Blogger templates

Monday, 19 August 2013

DAGING MASAK HITAM

Salam Syawal buat semua,

Masih dalam mood beraya ya? Tapi apa pun kebanyakkan dari kita dah mula masuk kerja. Dah dekat dua minggu pun kita beraya.
Daging dalam peti sejuk ada sikit lagi. Dah tak tahu nak masak apa, capai aja apa yang ada dan masak serba ringkas. Daging masak hitam ni pun ada banyak versi dia. Tapi saya ambil resipi ni dari keluarga kami iaitu kakak saya, Norida dan adik ipar saya, Zai. Dua-dua orang ni masak resipi daging ni, memang hebat. Sedap betul.
Jadi di sini saya nak share kan resipi cara kami.

Bahan-bahan :

400gm daging
( kalau daging dibeli 1 kg boleh lah direbus hingga 3/4 empuk, kemudian simpan dlm peti sejuk. Bila nak pakai ambik setakat yg kita perlu)


Bwg putih/ Bwg merah/Halia
(dikisar sekali)

6 tangkai cili kering/ 2 cili merah/ 5 cili api
(semuanya dikisar sekali)

sikit bunga lawang/ buah pelaga/ kulit kayu manis
sikit daun kari
1/3 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis

Kita mulakan :
1) Panaskan minyak dan tumis bawang yang dikisar tadi.



2) Sekarang tuang masuk cili yang di kisar. Masukkan daging yg di potong kecil.Tumis sampai pecah minyak
3) Bila dah pecah minyak, masukkan pula kicap, garam, 1 sudu teh gula dan air anggaran 1 cawan.
4) Renehkan sampai air hampir kering dan bolehlah dirasa dulu samada daging kita dah empuk.
5) Bila daging dah empuk, taburkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis tadi.
6) Gaul rata. Biarkan sekitar tiga minit .


7) Sekarang bolehlah diangkat dan hiaskan dengan hiasan yang ada.

Costing :
Daging (400gm)   - RM 7.00
Bwg/Halia/Cili      - RM 3.00
Rempah ratus lain - RM 2.00

Jumlah                  - RM 12.00 untuk 5 orang

Salam dari saya,

Rose
19th.Aug'13

No comments:

Post a Comment