Assalamualaikum semua,
Ada sesapa yang suka makan bubur pulut hitam tak? Senang kan nak buat dia? Tapi saya masukkan juga untuk anak2 remaja kita yang nak belajar buat bubur ni.
Bahan-bahan pun senang nak dapat :
200 gm Pulut hitam
Santan RM3.00
Gula secukup rasa
Sikit garam
Daun pandan
Pulut hitam eloklah direndam semalaman ataupun sekurang-kurangnya 3 jam.
Ada dua cara untuk memasaknya.
Pertama: kita boleh terus merebus pulut tadi dengan air yang banyak sehingga empuk
Yang kedua kita kukus dulu (selepas ditoskan dari rendaman) selama lebih kurang 1/2 jam.
Bila pulut dah agak kembang, angkat.
Kemudian dimasak seperti biasa iaitu masukkan air dan rebus ( jangan lupa masukkan gula dan sikit garam )
Carikkan daun pandan dan masukkan kedalam rebusan pulut tadi.
Bila pulut dah kembang dan lembut, masukkan santan dan biarkan sekejap.
Jangan biarkan santan mendidih (ia menjadi pecah minyak)
Memasukkan santan terus elok dimakan semasa panas. Separuh orang lebih suka santan dimasukkan apabila nak makan. Boleh juga macam tu.
Untuk menyimpan pulut lebih lama, saya lebih suka merebus pulut tadi dengan gula dan garam tanpa santan. Dengan cara tu, pulut dapat di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lebih lama. Bila nak makan, baru tuangkan santan ke atas pulut tadi.
Costing (Anggaran ) :
Pulut Hitam RM 2.00
Santan RM 3.00
Jumlah RM 5.00untuk 5 orang
Jadi, selamat mencuba untuk anak2 diluar sana. Sangat mudah. Cuma ambik masa sikit nak makan.
Rose
3rd.September '13
No comments:
Post a Comment