Blogger templates

Tuesday, 29 April 2014

Roti Pita Inti Daging

Salam all,

Makan lagi. Pagi breakfast, tengahari lunch, ni nak dinner pulak. Letih nak fikir nak masak apa pula selepas setiap satu hidangan.

Saya kerosek dalam peti sejuk tengok apa yang ada. Ada mixed vege, dalam pantry ada satu tin corned beef dan dalam bakul bawang ada ubi kentang lagi. Nak masak apa ni? Ting.. idea sampai. Buat roti pita dengan daging cincang. Kalau untuk kami yg perempuan dah cukup tapi bagi yang lelaki pulak dah tentu tak kenyang. Apa susah, nasi tengahari tadi masih ada baki, jadi buat saja nasi goreng sebagai tambahan.
Yang saya perlukan sekarang hanyalah roti pita. Minta salah sorang keluar beli dan okay, we're ready to cook for dinner.

Kita perlukan :

Roti pita (ada dijual di supermarket)
300 gm daging cincang atau 1 tin corned beef
4 sudu makan mixed vege
1~ 2 biji ubi kentang dipotong dadu
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan rempah daging
1/2 cawan air
sikit garam
1 sudu teh gula
sikit serbuk lada hitam
2 sudu teh chili flakes (kalau tak suka tak perlu)
1 sudu makan kicap manis
2 labu bawang besar yang di potong dadu
2 ulas bwg putih di cincang halus



Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu


Kemudian  masukkan daging cincang tadi dan juga ubi kentang dan kacau supaya tak berketul.




Sekarang masukkan pula garam masala, chili flakes (serbuk cili kasar) dan rempah daging bersama dengan setengah cawan air.
Biarkan lebih kurang lima minit.
Sekarang bolehlah dimasukkan mixed vege, garam, lada hitam, gula dan juga kicap.


Kacau sampai inti jadi agak kering. Tutup api dan biarkan sejuk.

Ambil sikit lettuce, tomato, timun dan apa saja sayuran yang anda suka dan carik-carikkan.



Sekarang, ambik sekeping roti pita dan potong dua.
Letakkan non stick pan di atas api perlahan. Bila dah agak panas, bakar sekejap roti pita kedua-dua belah dan angkat.
Ambil pisau dan toreh ditengah-tengah roti tadi dan buka biar luas.
Sekarang baru masukkan segala salad tadi beserta dengan inti daging yang kita masak tadi.


Roti pita Inti daging untuk makan malam. Cepat dan mudah.

Anggaran masa penyediaan : 10 minit
Anggaran memasak             : 15 minit

Anggaran cost :

Roti pita            : RM 5.80
Corned beef      : RM 4.50 (separuh tin)
Lain-lain bahan  : RM 4.00

Jumlah               : RM 14.30 untuk 5 orang

Selamat mencuba dan salam dari saya,
Rose
29th.April '14

Sunday, 27 April 2014

ATMA EMRAA

Assalamualaikum teman dan pembaca semua,

Hari ni 26th.April '14 saya buka lagi satu column di blog saya ini untuk memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan.
Ingat dak dalam tulisan saya tempoh hari, saya tulis pasal nak buat bisnes apa selepas pelancongan?
Jadi, inilah dia, saya nak mulakan bisnes online (secara kecil-kecilan) dengan menjual alat-alat make-up atau cosmetic. Sophie (anak perempuan saya) dah dapatkan satu nama untuk bisnes ni.
Kami namakan bisnes ni Atma Emraa iaitu kalau diterjemahkan dari Arab ke Melayu maksudnya Jiwa Wanita. Sangat sinonim kan?

Sebagai permulaan, kami, iaitu saya dan kedua-dua anak perempuan akan memulakan dengan product kecantikan muka. Sebab apa? Sebab kita perempuan selalunya amat berminat dengan barang-barang cosmetic ni.

Buat permulaan, saya ada dua product iaitu eye shadow dan satu lagi pula product lip gloss. Untuk eye shadow saya order product L'Oreal manakala bagi product lip gloss pula saya order product Maybelline.

Bagi shawl pula, sebagai permulaan, saya akan menjual dengan harga RM12.00 setiap satu. Sila scroll ke bawah untuk melihat gambar contoh.

Kepada rakan-rakan face book yang dah mengenali saya tentu tahu cara saya bekerja. Saya tidak akan menggunakan product tiruan semata-mata untuk meraih keuntungan. Semua product ni saya order dari pembekal dari London. Harganya tidak terlalu mahal, jadi rasanya ramai yang mampu untuk membelinya.

Selepas ini, saya akan mula dengan perniagaan yang lain pula, In Sya Allah. Sekiranya segalanya berjalan lancar saya akan memulakan dengan , selendang bahu atau shawl, baju kurung dan seterusnya kain tudung.

Jadi kepada semua, rajin-rajinlah membuka blog saya untuk melihat product-product terbaru di masa akan datang.

Salam dari saya,
Rose
26th.April '14


Ada sembilan shades of colour untuk lip gloss. 


Sila buat pilihan mengikut abjad A,B,C dan seterusnya.

Shades A, B dan C

Shades D, E dan F

Shades G, H & dan I

Harga bagi setiap satu lip gloss ini ialah RM 17.00. Untuk kos penghantaran pula ialah RM 4.50.

Eye Shadow dari L'Oreal

Untuk order eye shadow di atas, sila tulis Dark Skin Tone.



Untuk yang ini tuliskan Shade 1 dan begitu juga bagi yang seterusnya.

Shades 2

Shades 3


Shades 4
Harga bagi eye shadow pula ialah RM 20.00 setiap satu. Kos penghantaran RM 4.50 
Shawl  A 1


Shawl A 2

Shawl A 3

Kepada yang berminat, sila PM
ke Facebook saya ataupun email ke: roserahim63@gmail.com.
atau sila lawati instagam : atma emraa
Tinggalkan nama penuh, alamat surat menyurat dan nombor telefon yang mudah di hubungi.
Pembayaran hendaklah dibuat ke akaun bank saya di CIMB. 
Setelah pembayaran dibuat, sila faxkan atau emailkan salinan slip pembayaran ke email saya untuk pengesahan.

Salam hormat dari saya,
Rose
27th.April '14


Friday, 18 April 2014

Sotong Sumbat


Sotong sumbat. Saya sebetulnya nak buat sotong sumbat daging cincang tapi disebabkan terlupa pulak nak beli daging,saya tukar buat sotong sumbat pulut, macam selalu yang orang buat.

Bahan bahan yang diperlukan :

UTK SOTONG :

Sotong yang agak besar (4 ~ 5inci)..Berapa ekor? Ikut kuantiti yang diperlukan di rumah kita
1/2 cawan beras pulut utk 4 ekor sotong
1/2 cawan santan pekat (untuk pulut)
1/2 cawan santan (untuk sos)
sikit garam dan 1 sudu teh gula

Bersihkan sotong. Buangkan semua bahan didalam badan sotong. Ketepikan dulu

Rendam beras pulut selama lebih kurang 2 jam.
Kemudian toskan sekejap beras pulut tadi.
Sekarang masukkan santan, garam dan gula.
Panaskan api dan masak pulut sehingga masak ataupun 3/4 masak.
Angkat dan biarkan betul-betul sejuk pulut itu.


Bila pulut dah sejuk, sumbatkan ia kedalam sotong yang dah kita cuci tadi. Jangan terlalu penuh. Memadai dengan 3/4 penuh saja.
Pakai tooth-pick utk menutup sotong tersebut.

Panaskan periuk kecil. Masukkan santan dan masukkan sekali sotong yang dah diisi dengan pulut.
Dengan api sederhana masak selama lebih kurang 5 minit. Balik-balikkan nya supaya masak semua bahagian.
Periuk hendaklah ditutup.
Bila dah masak, angkat keluar sotong sahaja dan letakkan ke dalam pinggan. Ketepikan.


Sekarang kita buatkan sos dia pulak.

1/2 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
2 cili merah
4 biji buah keras
(semua bahan ni kisar sekali)

1/4 cawan air
garam secukup rasa
2 sudu besar kicap manis
2 sudu teh gula melaka/merah

Panaskan kuali dengan sedikit minyak.


Tuangkan semua bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga naik bau.
Kemudian masukkan lebihan santan (dari rebusan sotong tadi) dan masak sehingga pecah minyak.
Kacau, jika terlalu pekat tambahkan air.
(Kalau nak sos yang lebih kering boleh dibiarkan menyejat.)
Seterusnya masukkan gula,garam, kicap manis dan gula.
Terakhir masukkan sotong (sebentar saja) dan gaul rata perlahan2.


Tutup api dan angkat keluar.


Inilah sotong sumbat yang menjadi kegemaran ramai orang. Kuah yang begini masuk sangat dengan sotong sumbat pulut sebab rasanya macam makan lemang dengan rendang di hari raya.

Rose
19th.April '14
09:57am



Sunday, 13 April 2014

A String Of Badluck

Hey everyone!

Anybody noticed that I had came up with two posts within a week? Yeap, I did that. Wanna play a guessing game? No? That's okay, I tell you people anyway. I finally got a whole set of computer installed at this new home. Ain't I the lucky one.

So, since I am feeling bubbly and full of enthusiasm, I suddenly had these overwhelming rush of ideas ready to be shared with you guys. But before I really fall into it, let me share a string of bad luck that happened to me in the last few days.

First, last Wednesday (2nd.Apr) as we (Sara, Sophie & I) were coming back from dinner, a reckless lorry driver had knocked us side ways and nearly broke my side mirror. It happened when we had just got through the toll gate. Idiot! We can't do anything as it was raining and the traffic were, well as usual, horrible. So I let him go unpunished.

A week later (9th.April), I was locked out in my bathroom. The stupid door got jammed. Don't laugh, guys! I am dead serious. To make things worst, there was no men in the house. My husband and the two boys were in the island. Lucky thing the two girls were at home with me. It wasn't that nightmarish, instead it was something of a McGyverish kind of situation. The two girls were trying hard to prise open the jammed door. Sophie did what we always watch on TV. Using her side shoulder she took a step back and used all her energy and rammed onto the door. It didn't budge one bit. Poor her, she got sore shoulder the next day. Next both of them used a hammer and smashed the door knob. The door knob ruined but the door was still intact. I thought of lightening things up by making a weak voice, " Help, I can't breathe inside here". The moment I hear them simultaneously said, "Ma open the little window and stand back. Breathe slowly", I felt bad. Here they are trying hard to rescue me and I am cracking a lame joke which worried them badly. I shout back and say sorry, I was just kidding, trying not to make you guys panic.We thought of calling for help from the neighbours, but one can imagine the state I am in at that particular moment.
Finally Sophie kicked the door a few times with all her might and there I am, smiling down my appreciation to both of them for being the true heroes. That's my girls!

And yesterday (12th,April), the three of us had to be in Kuala Lumpur. Instead of driving, I decided we take a train for a change. I had enough of driving in this horrific traffic. Sophie is the master when it comes to train schedule and changing platforms. But we had to part ways as she had a meeting with her exchange student group. So that left the two of us (Sara and I) on our own. After Sophie left, we ventured on our own and did what we had to do. Close to lunch time, we hopped on another train that were to take us to MidValley Mall. I figured when Sophie were done with her meeting, she could join us half way.
What we didn't know was, upon reaching the central station, we had to switch train that will take us to the mall.  We sat through the trip until we heard the computerised voice on the train announced that we were reaching Angkasapuri. A station just after where we were supposed to stop. Both of us looked at one another and smiled. Uh oh..We missed our stop. We called Sophie and told her about our predicament. Wisely she told us to use the same ticket and return to the central station and changed to Platform 6. We did just that and arrived happily at our destination.

Inside the train, on our way home, (this time Sophie was with us), we were sitting in a coach for ladies only. Written boldly in bright pink and an illustration of a lady in dress "For Ladies Only". Somehow 2 creepy guys walked in and sat casually on the seat parallel to us. Later on two more walked in. I am not being biased but by the way they dressed, they could be legal immigrant and looked like construction workers. What with the increased in crime rate nowadays, one can never be too careful.
We sat in an L shape position, meaning we had to turn our head sideway to see them whereas they had a clear view to look at us.
After a while, Sophie whispered to me one guy was staring at her intently. Then, on my right, Sara whispered the same thing to me. I looked at the guy and he didn't even flinch. I thought of going over to ask them to leave the coach and moved to general coach. But Sophie was quick to stop me afraid that they might do something to us since there were four of them and the ladies coach was relatively empty except for us and a young girl opposite us.
We sat through talking animatedly and pretended to ignore them. But it's troubling us knowing that we were being watched and the distance was not too far. I turned my face slightly to see if he got bored looking at our direction but no, he wasn't. He stared back at me with a little smile at the corner of his mouth. That was creepy.
Thank God when we finally heard our stop was next. Once the train stopped, all four of the creepers got up from their seats too. We let them walked by first. Upon passing us, that one particular guy gave a penetrating look towards Sara's direction. She gripped my arm tightly.
We waited until they were gone before we finally walked over to our parked car and went home exhausted both from walking around a lot and from the incidences we went through.

Here's the latest mishap. I posted this post on April 13th. but this misfortune happened on the 25th.April, meaning I had just updated this entry on the 14th.April. I took my shower at about 19:15hrs.(again it happened in the bathroom, what's with me and the bathroom?). As I was about to come out, I suddenly slipped and fell on my back. My right hand tried to reach the doorknob but it happened way too fast. I fell harshly on the floor. My head knocked a little on the toilet bowl but it was nothing. However my left palm was hurt badly probably because I was trying to balance my weight. I was terribly worried about my hip since my hip was the weakest. This time around my husband was here, together with the two girls they lifted me up and dressed me up and massage slowly both at my hand and hip. I must have fell badly since Sophie who was in the other side of the room can here the fall. Sara was in the room next to the bathroom, so she was quick to arrive. I can hear her voice wavered, probably worried about my condition. Poor them, always have to worry about me but as you all may know, I am a strong woman, so I'll make it.

Sophie had started her final semester on the 7th.April. On Tuesday ( 8th.April), her class was to be at 0800hrs. We agreed that I don't need to send her all the way since it will take me more than an hour to reach there. The best alternative was for her to take the train. Thus on Tuesday, both of us woke up at about 5.45am and get ready to go to the train station. I was hurrying Sophie as the time showed a few minutes to six. We left in a hurry and got to the elevator. The elevator came up fast since it was still quite early. We got in and pressed G. The door came to a close but suddenly it opened. Again when it was about to close, it opened again. Sophie looked at me and gestured for me to take the stairs. As we came out from the elevator, I said out loud laughingly, we are not in the mood to play any game at this moment, we're running late. Both of us were still laughing when we reached the ground floor and the elevator reached at the same time with the door opened.
Whoa! That was totally creepy but we shook off the thought of anything paranormal activities at that time since we need to rush to the train station.

That's what I will share with you guys in my next entry, the paranormal incidences. For today, let us have some funny and not so funny moments of my days to brighten up your day. Till then, have a great day wherever you are. Be safe everyone.

Love,
Rose
13th.April'14




Tuesday, 8 April 2014

Nasi Lemak Sambal Udang

Assalamualaikum semua,

Haa, mesti semua terfikir kenapalah nak letak resipi nasi lemak ni. Ehh, jangan tak tau dalam sepuluh orang mungkin ada dua orang yang tak tau nak masak nasi lemak ni dan mungkin juga cara penyediaannya berlainan. Saya tujukan khas resipi nasi lemak ni buat anak bongsu saya, Siti Sara yang masih belum boleh memasak hidangan ni. Nanti bila dia orang ada rumah tangga sendiri, boleh rujuk di sini.

Jadi jom kita tengok dulu bahan-bahan yang diperlukan:

2 cawan beras
1/2 cawan santan (ikut selera sendiri, kalau suka lebih lemak, sila lebihkan santan)
3 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang merah di mayang
sikit halia juga di mayang
2 helai daun pandan
2 gelas air (anggaran)
1 kulit kayu manis
sedikit garam

Cara penyediannya:

Cuci beras dan toskan dulu.


Panaskan rice cooker dan taburkan sikit minyak masak. Kemudian masukkan bawang merah, halia dan daun pandan.


Biarkan sekejap sampai naik bau. Bawang tak perlu garing.


Sekarang masukkan beras dulu dan kacau rata. Proses ni untuk membuatkan beras tidak melekit. Kalau tak guna minyak, nasi akan jadi melekit.

Masukkan santan dan garam. Saat ini, baru kita tengok berapa banyak air yang diperlukan. Selalunya setelah kita masukkan santan, kita hanya masukkan air anggaran satu inci melebihi paras nasi.

Sekarang, biarkan sehingga nasi masak. Setelah masak, biarkan sekejap anggaran sepuluh minit baru dibolak balikkan nasi tu.


Nasi akan jadi lebih berderai dan cantik. Macam ni.
Senang kan?


** Kalau guna beras Basmathi, air boleh di lebihkan sebab beras ni tidak cepat lembik macam beras biasa.

Disini saya masukkan juga resipi sambal tumis untuk tatapan semua walaupun saya pasti semua tahu cara membuat sambal tumis ni.

Kita perlukan:

Beberapa ekor udang (ikut selera kita, nak pakai udang, sotong atau apa-apa saja)
4 sudu makan cili kering yang dah dikisar
1 sudu teh belacan (optional)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(semua bahan dikisar)

3 sudu teh gula merah
1 cawan air
sikit air asam jawa
sikit garam

Mula-mula, kita tumis bahan dalam tulisan biru.
Bila dah agak kekuningan dan naik bau, baru dimasukkan cili. Kacau lagi biar agak kering.
Sekarang masukkan air anggaran satu cawan. Air yang banyak ni saja saya lebihkan supaya cili masak dengan sempurna.
Biarkan sehingga air menyejat dan cili dah mula menjadi sambal.
Sekarang bolehlah dimasukkan gula merah, garam dan air asam jawa. Kacau sebati.
Terakhir baru dimasukkan udang dan biarkan lebih kurang dua atau tiga minit saja diatas api supaya tak terlalu masak.
Dah boleh diangkat.

Yang lain-lain tu kita sediakan seperti biasa. Kita boleh goreng atau rebus telur, goreng ikan bilis dan kacang dan juga goreng sedikit ayam. Potong sikit timun dan voila! dah boleh dimakan.

Sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Ini sajian yang akan saya sediakan untuk makan malam pada hari saya malas.

Anggaran Cost :

Udang            : RM 7.00
Santan            : RM 2.00
Telur & Bilis   : RM 3.00
Lain-lain         : RM 2.00

Jumlah Cost   : RM 14.00 untuk 4 ~ 5 orang

Salam dari saya,
Rose
8th.April '14




Sunday, 6 April 2014

Ada Apa Dengan Makan?

Salam semua,

Dah lama juga saya tak menulis ni. Kering idea. Tadi semasa membelek face book yang jarang-jarang saya buka, ada banyak jugak teman-teman face book yang meng upload gambar makanan, baik yang dimakan di restoran luar atau yang dimasak di rumah.

Jadi datanglah sikit idea nak tulis hari ni. Kita semua, manusia sejagat telah di ciptakan Allah harus makan untuk hidup. Jadi disebabkan terlebih asyik dengan makan juga, Allah SWT telah berfirman untuk kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan supaya dapat merehatkan perut dan membaik pulih sistem pencernaan kita.

Jadi, what's the big deal dengan makan ni? Mau nya tak big deal. Kita sanggup tinggalkan kerja yang belum pun separuh siap bila nampak makanan. Kita boleh bermasam muka dengan adik abang sebab makan tak ingat orang belakang dan kita sanggup bayar dengan harga yang tinggi untuk sepinggan hidangan.

Dulu-dulu, diawal tahun 70-an saya kesekolah (rendah) dengan duit poket yang tok (nenek) bagi cuma 0.20. Kadang-kadang kalau dia tak sempat buat breakfast, dia bagi saya 0.30sen. Dengan duit yang banyak ni, saya dapat beli nasi lemak sebungkus, air satu cawan dan sikit gula-gula. Mewah juga dulu-dulu dapat makan macam tu dengan hanya 0.30.

Sekarang ni? Kuih sepotong 0.40. Belum lagi air. Saya tengok sekarang ni trend kat mall-mall di serata tempat. Air minuman segelas saja, dah lima atau enam ringgit harganya. Kenapa la jadi sampai macam tu tamak manusia sekarang. Saya faham mungkin sewa tapak atau kedai mahal, tapi air sepatutnya dijual pada harga yang berpatutan sebab makanan yang dijual dah tersangat mahal. Saya bagi contoh, hari tu saya teringin nak makan mee rebus. Kebetulan saya berada di dalam shopping mall ni. Di bahagian bawah ada satu tempat nama Little Cravings. Saya dengan Sara saja hari tu. Saya pun order mee rebus satu, kuih lapis dua potong dan air teh o ais serta kopi o panas. Sara tak nak makan. Bila saya pergi membayar, harga untuk yang saya makan tadi RM 17.80. Lagi sekali saya katakan saya faham, sewa kedai yang mahal. Tapi yang saya tak faham, dia orang dah boleh dapat untung yang sangat besar dah daripada makanan yang disajikan (seperti mee yang saya order), sepatutnya air tu dikurangkan sikit harga dia.

Lagi satu kedai, ini bukan di mall tapi deretan rumah kedai. Jadi saya rasa sewanya tak terlalu mahal. Hari ni saya tak makan sebab sarapan tadi agak lewat. Jadi Sara sorang saja yang makan. Dia minta nasi briyani ayam dan Milo ais manakala saya pulak Teh O Ais Limau. Harga yang patut dibayar? RM 21.40. Saya tak tahu nak kata macam mana tapi itulah ya, kalau kita rasa kita punya lebih wang untuk dibelanjakan, bolehlah kita berbuat demikian sekali sekala. Kalau tak, baik kita goreng telur, masak ayam kicap dan buat kangkung goreng belacan kat rumah. Lebih selesa, lebih sedap dan lebih jimat.

 Kesian bagi anak-anak muda yang baru mula bekerja. Alamatnya setiap hari berbekal saja lah ketempat kerja. Kalau kita tinggal kat kampung, lebih senang nak cari kedai makan yang murah sebab kalau kat kampung siapalah yang nak buang duit banyak-banyak untuk semangkuk mee rebus.
Yang paling best sekali waktu makan ialah kalau kita tinggal di rumah kampung, kat laman rumah pulak ada pangkin, tau tak pangkin tu apa?

Saya ambil gambar ni dari azeli blogspot

Kepada yang tak tau, inilah rupa pangkin. Kita bakar ikan sikit kat luar ni biar berkepul-kepul asap naik, (baru nampak meriah) Lepas  tu kita buat sikit air asam nak cicah dengan ikan bakar tadi, Cari pucuk ubi muda atau kacang kelisa untuk buat ulam, then kita buat sikit kari ayam yang pekat dan kaw, sikit sambal tumis udang and last sekali kita goreng telur dadar sikit. Ambik satu jag besar dan kita perahkan pulak limau kasturi buat air limau. Penambah-nyedapan untuk hidangan ni? Semua adik-beradik yang gila-gila sikit dan rapat dengan kita ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Ehmm...maunya makan sampai tak sedar diri.

Bila dah cakap pasal makanan ni, saya nak share sikit makanan kegemaran saya. Saya sangat sukakan pulut dan durian. Saya boleh ja makan pulut kosong tanpa ada bahan-bahan pengiring. Saya kurang suka makan nasi, tapi tetap makan sekurang-kurangnya sekali sehari. Tapi kalau dihidangkan dengan nasi minyak ke atau nasi briyani ke atau apa-apa jenis nasi lain, haa, itu saya minat. Tapi makanan yang ultimate bagi saya ialah yang berasaskan roti. Saya suka roti canai dan capati. Saya juga suka croissant (selalunya saya makan kosong saja), semua jenis baguette dan juga jenis roti yang orang turki selalu makan tu. Apa juga kegemaran kita, harus diingat jangan terlebih dari yang seharusnya. Bukan apa, untuk kesihatan kita juga di kemudian hari.

Sekarang ni kebanyakan orang tak dapat atau tak sempat nak sediakan makan di rumah disebabkan kekangan masa. Jadi nak tak nak terpaksalah juga membeli diluar walaupun mahal. Saya dulu sewaktu masih bekerja akan buat begini, katakan saya masak kari ikan, selalunya saya buat lebih, sebelum masukkan ikan atau kacang bendi atau pun lain-lain, saya akan senduk keluar separuh dari kuah tu, kemudian saya akan simpan di dalam freezer. Begitu juga kalau saya buat kuah kacang untuk cucur udang, Saya buat banyak sekali, saya hanya tinggalkan sikit untuk makan waktu tu, selebihnya saya simpan dalam freezer. Untuk daging pulak saya potong kecil siap siap dan rebus 3/4 empuk. Saya bahagikan portion siap2 untuk berapa kali masak, kemudian terus juga disimpan didalam freezer.
Sayur-sayuran pulak saya siap cuci dan potong mengikut kesesuaian. Semua ni saya buat supaya bila balik dari kerja saya hanya perlu keluarkan dari freezer untuk defrostkan bahan-bahan tersebut. Jadi saya tak membuang masa. Saya mungkin hanya mengambil masa 20~30 minit untuk memasak hidangan lengkap untuk makan malam yang sedap.

Jadi, ada apa dengan makan? Makan ni boleh menjadi racun dalam jangka masa yang panjang kalau kita tak mengawal pemakanan kita. Ditambah pula zaman sekarang, manusia menjadi sangat haloba sampai sanggup buat apa saja supaya makanan mereka terjual. Kita pula menjadi pengguna yang bila nampak makanan akan terus menginginkannya tanpa berfikir samada kita perlu memakannya ataupun hanya sekadar nafsu.

Okaylah, dah panjang sangat saya membebel. Nanti semua baca separuh jalan saja. Sampai jumpa lagi di entri akan datang. Salam hormat dari saya,

Rose
6th.April '14