Salam semua,
Suka makan kari hijau orang Thai dak? Saya sangat suka tapi jarang buat sebab Soffian ngan Sara tak suka makan. Rasa tak berbaloi nak buat untuk tiga yang lain.
Apapun hari ni saya buat juga sikit untuk dimasukkan kedalam blog saya. Kalau cik puan cik puan kat luar sana tanya macam mana rasanya, kalau ikut saya, rasanya lebih kurang asam pedas tapi berlemak.
Saya betul betul sukakan rasanya yang segar dan pedas tapi tidak terlalu berempah.
Jom sama-sama kita tengok apa bahan yang diperlukan :
*1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan lada putih (biji)
(Ketiga-tiga bahan ini disangai )
*Segenggam daun ketumbar
*5~ 6 cili hijau (kalau suka pedas boleh tambah atau pakai cili api)
*Sedikit daun selasih
*1 batang serai
* 1 inci lengkuas
* 1/2 inci kunyit hidup
Ayam ikut keperluan dirumah anda
Blend kesemua bahan yang bertanda asterisk* diatas.
1 cawan santan pekat
1 cawan santan biasa
1 cawan stok ayam (kalau jenis concentrated, pakai 2 sudu dan campurkan dgn air)
2 sudu makan sos ikan
Sedikit gula perang (yang paling pucat)
Sedikit garam
1 keping asam keping
Nota : Kalau malas nak buat pes kari hijau ni, anda boleh beli dipasaraya sahaja.
Cara memasak :
Ambil kuali dalam atau periuk dan tuang santan pekat tadi kedalam periuk itu.
Panaskan api sederhana kuat.
Biar sampai santan pecah minyak, kemudian baru dimasukkan pes kari hijau yang dikisar tadi dan juga ketulan ayam.
Gaul pes dengan ayam sehingga sekata. Kacau terus sampai pes agak kering.
Sekarang masukkan santan selebihnya bersama dengan stok ayam.
Masak sehingga kuah agak pekat. Sekarang bolehlah dimasukkan sos ikan atau garam, gula perang dan juga asam keping.
Bila dah mendidih dan kuah menjadi pekat, bolehlah ditutup api dan diangkat.
Mesti cuba, sangat menyelerakan.
Anggaran Kos :
Ayam : RM 5.00
Santan : RM 3.00
Lain2 Bahan : RM 4.00
Jumlah RM 12.00 utk 5 orang
Salam dari saya,
Rose
4th.May '16
No comments:
Post a Comment