Blogger templates

Saturday, 21 September 2013

Burger Dan Gegelang Bawang


Selamat Tengahari semua,

Kita selalu beli burger kat luar kan. Selalunya sebab malas nak buat sendiri. Tapi sekali sekala kita buat sendiri di rumah lagi sedap. Tak susah pun. To go with burger, kita buat pulak onion ring atau gegelang bawang sendiri. Tukar dari kentang goreng ke gegelung bawang pulak. Amacam?
Jom kita cuba buat kat rumah.

Bahan bahan untuk burger :

400 gm daging kisar
3/4 cawan bread crumb (serbuk roti)
1 biji telor
sikit garam
2 sudu teh serbuk lada hitam (serbuk kasar)
2 sudu besar minyak zaitun (klu tak da minyak zaitun, pakai minyak biasa pun boleh)
Bread crumb atau serbuk roti

Mula-mula ramas dan pecah-pecahkan daging kisar tadi.
Gaulkan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Pecahkan telur dan masukkan kedalam daging dan gaul rata. Masukkan minyak zaitun.
Kalau suka nak tambah lain-lain bahan pun boleh juga. Saya tambah bwg putih yg diparut sikit utk menaikkan rasanya.



Sekarang masukkan pula bread crumb dan gaul sampai semua dah well blend. Separuh orang pakai tepung utk membuatkan daging tidak pecah. Terpulang kepada kreativity masing-masing.


saya sengaja buat daging yang tebal. Ikutkan boleh dapat dalam 6 keping

Burger kita dah siap untuk di bakar.
Sekarang kita bakar burger ni. Seeloknya burger atau apa saja makanan yang berasal dari barat berasaskan daging, tidak perlu terlalu masak. Biar garing diluar didalam masih juicy atau tidak terlalu masak.

Saya sengaja tidak letak sos untuk pembaca lebih senang lihat gambar burger tu sendiri.

Garing diluar juicy di dalam

Inilah home made burger. Memanglah tak cantik macam kita beli kat luar. Tapi rasanya lebih sedap dan tebal. Nak buat dia pun bukannya payah sangat.

Gegelang bawang ataupun onion ring ni pun sedap juga buat makanan iringan dengan burger.
Jom kita tengok cara nak buat onion ring ni. Ada banyak cara utk membuatnya. Saya pilih satu dari salah satu blog masakan barat yang paling ringkas.

Sorry, saya lupa nak ambil gambar onion ring saja. Tapi boleh tengok gambar onion ring tu di atas burger.

2 biji bawang besar (bawang kuning, lebih rangup)
1 biji telor
1 cawan tepung gandum
2/3 cawan air (anggaran)
1 sudu teh soda b.
2 sudu teh jus lemon
sikit garam
Minyak utk menggoreng

Mula-mula bawang besar di potong bulat. Kemudian relaikan menjadi kepingan gegelung.
Rendamkan kepingan ini didalam ais selama lebih kurang 10 min. (utk merangupkan ring kita)


Dimangkuk berasingan, campurkan tepung, garam dan soda b. Gaul rata tanpa air.
Di satu lagi mangkuk pula, pukul telur ,lemon jus dan air sehingga kembang elok.
Sekarang campurkan adunan telur tadi kedalam adunan kering kita, iaitu mangkuk tepung tadi.
Gaul rata dan pastikan adunannya tidak terlalu runny (atau cair) atau terlalu pekat.

Sekarang panaskan api dan masukkan minyak utk mula menggoreng.
Celupkan bawang tadi satu persatu kedalam adunan dan mula menggoreng.
Bila dah warna bertukar keemasan, bolehlah diangkat. Letakkan di cooling rack dengan tisu tangan untuk mengeringkan minyak yang berlebihan.

Gegelung bawang kita dah siap. Ia harus dimakan segera sebab kalau dah sejuk bawang ni akan menjadi lembek.

Jadi, macam mana ? Nak try dak? Cuba lah. Untuk makan malam ni.

Salam hormat dari saya,
Rose
22nd.Sept '13

No comments:

Post a Comment