Dalam dua tiga bulan lepas, saya tak update pun entri makan-makan di blog saya ni sebab kebanyakan tempat yang saya makan rasanya biasa-biasa saja, tak ada yang menarik untuk dikongsikan.
Selepas tu baru saya teringat, ada satu tempat di Sungai Buloh yang jual nasi beriyani yang bagi saya rasanya memang menepati cita rasa dan selera saya. Kedai biasa ja, bukannya restaurant besar pun, cuma dia ambil 3 atau empat pintu sekali.
Jika dikira dengan yang terbaru saya pergi ni, dah empat kali saya makan disitu. Nasi beriyani dia tak pernah berubah rasa. Maintain ja rasa nasi tu. Saya makan kosong tak perlu berkuah pun sebab saya nak nikmati rasa nasinya yang memang secukup rasa.
Maaf, kalau dilihat pada gambar nampak macam tak berselera ja kan? Saya terpaksa kecah-kecahkan nasi sebab nak tunjuk lauk yang dibenam dibawah nasi tu.
Sampingan dengan nasi beriyani ini ialah papadom dan acar buah. Acar buah ni pun saya suka. Tak sempat ambik gambar sebab dia orang terlewat hantar.
Nasi beriyani ayam, depa kira RM 9.50 satu pinggan. Kalau daging atau kambing RM13.50 sepinggan.
Ini adalah suasana didalam kedai. Nampak simple dan kosong kan? Tapi percayalah, kalau anda sampai time makan tengahari, memang sesak dengan manusia. Yang makan kat situ, yang minta bungkus berpaket-paket.
Tu dia, nama kedai beriyani yang saya katakan tu..terpampang terang-terang kat depan kedai dia. Kat mana kedai ni? Agak tersembunyi dibelakang bangunan rumah kedai di sini. Senang cerita cari The Store Sungai Buloh. Dalam gambar ni pun boleh nampak bangunan kat belakang yang berwarna coklat muda.
Disini juga ada dijual, mee rebus, mee goreng, rojak pasembur, ayam goreng, semua jenis air dan roti canai pun ada. Ada banyak pilihan yang boleh dibuat.
Selamat menjamu selera dan kalau rajin, hantar komen kepada saya, saya nak tahu apa pendapat anda mengenai tempat ini supaya orang lain juga boleh mencuba.
Salam dari saya,
Rose
31st.Mac '16