Blogger templates

Saturday, 15 November 2014

Ayam Penyet

Selamat berjumpa kembali!

Sekarang ni banyak tempat yang menjual ayam penyet, baik di gerai gerai kecil maupun direstoran besar. Makanan orang Indonesia. Memandangkan si Sophie gemar sungguh dengan masakan ini, saya pun buatkan sikit hari tu untuk kami tiga beranak.

Saya ada ubah suaikan sikit cara penyediaannya seperti ayam yang sepatutnya direbus, saya kukuskan untuk menyimpan rasa perapan.

Sangat simple dan yummy!


Untuk Sambal

4 biji cili api
3 sudu makan cili kering yang dah di kisar
3 ulas bwg merah & 2 ulas bwg putih
1 biji tomato masak ranum (belah dua dan bakar sekejap)
7 ikan bilis
sikit belacan
sikit garam
sikit gula merah (ikutr selera kalau suka manis, lebihkan gula)
3/4 sudu makan limau kasturi
1 tangkai daun selasih (ambik daunnya saja)


Semua bahan di atas ditumbuk sehingga halus. Ketepikan.
* Saya tumis dan masak sekejap diatas api untuk mengelakkan rasa tidak selesa perut selepas makan.

Untuk ayam pula :

1/2 ekor ayam di potong empat (atau ikut cara hati anda)
sedikit lengkuas - ditumbuk kasar
sedikit halia       - ditumbuk kasar
1 batang serai    - ditumbuk kasar
2 helai daun limau purut - dibuang tulang dan di koyak kecil
sedikit serbuk ketumbar
sedikit kunyit dan garam
1/4 cawan santan pekat
(Lumurkan ayam dengan semua bahan  dan perapkan selama lebih kurang 30 min, kemudian kukuskan selama 20 min)

Panaskan api dengan minyak yang banyak dan deep fry kan ayam tadi.

Untuk kriuk (yang garing) , yang semua orang suka makan tu, kita buat macam ni:
Ambil air (anggaran 1 cawan) bekas kukusan ayam tadi.
3 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung ubi
sikit garam dan sikit soda bikarbonat

Gaulkan sehingga adunannya menjadi seperti tepung pisang goreng.
Panaskan api dan dengan menggunakan jari, sebar-sebarkan di dalam minyak. Tunggu sehingga garing dan angkat.


Untuk garnishing :
1/4 sayur kubis di potong nipis
Timun di potong bulat
Tempe digoreng garing


Semua dah siap. Jangan lupa masak nasi dulu. Nanti disebabkan leka membaca cara-cara nak buat sambal dan perapan, lupa pulak nak masak nasi, hah.. baru angin satu badan!

Hari ni hari minggu, kalau masih tak tahu nak masak apa, boleh cuba buat Ayam Penyet ni. Kalau rajin tinggalkan komen atau feed back untuk saya ya.

Salam dari saya,
Rose
16th.Nov '14

No comments:

Post a Comment