Salam semua,
Dua minggu lepas, iaitu pada 14hb.Dec, saya dan Sophie ada sikit masa terluang. Dah lama kami berdua tak sempat nak berehat pada hari Sabtu dan Ahad memandangkan adanya hal-hal yang perlu di lakukan.
Jadi pada hari tu, saya cakap dengan Sophie, " jom drive around, mama dah boring tengok jam sana sini. Sakit jiwa tengok perangai manusia yang tahap kesabaran depa macam dah hilang."
Drive punya drive, kami end up kat mana tau? Tanjong Malim. Betui! Tg Malim. Elok lah pun. Saya pun memang dah lama teringin nak singgah ke sini tapi tak dan. (tak dan tu loghat utara untuk tak sempat).
Disebabkan kami pi hari Ahad, banyak la kedai yang tutup. On the bright side, kami dapat memandu dengan relaxnya sebab jalan raya hampir kosong. Sunyi betul Tg Malim pada hari Ahad.
Siap pusing pekan, kami cari satu tempat makan. Macam juga orang lain, saya suka mencuba makanan di tempat lain, nak cuba dan rasa gaya makanan di sesuatu tempat.
Pusing punya pusing, jam dah tunjuk pukul 3 petang. Since kami berdua tak rasa nak makan nasi, kami stop kat satu tempat ni namanya Cupak Cafe. Ni saya bagi siap-siap alamat cafe ni, Jalan Cahaya, Taman Anggerik Desa. Sama row dengan kedai ni ada budget hotel, kalau tak silap nama Hotel Anggerik Desa.
Saya order Mee Udang dan Sophie minta Koay Teow. Dah banyak kali saya makan mee udang ni di merata tempat. Tapi kalau ikut selera saya sendiri, ini yang paling saya suka. Kuah agak pekat dan rasa tomato sauce agak lebih tapi sangat sedap.
Mee Udang Cafe Cupak |
Sayangnya, portion mee tu agak sikit.
Koay Teow yang Sophie makan tu pun sedap. Lapisan koay teow tu tak hancur, masih bertali dan tahap masin, manis dan pedas selari.
Servis pun ok, tak ada la slow macam di kebanyakan tempat.
Harga sangat affordable. Kalau tak silap sepinggan RM 4.50 ataupun RM 5.00, sorry saya lupa.
Jumlah kedua-dua jenis noodle tu bersama dengan jus tembikai dan air barli suam ialah RM 13.50.
Mungkin disebabkan kedudukannya yang tidak jauh dari UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) membuatkan tuan punya kedai ini tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi.
Kalau sesapa yang lalu kat Tg Malim, cuba lah makan kat sini.
Salam dari saya,
Rose
No comments:
Post a Comment