadi kakak sulung saya, Mariam kata dia akan datang ambil saya dan kami akan ke Shah Alam bersama-sama untuk ambil kak Norida bersama-sama. Kiranya macam Charlie's Angels la ni.
Kereta Persona saya biarkan dirumah.
Saya dan kak Norida bermalam di rumah kak Mariam. Keesokkan paginya kak Mariam hantar kami balik kerumah saya pulak. Hari tu hari Sabtu, Sophie pun ada di rumah, cuti. Saya masak apa yang patut untuk makan tengahari. Lepas makan, saya ajak kak Norida keluar, saja ambil angin. Dia kata ok, janji jalan tak jem. Kali ni, Sophie yang tengah keciwi memandu, minta nak pandu kereta baru tu. Saya bagi dia bawa. Baru keluar dari kawasan perumahan saya, kereta tiba-tiba mati lagi sekali. Kali ni memang tak boleh start balik.
Saya call Rani bagitau apa yang terjadi. Dia bagi number V Care dan suruh saya call number tu. Saya call dan bagi tau lokasi dimana kami terdampar. Lebih kurang sejam kemudian, tow truck sampai dan kereta saya di tow ke Pusat Servis Kepong. Sekali lagi saya call kak Mariam minta tolong dia ambil kami.
Esok harinya, En Azlan dari Pusat Servis Kepong call dan beritau kereta dah siap. Saya tanya apa penyebab kerosakan, dia kata sensor. Dia orang dah tukar sensor dan sekarang should be okay.
Saya call lagi kak Mariam minta tolong hantar saya ke Kepong. Kami keluar lebih kurang jam 2.20petang dan sehingga hampir jam lima, kami masih tak dapat jumpa Pusat servis tu. Yang menambah sakit hati saya ialah, operator yang menjawab telefon tu, Salina nama dia, langsung tak ambil initiative untuk bertanya saya apa yang berlaku.
Saya call beberapa kali untuk bertanyakan tunjuk arah. Ada sekali tu dia kata dekat Jusco. Kami drive sampai ke Jusco. Dia cakap dah jauh. Pusing balik. Saya kemudiannya call lagi tanya arah jalan. Dia bagi petua lagi, masih tak jumpa.
Kemudian kami sampai berhadapan dengan Tesco Kepong, saya call dia lagi, tanya boleh tak dia orang hantar kereta saya ke situ supaya kami tak buang masa berlegar-legar tak tentu hala. Saya tak tahu apa yang dijawabnya cuma yang saya ingat dia bagi petua lagi suruh pusing balik.
Bila dah hampir pukul lima, temper saya dah mula menipis. Mau-nya tidak! Dah la kita yang keep calling dia orang bertanyakan arah, dia orang pulak sampai tak ada initiative, nak tanya saya apa masalah puan, apa nombor kereta puan, apa nombor telefon puan, puan sekarang ada di mana? Semua tu sangat basic punya kerja.
Dengan nada serius saya bagi tau dia cara kerja dia sangat tak bertanggung jawab, langsung tak tahu macam mana nak handle masalah begini.
Saya letak fon dan akhirnya kami pulang tanpa kereta.
Hari Selasa, suami saya ada di rumah. Ariff, anak sulung saya pun baru datang dari Langkawi. Saya minta tolong depa berdua untuk pergi mengambil kereta tersebut. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba lagi sekali kereta tu mati enjin di tengah jalan. Suami call dan cakap dia orang dah call tow truck untuk membawa kereta tu ke pusat servis, kali ni terus ke HQ, berhampiran Lebuhraya Kesas.
Saya call kak Mariam untuk memberitahu perkembangan terbaru. Kali ni, dia betul-betul naik angin. Dia call Rani dan dengan tegasnya minta refund atau ganti kereta baru. Rani cakap dia tak boleh buat apa-apa, itu hal technical. Bertambahlah marah kakak saya. Dia demand nak jumpa pegawai in-charge.
Akhirnya pada hari Rabu (12hb.Nov), kami ke Proton HQ untuk berjumpa dengan pegawai mereka. Sampai di sana, kami berjumpa dengan bos Rani, En Nazrul dan tiga orang lain di bilik mesyuarat. Kami menyuarakan ketidak puasan hati dengan kondisi kereta yang baru dibeli dan juga servis dari staf mereka.
Kami juga meminta samada diberi a brand new car atau refund semula duit yang telah dibayar bagi pembelian tersebut.
Pada masa artikel ini ditulis, kami belum mendapat apa-apa maklum balas sebab mesyuarat tersebut baru kami hadiri semalam.
Jadi buat masa sekarang kami hanya mampu menunggu. Walau bagaimanapun pujian harus saya berikan kepada En Nazrul yang sangat professional dari cara dia menangani masalah ini.
Sekiranya ada diantara pembaca saya dari Proton Edar COE Complex, Kesas Highway, diharap dapat lakukan sesuatu untuk mengelokkan pandangan orang awam terhadap premis itu. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab semasa sampai ke sana, dalam pukul 1.40pm (appointment kami jam dua), kami disuruh tunggu di lobby yang telah disediakan kerusi empuk untuk pelanggan. Sesampai di situ, kami lihat, ada tiga orang pekerja yang mungkin sedang mengambil masa makan tengahari mereka untuk melelapkan mata sekejap. Memang tak salah, tapi kalau di tempat yang disediakan untuk pelanggan, tetapi para pekerja tidur terbongkang kat situ nampak sangat tidak sopan. Pekerja perempuan pulak tu. Seeloknya cari tempat yang discreet sikit untuk berehat bukan ditempat sebegitu. Saya pulak yang rasa malu tengok mereka bergelimpangan disitu.
Itulah serba sedikit luahan hati saya hari ini. Di harap hal-hal sebegini tak akan berulang lagi di masa akan datang.
Salam dari saya,
Rose
13th.Nov '14

Subscribe to:
Posts (Atom)