Blogger templates

Sunday 27 October 2013

Bihun Goreng Thai Style


Salam semua,

Bihun Thai ni, sebetulnya bila saya fikirkan balik ada banyak persamaan dengan cara arwah tok saya masak dulu. Dia tumbuk kacang tanah sikit, dia tumbuk cili kering sikit, then dia campur dengan udang kering. Sedap sungguh. Jadi kalau nak kata kita tiru masakan ni dari orang Siam pun, tak dak bukti sahih kecuali lah tok saya ada darah Siam. Wallahu'alam.

Apa pun jom kita cuba buat bersama :

1/2 packet bihun
3 ketul ayam yang dipotong kecil atau jenis makanan laut
2 keping tauhu di potong dadu dan di goreng separuh masak
1/4 cawan udang kering yg di tumbuk agak kasar
2 biji telur
4 ~ 5 biji bwg merah
1/4 cawan kcg tanah ( disangai dan ditumbuk agak halus)
sedikit taugeh

3 sudu besar chili flakes
sikit daun bawang
sebiji limau nipis (di belah dua)

1 sudu teh gula
1 sudu besar kicap cair,
1 sudu besar sos tiram
sikit sos ikan
2 sudu besar chili sos


Mai kita mula masak :

Panaskan minyak sikit dalam kuali. Goreng kilas ayam yang dipotong kecil tadi. Angkat dan ketepikan.
Goreng tauhu biar setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng sekejap udang kering. Angkat dan ketepikan.
Sekarang, dgn minyak yang sama, goreng bawang merah sampai kekuningan. Tolak ke tepi kuali.


Sekarang, pecah2kan pula dua biji telur macam kita nak buat scrambled egg tu. Sekejap saja.
Bila telur dah pecah, tarik masuk bawang goreng tadi serta ayam goreng kilas.

Kemudian, masukkan pula bihun kita  kacau sampai sekata.Jangan lupa masukkan udang kering yg di goreng kilas tadi serta tauhu.


Selepas tu tuang semua bahan dalam tulisan biru dan kacau lagi.
Tak perlu garam lagi sebab semua bahan diatas dah cukup untuk memasinkan bihun kita.


Terakhir masukkan taugeh dan goreng sekejap. Tutup api .

Cara dia orang hidangkan bihun ni ialah, letakkan bihun di dalam satu pinggan, bahan-bahan seperti, kacang tanah, chili flakes, limau nipis diletak dikeliling bihun. Siapa yang suka pedas boleh ambil cili yang diasingkan tu. Dan begitu jugak dengan garnishing yang lain.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Rose
27th.Oct '13


2 comments:

  1. salam kenal..

    singgah sini ambil resepi bihun siam..thanx for sharing ☺

    ReplyDelete
  2. Salam juga buat Imm, silakan..

    ReplyDelete