Dah lama sangat-sangat saya tak muat naik blog makanan ni kan? Ada rasa malas bertakhta dihati nak ambik gambar dan nak kena download pulak ke dalam laptop. Tu pasal yang bertapa sekejap tu.
Ok lah, tak payah saya nak mengomel panjang-panjang. Malam tadi sebab dah tak tahu nak makan apa lagi dah, saya buat hidangan yang agak mudah untuk disediakan iaitu ayam yang dibakar (betul ke penggunaan 'bakar' tu sebab dalam bahasa Inggeris sebut bake. Apa-apa pun saya harap anda kat luar tu faham dengan maksud saya .
Saya ambil resipi ni dari link yang di share dari face book anak sedara saya, Ika. Saya buat sikit olahan untuk mengikut citarasa kami di rumah.
Sila tengok di bawah untuk mendapatkan resipi ini :
1 cawan susu segar
1 cawan keju cheddar yang diparut
1 cawan breadcrumb (serbuk roti)
sikit serbuk kasar lada hitam
1 sudu teh serbuk rosemary
(Untuk penggunaan garam, sila gunakan paling minimal sebab keju dah ada kemasinannya)
Separuh dada ayam tanpa tulang (potong secara hirisan anggaran 2 jari kita)
Cara penyediaan :
Asingkan susu segar, keju cheddar dan serbuk roti didalam bekas berasingan.
Ambil sekeping demi sekeping ayam tadi dan mula celupkan kedalam susu dahulu.
Diikuti dengan keju cheddar. Tekan sikit supaya melekat.
Langkah terakhir, ambil ayam tadi dan pedapkan pula kedalam serbuk roti yang telah digaul dengan lada hitam dan garam.
Panaskan oven pada suhu 210C.
Sediakan bekas pembakar dan gliskan dengan minyak disekelilingnya.
Masukkan ayam yang siap dipedap tadi ke dalam bekas pembakar, taburkan serbuk kasar daun rosemary dan tutup ia dengan tin foil.
Bakar selama lebih kurang 35 ~ 40 minit.
Setelah itu, keluarkan sekejap ayam tadi,
Buka dan keluarkan tin foil dari bekas pembakar. Sekarang bakar lagi selama 10 minit bagi mendapat warna keemasan ayam bakar kita.
Bila dah kuning keemasan angkat keluar dari oven dan biarkan sekejap.
Untuk sosnya pula:
1/4 cawan chicken soup cream
3 sudu makan sour cream
2 sudu makan mentega
1/2 sudu makan chili flakes
3 sudu makan jus lemon
sikit garam dan lada hitam
Tuang masuk chicken soup cream, sour cream dan juga butter ke dalam periuk kecil.
Masak diatas api perlahan.
Bila dah sebati dan sekiranya agak pekat, bolehlah ditambah sikit air untuk mengurangkan kepekatannya.
Terakhir masukkan chili flakes, lada hitam, garam dan jus lemon.
Angkat.
Sekarang keluarkan sekeping demi sekeping ayam dan susun didalam pinggan. Kemudian tuangkan sos keatas ayam tadi. Dah siap utk di makan.
** Kalau tak suka nak makan dengan sos sebegini, boleh aja dimakan dengan sos cili kita atau pun sos Siam.
Salam dari saya,
Rose
3rd.Nov '15
No comments:
Post a Comment