Blogger templates

Friday, 30 November 2012

Tepung Bungkus

Assalamualaikum,

Tadi mak cik Rose ada buat sikit tepung bungkus. Nak cuba buat dak? Since kita baru nak mula, buat sikit dulu cukup. Boleh dapat dalam 10~ 12 biji okay la.

Untuk inti kelapa dia, rasanya semua dah tau kan sebab baru 4 ~ 5 hari lepas kita buat pulut inti. Jadi inti tepung bungkus ni pun sama juga. Bila dah masak, kita bulat-bulatkan inti ni kecik-kecik. Lepas tu, letak sebelah dulu.
daun pisang yg dah di layur
Untuk pembalut dia, kita perlukan daun pisang dan layurkan sekejap atas api seperti gambar di atas.

Untuk tepung dia pula, kita perlukan:
tepung beras ( kita pakai 1/2 cawan dulu, jangan penuh sangat)
Sikit garam
Santan Rm 2.00
Air 2 cawan.

Okay, sekarang gaulkan tepung dengan santan, garam dan air. Kalau cair sikit tak apa sebab kita nak masak sekejap.
Masukkan dalam periuk dan letak di atas api yang pelahan. Kacau jangan henti sebab kalau henti tepung tu akan jadi berketul. Tunggu sampai agak pekat dan tutup api.

(Sementara itu, panaskan steamer kita.)

Biarkan tepung tadi agak sejuk. Bila dah agak sejuk, ambil 1 sudu besar tepung tadi dan letak didalam daun pisang tadi. Lepas tu, letakkan pula dua butir inti kelapa tadi. Ambik sikit lagi bancuhan tepung tadi dan tutup permukaan inti.
Balutkan daun pisang itu macam yang selalu kita nmpak orang jual tu.

Okay, air dalam steamer kita pun dah mendidih. Setelah siap, susunkan tepung bungkus kita tadi di dalam steamer dan tutup rapat. Biarkan lebih kurang 20 minit.


Wah, tengok dah siap pun. Tak susah sangat pun.

Nota : Separuh orang pakai tepung pulut untuk balut inti kelapa ni. Mak Cik Rose malas jadi bulat-bulatkan saja. Ikut hati kita kalau nak buat macam tu lebih kemas. Kalau tak mau pun, tak pa, rasa dia tetap sama.

Salam,
Rose
30th.Nov '12

Wednesday, 28 November 2012

Feeling Down

Good morning all,

What shall I write? I'm feeling down, low and depress. Feeling so sad that I don't feel like facing the world today. It's not good for a cancer patient to feel depress. I am sure it's not totally true or otherwise there'd be more deaths caused by depression rather than the cancer itself.

Many time in my life, I received more bad news rather than good news and each time I ward it off bravely. I had my fair share of being turned down or let down because of some technical issues or simply because I just didn't qualify or wasn't good enough to be given the opportunity.
Or rather, I put it this way, "Rose, The Epitome of Sadness." Because that's what I am all about. I represent sadness to the hilt . Even Sara once said to me, "Ma, you've got sad eyes." Whatever it was, I felt the final blow yesterday when, again my only wish for something was being turn down right onto my face. The worse thing was because, it wasn't for me. It's for the children. I want to leave something behind for them before I close my eyes forever, but as usual that was not to happen.

I tried to be strong, positive and lead a normal life, but there were times when one just want to let go everything and think or do nothing. At this moment of time, I wish I am somewhere in a deserted place, having the best of time doing nothing, thinking nothing and happy. Why can't for once, I got what I wish for without the usual heartache. I was so sad yesterday that I had asked everyone to leave the house for a few hours so that I can be on own healing the sick feeling that refused to go away.

As if not enough with my grieving, I realized every time I turn on the T.V or read some articles in the newspaper, there will always be something written or said about cancer. And believe it or not, just the other day, I ( and Sara accompanied me) went for foot reflexology, ( my left foot got swollen for no reason) and we got into a conversation with the lady masseur. Guess what, her mother got bone and cervix cancer and she died last year. How depressing! It's as if this cancer thing wouldn't leave me alone. I had to be reminded about it every other day indirectly. And most of the stories wasn't a pleasant one. How can I live life normally when every day I am being reminded that death is lurking somewhere in the near future?
You think that is depressing? Think about this. Cancer patients had to watch their diet. Oh, by the way, I am suffering from diabetes and hypertension as well. Too much sugar is a no-no thing in my daily diet. I can't take sweet carbonated drinks (for it could trigger my sugar level and also cancer cells love sugar), can't take potatoes, no potato chips or french fries as too salty, no toasted bread or anything toasted (carbon), no cheese or mayonnaise, no red meat, some say no eggs and chickens.

So tell me, what else is there to enjoy? I am not complaining just feeling sorry for myself at this time of the month. Tomorrow it will go away. I write it down so that I can share my feelings with everybody and that I am only human.There are times when we feel we hit rock bottom and there's nothing we can do about it.

Okay, I guessed I had let it out some of the burden off my shoulders and I felt a whole lot better. Come tomorrow I will be my normal self again.

Ciao, until next time.
Rose
28th.November '12


Selamat pagi semua,

Apa nak tulis ya? Saya rasa sedih dan tertekan dan rasa macam tak mahu berjumpa dengan sesiapa pun hari ni. Perasaan sedih tu tak elok untuk seorang pesakit barah.Kalau betul la macam tu, dah tentu lebih ramai yang meninggal disebabkan perasaan tertekan dan sedih daripada penyakit barah itu sendiri.

Banyak kali di dalam hidup ini, saya terima berita buruk lebih daripada berita yang menyenangkan and setiap kali itu juga saya berjaya menepis dengan yakin. Dan dah banyak kali juga saya di hampakan dan ditolak kerana sebab sebab tertentu. Kekadang saya terasa seperti kesedihan itu adalah lambang hidup saya. Malah Sara, anak bongsu saya pernah kata, "mata mama nampak sedih."
Apa pun, kemarin adalah salah satu daripada hari-hari biasa yang mengecewakan hati saya. Yang paling sedih sebab apa yang saya hendak tu untuk anak-anak, bukan untuk saya. Saya ingin tinggalkan sesuatu untuk mereka sebelum saya menutup mata tapi masih tak kesampaian. Saya sering diduga olehNya berkali-kali.

Saya cuba menjadi lebih kuat dari sekarang dan berfikiran positif tetapi pada masa yang sama rasa macam dah tak larat nak hadapi semua masaalah yang datang tanpa henti. Rasa macam nak pergi jauh-jauh ke tempat yang tak ada sesiapa, boleh jadi diri saya sendiri, tak payah berfikir tentang apa-apa dan happy. Itu saja. Macam kemarin, saya suruh Sara keluar dengan abah dia dan tinggalkan saya sorang-sorang kat rumah sebab saya perlukan masa sendirian.

Seolah-olah tidak cukup dengan kesedihan yang saya rasa, saya baru perasan setiap kali saya buka T.V ka, atau baca surat khabar ka, ada saja berita tentang barah. Itu membuatkan saya rasa lebih tertekan. Semua berita mengenai barah sungguh menyedihkan. Rasa macam penyakit ni tak akan tinggalkan saya sendirian.
Macam mana saya nak teruskan hidup secara normal kalau setiap hari berita yang menyedihkan saja yang saya nampak dan dengar? Mungkin ada yang akan berkata, berita itu untuk memberi pengetahuan kepada semua. Memang betul tapi bagi pesakit itu sendiri lain pulak perasaan dia.

Tak cukup dengan berita tentang barah, dengar pulak pasal makan. Saya ni boleh dikatakan ada semua jenis penyakit. Sekarang ni saya ada diabetes dan darah tinggi campur dengan barah, apa yang boleh dan tak boleh saya makan? Ikutkan saya tak boleh ambik gula berlebihan, tak boleh garam berlebihan, tak boleh makan durian (kegemaran saya), pulut, kentang goreng, makanan berlemak, minuman berkabonat, daging dan banyak lagi. Saya jadi sampai takut nak makan takut barah tu datang balik. Jadi nak buat macam mana?

Saya bukannya tidak bersyukur dengan apa yang ada tapi maklum sajalah kita ni manusia biasa, perempuan pulak tu, dah tua-tua ni, rasa sedih cepat hinggap di hati. Jadi sedih jugak lah kadang-kadang tu.
Dah lega sikit dapat tuliskan apa yang terbuku dalam hati.

Okay lah sampai jumpa lagi.

Salam dari saya,
Rose
28th.Nov '12

Tuesday, 27 November 2012

Perhatian/ Attention


Salam semua,

Blog saya baru dinaik taraf hari ini.
Page 'Resipi Dari Rumah' tidak berubah tetapi telah dikemas-kini kan.
Manakala, post- post lain yang bukan resipi telah dikumpulkan dalam satu page yang bertajuk 'Colours of Life'.
Saya menghargai sokongan anda.

Wassalam,
Rose
-----

Hello everyone,

My blog has had a face-lift today.
"Recipe from Home" page remain unchanged but my other blogs was compiled in another page called "Colours of Life".

Thank you for being with me all these while.
I truly appreciate your supports.

Warmest regards,
Rose

Monday, 26 November 2012

Pulut Inti


                                                PULUT INTI

Salam sekali lagi buat semua,
Nak buat pulut inti? Kebanyakan orang tahu nak buat pulut ni. Senang juga kan?
Tapi mak cik Rose masukkan jugak untuk anak-anak yang baru mula belajar memasak.



Untuk pulut kita perlu ada steamer, sedikit garam dan santan.
(Mak cik Rose buat  1/2 kilo pulut pakai santan dua ringgit, jadi kalau sekilo pakai 4 ringgit. Kalau nak lemak lagi,tambah lagi sukatan santan)

Cara membuatnya, seeloknya pulut direndam dulu lebih kurang 2 atau 3 jam sebelum, supaya cepat masak bila di kukus.

Okay, panaskan air dalam steamer kita dulu. Biar sampai mendidih. Api sederhana.
Lepas tu, masukkan beras pulut kedalam steamer dan tutup rapat. Biarkan selama 20 minit.
Angkat dan keluarkan sekejap.
 Ambik santan anggaran dua ringgit
Gaulkan dengan pulut sehingga sebati.
Setelah tu, masukkan lagi sekali kedalam steamer dan biarkan lagi selama lebih kurang 10 minit.
Buka tudung dan rasa sikit. Kalau dah tak rasa berbiji, kira masaklah tu.
Senang dak?



Ni pulut kita yang dah siap.
Okay, sekarang kita nak buat inti kelapa dia pulak.

Bahan utk inti :
Kelapa parut yg tak berkerak ( beli yg RM2.00)
Gula putih 3 sudu besar
Gula merak tiga sudu besar
Sikit garam
Sikit tpg gandum
1/2 gelas air

Masukkan kesemua bahan kedalam kuali kecil dan juga setengah gelas air.
Masak sehingga kedua-dua jenis gula hancur.
Sekarang taburkan sedikit tepung gandum (supaya inti melekat) dan kacau lagi.
Biar sehingga air kering, baru angkat.

Dah pun siap pulut inti kita.


Rose
27th.Nov '12

PACERI TERUNG


                                              PACERI TERUNG

Selamat petang semua,

Dah banyak hari jugak tak update blog masak ni. Hari ni saya buat paceri nenas/terung.
Ikut selera masing-masing, boleh tukar terung dengan nenas ke atau yang lain-lain.

Bahan yang diperlukan untuk menumis:
Bwg merah/bwg putih/halia/daun kari
Kulit k.manis/bunga cengkih/bunga lawang dan buah pelaga

Untuk pes rempah :
3 sudu makan rempah daging (utk 6 orang makan)
1 sudu besar (jangan terlalu penuh) udang kering yang di tumbuk
2 sudu besar kerisik
(semua di gaul sebati dengan air)
2 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
sikit garam
Santan RM1.00 (ambik separuh)

Kita mula masak :

Mula-mula tumiskan bahan-bahan tumis seperti yg ditulis diatas.
Biarkan sehingga agak kuning

Kemudian masukkan rempah yang telah digaul dengan air (air anggaran 3/4 cawan) dan kerisik.
Potong terung dan dibelah dua. Masukkan terus kedalam rempah tadi. Kalau ada nenas, masukkan sekali.
Tutup periuk dan biarkan sehingga pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, bolehlah dimasukkan santan dan garam.
Terakhir masukkan gula putih dan gula merah secukup rasa.


Tunggu sehingga kuah mula mendidih dan memekat. Tutup api dan dah boleh di angkat.
Ini lah paceri terung yang dah siap untuk dimakan.

Nota: Ikut selera kita, kalau nak manis boleh lebihkan gula.
          Begitu juga dengan terung, kalau suka 3/4 masak,terung tadi boleh dimasukkan selepas rempah pecah minyak.


Rose
20th.November '12

Kurma Daging


                                                     KURMA DAGING

Assalamualaikum semua,

Dah agak lama mak cik Rose tak update blog masak ni. Minta maaf, agak sibuk seminggu dua ni.
Cuti sekolah dah mula, jadi ramai ada kat rumah. Hari ni mak cik Rose masak kurma daging. Boleh makan dengan nasi minyak.
Jom kita masak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
*Daging 1/2 kilo dipotong kecil (cukup untuk 6 atau 7 orang makan)
  (Daging ni mak cik Rose rebus dulu 3/4 suku masak)
* Bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
* Kulit kayu manis, bunga cengkih/ bunga lawang, buah pelaga dan daun kari
* Ubi kentang yang dipotong kecil
* Santan ( ambil separuh dari santan seringgit yang kita beli kat market
* Rempah kurma ( satu bungkus setengah) bungkus kecil dicampur air
* Kerisik (anggaran 1 sudu besar)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh ajinomoto
1 keping asam keping
1 labu bwg besar dibelah empat
1 cili hijau dibelah dua


 Mula-mula, seperti biasa, kita tumiskan dulu kulit kayu manis, bunga cengkih/lawang, buah pelaga dan daun kari.
Bila dah naik bau, kita masukkan bwg putih/merah dan juga halia.
Bila dah sedikit kuning, masukkan pula rempah kurma yang dah dicampur kerisik tadi bersama dengan daging dan ubi kentang.

Biarkan sehingga daging empuk. Kalau masih belum empuk, tambahkan lagi air dan biarkan sehingga empuk.
Sekarang bolehlah dimasukkan santan. Kacau biar rata.

Masukkan pula garam, sedikit ajinomoto dan sekeping asam gelugur.
Biarkan sekejap. Masukkan bawang besar (bawang besar dibelah empat) dan cili hijau.
Biarkan sehingga mendidih dan bolehlah ditutup api.


Dah siap menu hari ini, kurma daging bersama nasi minyak.

Petua hari ni : Daging boleh direbus sehari sebelum memasak dan simpan didalam peti sejuk. Rebus anggaran 3/4 empuk dan simpan bersama airnya. Bila kita nak masak bolehlah digunakan dengan airnya sekali dan ini akan membuat kuah kita menjadi lebih sedap. 

Rose
13th.Nov '12

Ayam Pandan


                                                     AYAM PANDAN

Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca blog mak cik Rose,

Tadi tengahari mak cik Rose buat ayam pandan. Saja nak tukar selera. Ada banyak versi dan cara untuk membuat ayam pandan ni.
Jom kita cuba buat.
Bahan-bahan diperlukan :





STEP 1:
Ayam yang dirincik halus (lebih kurang 7 ketul sederhana besar - isi sahaja)
Bawang putih di rincik halus
Daun kari dan daun ketumbar yang dipotong halus

* 1 sudu teh serbuk ketumbar * 4 sudu teh serbuk cili * Sedikit serbuk kunyit
* 1 sudu teh serbuk jintan manis * 2 sudu teh minyak bijan
* Garam , gula dan lada putih  
(Semua bahan diatas di gaulkan sekali kedalam ayam tadi dan di perap untuk 40 min)

STEP 2:
Ambil daun pandan yang berdaun lebar dalam 10 helai.


Buka daun pandan macam nak buat ketupat pulut dan masukkan perapan ayam tadi kedalam balutan pandan itu.
Cucuk dengan lidi kecil supaya tak terbuka.
Sekarang bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana panas.
Ayam pandan ni boleh makan begitu saja ataupun dengan sos siam pun sedap.


Kalau api terlalu pelan, ayam jadi lembik macam tak masak tetapi kalau api terlalu besar pulak takut tak masak didalam.

** 7 ketul ayam tadi boleh dapat lebih kurang 12 ayam pandan.

Petua masakan : Gula boleh diganti daripada menggunakan Aji No Moto.



Rose
2-11-2012

Ayam Masak Jintan


                                             AYAM MASAK JINTAN

Bahan-bahan yang diperlukan :
Ayam dipotong mengikut kesukaan kita



Bawang merah dan bawang putih ,Halia
6 ~ 7 Cili kering yang disangai  (Jangan terlalu hitam)               
( Bahan-bahan ni di kisar)



1/2 sudu makan serbuk jintan putih, 
1/2 sudu makan serbuk jintan manis ,
1 sudu teh serbuk ketumbar
(Semua bahan ni di  perap bersama ayam selama lebih kurang 40 min)
Setelah di perap goreng ayam separuh masak dan ketepikan dulu.

Bahan-bahan lain yg diperlukan :
Santan (suku cawan)
3/4 sudu makan serbuk kari daging (campur dengan 1 cawan air),
kerisik 1 sudu besar,
bawang goreng 1  1/2 sudu besar,
1 s/t serbuk buah keras
6 ~ 7 biji  s/t serbuk almond (yang disangai terlebih dulu)
garam, sedikit gula
Daun kari

Cara menyediakkannya :
Mula-mula tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi.
Bila dah agak kuning masukkan pes rempah daging, serbuk buah keras dan juga serbuk almond..
Biarkan sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam yang diperap tadi dan satu cawan air.
Sekarang masukkan garam dan  sedikit gula.
Biarkan sehingga ayam hampir empuk. Masukkan pula santan suku cawan.

Bila dah hampir masak, masukkan bawang goreng dan daun kari kedalam kuah tadi dan kacau rata.


Biarkan sehingga agak kering dan bolehlah diangkat.

Saya taburkan sikit biji bijan yang disangai untuk menaikkan bau.

Petua memasak :
 i)Jangan panik kalau terlebih air didalam sesuatu masakan berkuah seperti kari atau  lain-lain.
Besarkan api dan biar kuah itu kering dengan sendiri. Cuma kalau ada ikan atau sayuran, 
keluarkan dulu supaya tak terlebih masak. Kalau daging atau ayam boleh dibiarkan sebab  
lambat sikit nak empuk.
ii) Jangan terlalu bergantung kepada resipi yang ada. Ikut kreativiti kita. 

Rose
30th.Oct '12

AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN


                             AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN

Assalamualaikum semua,

Tengahari ni mak cik Rose tak masak sebab tinggal kami 2 beranak ja kat rumah. Jadi dah agak free sikit, buat ja lah sikit agar-agar yang simple ni untuk dessert.
Untuk anak-anak  yang tinggal jauh dari keluarga, cubalah buat kat asrama ke, dorm ke, mana-mana sajalah.

Kita perlukan:
1 packet agar-agar (macam gambar dibawah)
Air (ikut ukuran plastik)
1/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
sikit garam
1/2 cawan santan
Sebiji telur.



1) Mula-mula basuh agar-agar tu dulu. Lepas tu, masukkan kedalam periuk dan masukkan air. (ukuran air ikut plastik agar-agar tu tadi. Isikan air dalam plastik agar2 tu sampai hampir penuh, jangan terlalu penuh)
***Nota : Kalau pakai separuh saja agar2 tu, air pun separuh plastik saja.

2) Di dapur berasingan masakkan gula merah dengan sedikit air. Bila gula dah pecah dan cair, tapis dan tuangkan kedalam periuk agar-agar tadi. (Ingat, jangan terlebih air semasa masak gula merah tadi)




Bila dah mendidih, masukkan gula putih dan biarkan mendidih lagi. Tadi mak cik Rose saja tambahkan sikit nescafe dlm satu setengah sudu teh untuk menaikkan lagi rasa agar-agar ni.
Ikut hati kita lah..kalau kita nak tambah perisa apapun boleh, janji makan.


 Setelah tu masukkan santan yang dah dipukul dengan telur tadi dan juga sedikit garam.




Biarkan lebih kurang 1 minit kemudian tutup api. Sekarang  bolehlah masukkan kedalam acuan yang sedia ada.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan voila...

Rose
26th.Nov '12

BUTTERED CHICKEN


                                         BUTTERED CHICKEN

Salam semua,
Kemarin mak cik Rose masak ayam butter. Sebelum ni pun dah buat tapi versi India. Depa kat rumah tak berapa suka. Dia orang kata rasa macam kari sikit. Kalau stail melayu dia orang pakai cili api.
So, selepas try 2 tiga kali, mak cik rose came up with this. Campur India dan melayu, kiranya fusion la ni.

Jom sama-sama kita tengok apa yang diperlukan.

Kita perlukan  4 ketul ayam,  4 (potong dadu dlm 2 inci )butter, 3 sudu makan whipping cream, 4 sudu makan yogurt, serbuk cili, bawang putih yang di rincik halus, garam, daun kari dan susu cair.

Okay, mula-mula kita perapkan ayam dulu dengan whipping cream, yogurt, daun kari dan serbuk cili (ikut kalau nak pedas boleh lebihkan.) Mak Cik Rose pakai 3 sudu makan serbuk cili. Biarkan ayam tu lebih kurang 2 jam.

Selepas 2 jam bolehlah dipanggang atau digoreng ayam tadi tiga suku masak. Angkat dan letakkan di tepi  dulu.
Lepas tu dalam kuali berasingan saute kan bawang putih dengan 2 ketul butter. Jangan biar sampai kuning. Masukkan ayam yg dah digoreng bersama dengan lebihan perapan ayam tadi. Masukkan air dalam 1 cawan beserta dengan susu cair dalam suku cawan.

Biarkan ia menggelegak, kemudian masukkan garam. Biarkan sehingga kuah agak pekat barulah diangkat.

Dah pun masak. Senang saja kan? Sedap pulak tu. Ayam ni kalau makan dengan nasi minyak ataupun roti naan ke, capati ke, baru masuk.
Cubalah.. nanti bagi komen sedap ke kurang sedap, okay?

Rose
19th.Oct '12

Egg Tart


                             EGG TART ( TART TELUR)

Siapa suka makan tart ni? Sekarang ni kalau kat bakery shop, dah mahal juga. Kalau kat Langkawi sebutir kalau tak silap RM2.50.
Jadi jom kita cuba buat. Tak elok sangat macam kat kedai pun tak pa, selalu2 kita buat lama-lama jadi cantiklah.

Bahan untuk pastri : 230gm tepung gandum (kalau 1 kg punya tepung tu, anggaran 1/4 )
                               Separuh drp butter yg selalu kita beli tu ( 1buku selalunya 250gm)
                               50gm gula icing, 1 biji telur (dipukul sikit) dan sedikit vanilla essen.

Untuk kastad dia pulak : 3 biji telur, 100gm gula kastor, 220 gm air panas (mendidih)
                                      80 gm whipping cream dan sikit esen vanila

    Untuk Pastri
Mula-mula untuk buat pastri dulu :

1) Pukul butter dengan gula sampai fluffy dan warna agak keputih putihan.(butter mesti dikeluarkan dari peti sejuk  dulu dan biarkan lembut)
2) Masukkan telur yang tadi sikit sikit. Pukul lagi.


3) Sekarang masukkan pula tepung gandum sikit-sikit. Mix lagi.
    Masukkan juga esen vanila tadi. Adunan akan jadi macam gambar di atas.


4) Uli menjadi doh. Rehatkan tepung doh ni selama lebih kurang 40 min dengan membungkusnya dalam wrapping plastic.
Keluarkan dari peti sejuk. Sekarang bolehlah kita gelekkan ia anggaran setebal 1 inci dan potong bulat. (mak cik rose pakai mug saja buat pengukur)


5) Ambil potongan tadi dan tekapkan kedalam acuan seperti gambar diatas. Tekapkan sehingga doh rapat kesemua bahagian.

     Untuk kastad:
1) Masukkan gula kedalam air tadi dan kacau sehingga gula hancur.
2) Didalam mangkuk berasingan pukul sebentar saja telur dan susu cair.
3) Setelah tu, campurkan sekali No 1 dan No 2.

Sementara itu, panaskan oven sehingga ke 200C.
Sekarang tuangkan kastad kedalam acuan kita. Hati-hati, jangan terlalu banyak.
Bila oven dah panas, kurangkan darjah ke 170C dan sekarang bolehlah di masukkan acuan kita kedalam.
Bakar dulu dalam sepuluh minit dan jenguk kalau tepi pastri kita dah agak perang kita slowkan lagi oven tadi dalam 150 dan bukakan sikit pintu oven untuk tidak terlalu panas.


 See..dah pun masak. Sedap tau. Mesti cuba kat rumah. Tak cantik sangat pun tak pa janji kita buat sendiri.

Nak tau kastad tadi masak ke tak, cucuk dengan garpu, kalau tak melekat digarfu kira dah masak lah tu.

Selamat mencuba..
Rose
17th.Oct '12

DAGING BLACK PEPPER DAN SALAD WRAP


                              DAGING BLACK PEPPER DAN SALAD WRAP



Salam semua,
Malam tadi anak mak cik Rose,Sophie dia buat makan malam yang simple sangat dan sedap.
Rasanya anak-anak bujang kita yang duduk jauh dari keluarga pun boleh buat. Jom kita buat sama-sama.


Mula-mula kita beli kulit (wrap) dia dulu. Boleh dapat kat mana-mana supermarket.
 Lepas tu, kita beli daging cincang 1 bungkus.  (lagi banyak inti dia lagi sedap, ya dak?)
Daging ni kita masak dengan black pepper sauce. (yang ni pun senang nak dapat kat frozen shop)
Tak payah masukkan apa-apa lagi dah. Biarkan mendidih. Tutup api.
 Ini rupa daging cincang tadi yang dah dimasak dengan black pepper sauce.
Sudah tu, kita siapkan pulak salad dia. Ikut suka kita nak masukkan sayur apa. Diatas, adalah antara sayur yang Sophie pakai untuk masakan dia.

Bila dah siap semua tu, panaskan wrap tadi kedalam oven untuk 1 minit. Keluarkan, kemudian masukkan daging dan salad tadi kedalam wrap dan gulung. Dah siap untuk dimakan.

Sorry, makcik terlupa nak ambik gambar daging black pepper yang dah siap. Tapi tentu semua dah tahu macam mana nak buat kan?
Selamat mencuba..

Rose
14th.Oct '12

Chili Crab


                                                            CHILI CRAB

Selamat tengahari dan salam buat semua,

Mak Cik Rose baru selesai masak untuk tengahari ni. Hari ni buat kari daging sikit, goreng ikan, last sekali tengok ada ketam sikit lagi dalam fridge terus capai dan masak Ketam Bercili.

Jom cuba masak ketam bercili ni.
Kita perlukan :
Ketam (kuantiti ikut keperluan rumah kita)
bawang putih
halia
cili merah 4 biji ( dikisar)
setengah sudu besar serbuk kari daging
sikit daun kari
1 biji telur (telur putih saja) 
4 sudu makan sos cili.
sikit garam

1) Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, halia yang dah dihiris dan daun kari. Biarkan kuning sikit.



2) Masukkan cili merah yang dah di kisar tadi bersama-sama dengan serbuk kari tadi. Biarkan sampai agak pecah minyak. Lepas tu, masukkan ketam-ketam bersama dengan segelas air untuk mendapatkan kuah yang lebih.

3) Bila dah agak pekat, masukkan sos cili lebih kurang 4 sudu besar dan juga garam.
4) Terakhir, masukkan telur putih dan kacau cepat-cepat. Jangan biar ia berketul disatu tempat. 
    
Taa..Daa..Dah siap untuk di makan Chili Crab kita. 

Rose
6th.Oct '12

Ayam Kicap


                                                        AYAM KICAP

Hello dan salam buat semua,

Jangan buat muka terkejut bila tengok caption kat atas! Kenapa mak cik Rose buat masak kicap? Tak pa lah. Kali ni kita masak masakan yang sangat simple sebab kadang-kadang anak-anak kita yang dok belajar kat luar negara ka, kat college mana-mana ka, teringin nak masak masakan rumah, jadi kalau boleh masak yang simple macam ni, bolehlah jugak dia orang masak kan?

Okay, first kena ada ayam-lah ( 4 ketul) sebab nama pun ayam kicap..Ayam ni ikut suka kita nak potong macam mana. Goreng separuh masak dan letak sebelah dulu.

3 ulas bawang putih dicincang halus
Sikit halia yang dihiris nipis
Suku cawan kicap manis
3 sudu besar sos tiram.
1/2 cawan air
Lagi, kita perlukan sedikit garnishing macam tomato yang di potong kiub, bwg besar, cili merah dan lada hitam (serbuk kasar).

Right, sekarang kita masak.
Mula-mula, masukkan sedikit minyak masak dan panaskan.
Kemudian tumis dulu cili merah untuk keluarkan kepedasan dia (sekejap saja). Lepas tu masukkan bwg putih dan halia dan saute lagi sampai lembik.
Masukkan kicap manis tadi dalam anggaran 4 sudu besar bersama dengan air.
Ayam yang digoreng separuh masak tadi, bolehlah dimasukkan sekali.
 Seterusnya masukkan pula sos tiram juga dalam anggaran 3 sudu besar.  Masak  dengan api sederhana. Biarkan ia mendidih perlahan2. Jgn bubuh garam sbb sos tiram tadi dah cukup masin.
Terakhir, masukkan sedikit serbuk lada hitam dan juga tomato dan bawang besar.
Biarkan sampai kuah menjadi agak kering dan pekat.


Dah pun boleh diangkat dan makan. Hiaskan dengan daun ketumbar dan apa-apa jua yang anda inginkan.

Rose
6th.Sept '12

Mee Rebus


                                                      MEE REBUS
Salam sekali lagi buat semua,

Minta maaf sebab mak cik Rose dah agak lama tak update blog masakan.
Hari ni kita cuba buat mee rebus, macam yang mamak selalu masak tu. Bezanya mak cik Rose tak buat cucur dia tu. Banyak kerja sangat. Kita buat yang simple2 saja. Paling penting, kuah dia yang harus menjadi.

Okay, kita tengok dulu bahan2 apa yang kita nak pakai.

Kita perlukan :
1 paket mee kuning,
Taugeh & Tauhu (Tau Kua)
2 biji  telur direbus,
250gm daging yang direbus hingga empuk,
2 biji ubi keledek (saiz sedang),
250gm udang basah direbus (simpan airnya),
150gm kacang tanah di-sangai,
2 keping asam keping,
1/2 cawan sos cili Maggi,
5 sudu makan cili kering yang dikisar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Mula2 sekali, kita kopek udang (udang kecik pun ok) dan simpan kulitnya. Basuh kulit udang tadi dan rebus.  Kulit yg di rebus tu jangan kita buang, kita mesin ia juga dgn air biasa. Tapis dan ambil air nya untuk dimasukkan sekali kedalam kuah nanti.Tutup api dan biarkan dulu.



Langkah kedua, rebus ubi keledek (kalau ada 6 org dalam 1 fmly) pakai 2 ketul ubi keledek yang sedang  pun dah cukup. Bila dah empuk, tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar. Setelah sejuk bolehlah di kisar ubi itu dengan air rebusan nya sekali.


  Langkah ketiga, ambik kcg tanah dan sangaikan diatas api sederhana. Jangan biarkan garing. Separuh masak lebih elok. Angkat. Bila dah sejuk, buangkan kulitnya dan kisar kasar. 


Okay..3 bahan diatas (ni bahagian paling renyah nak buat) dah pun siap.

 Sekarang kita nak masak kuah dia.
 Kita pakai air rebusan udang tadi, lebihan air rebusan ubi keledek (dan keledek yang dah di lenyek mesti dimasukkan sekali, kalau tak masukkan keledek ni, tak jadi pulak kuah kita) dan sedikit air daging.
 Semua ni campur sekali dan letak atas api yang sederhana. Masukkan pula cili ( 3~4 sudu besar) yang dah di kisar. Biarkan sehingga kuah ini mula mendidih. 

Bila dah mendidih, masukkan sos cili dalam anggaran 1/2 cawan dulu, kalau tak cukup nanti boleh tambah lagi. Biarkan mendidih lagi.
Sekarang masukkan garam secukup rasa, gula secukup rasa dan 2 keping asam keping.Terakhir, masukkan kacang yang telah kita kisar tadi.
Okay..kuah kita dah siap.
DAH SIAP !! :)

Di bawah ni pulak untuk hiasan dan condiment bagi mee rebus kita.:
Sekarang kita panaskan air untuk mee pulak. Bila air dah mula mendidih, bolehlah dimasukkan mee dan celur sekejap. Jangan terlalu lama nanti dia jadi soggy. Tak sedap.

Sudah tu, buang air mee tadi. Masak air yang baru pulak sehingga mendidih. Celur tauge. (kalau mak cik Rose selalunya tak biar lama dlm air tu.) Bila tauge tu kena saja air panas mak cik Rose angkat terus, baru dia crunchy.

Ambik daging yang kita rebus tadi dan potong kecil-kecil.

Goreng tauhu atau taukua 3/4 masak. Setelah sejuk, bolehlah dipotong dadu.

Ambik 3 biji telur dan rebuskan.
Potong cili merah ikut sendiri, sedikit bawang goreng dan sedikit daun bawang.

Nota : Udang yang dikopek kulit itu tadi bolehlah disimpan untuk masakan lain. Kita tak perlu guna untuk mee ni sebab dah banyak bahan lain yang kita pakai.


Rose
26th.Sept '12

Dalca


                                                DALCA 
Salam semua,

Suka makan kuah dalca dengan roti canai? Nak try buat sendiri?Jom,  kita cuba masak dalca Penang pulak. Untuk orang utara terutama sebelah Kedah dan Penang, memang agak popular masakan ni.
Untuk daerah-daerah lain, bolehlah cuba memasak dalca ni. Sedap dimakan dengan nasi minyak atau pun roti canai atau capati.

Sediakan bahan-bahannya : (utk 5 ~ 6 orang makan)

Segenggam kacang dhal (direndam selama 2 jam)
2 sudu makan  rempah daging
1 sudu teh serbuk cili (optional)
tulang daging atau potongan ayam (kalau ayam dalam 3 ketul dipotong kecil)
1/4 cawan santan
2 biji ubi kentang (ikut kita nak potong besar mana)
1/2 biji carrot dipotong memanjang

1 biji terung dibelah dua
sikit kcg panjang

 garam, sedikit MSG (ajinomoto)
4 butir buah keras dikisar.
1 sudu teh udang kering yg dikisar
1 keping asam keping 


                  
Agak renyah sikit nak masak ni tapi tak rugi kalau kita belajar kan?

1) Mula-mula, rebus kacang dhal dan juga ayam atau tulang daging sampai empuk.
    Bila dah empuk, masukkan rempah daging dan serbuk chili (kalau nak sikit pedas) kedalam rebusan             kacang dhal tadi.
   Masukkan ubi kentang dan halia yang dah dihiris kecik. 
   Rebus lagi dalam lima minit, kemudian masukkan bahan dalam tulisan merah.

2) Biarkan seketika, bila dah mendidih bolehlah dimasukkan santan diikuti dengan terung dan karot dan             sekeping asam gelugor.

3) Terakhir, masukkan garam, msg dan kcg panjang.

4) Dah boleh tutup api dan angkat.




5) Di kuali berasingan, goreng sedikit bawang dan kulit kayu manis serta 2 pelepah daun kari. Setelah kekuningan dan naik baunya tuangkan kedalam dalca tadi.



Dah siap dalca kita.



Kena pulak dengan roti canai. Roti canai buatan sendiri. Ehmm..alamat sikit hari lagi kedai2 mamak berkurangan pelanggan lah agaknya.

Costing : Anggaran
Kacang dhal        RM 1.00
Ubi kentang         RM 1.00 ( 2 ~3 biji)
Karot & Terung   RM 2.00
Ayam 3 ketul       RM 4.00
Bahan2 lain          RM 1.00

Jumlah                 RM 9.00 untuk 5 ~ 6 orang)
      
Selamat mencuba.



Rose
6th.Sept '12 (updated on 19th.Oct '13)

PULUT SERI MUKA


Assalamualaikum semua,

Dah selesai ibadah puasa kita dan telahpun kita sambut aidil fitri. Now back to kehidupan harian kita.
Kemarin Mak Cik Rose buat Pulut Seri Muka, jadi saya nak share cara nak buat seri muka ni. Kalau anak-anak atau sesiapa saja nak cuba bolehlah cuba nanti ya..

                                                  

Kita perlukan:
beras pulut (anggaran setengah kilo) 
i) Santan ( RM 3.00) ..Santan ni yang sebetulnya ikut kegemaran masing2. Kalau suka lebih lemak bolehlah kita lebihkan. Kalau tak , kita kurangkan.
ii) Santan 2 rgt (untuk membuat lapisan atas)
3/4 cawan Gula (sama juga dgn gula, klu nak manis lebihkan, kalau nak kurang manis, kurangkan.
sikit garam
sebiji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Daun pandan (blenderkan dan ambil airnya anggaran 1/4 cawan).
Sikit pewarna hijau

Jom kita mula :

Rendam beras pulut dulu (lebih kurang 3 jam) supaya cepat lembut.

Selepas 3 jam, toskan beras pulut tadi hingga kering air.

Panaskan steamer kita kemudian kukus sehingga lembut. (anggaran masa 15 min kalau beras pulut siam) 
(Kalau tak tahu macam mana bila lembut, ambik dua tiga butir dan cuba makan macam nasi, kalau rasa berbiji, bermakna belum masak lagi) 

Setelah pulut masak. Angkat, sediakan satu mangkuk besar dan masukkan pulut tadi kedalam mangkuk. Tuangkan santan (RM 3.00) yang telah kita campur dengan garam secukup rasa kedalam pulut tadi. 
Kacau sehingga pulut sebati dengan santan, kemudian barulah dimasukkan kedalam loyang.


Part ni penting, apabila pulut dimasukkan kedalam loyang, pulut tu harus ditekan dengan kuat menggunakan sudip ataupun daun yang lebar supaya pulut tadi padat. (Kalau tak tekan kuat2, pulut akan kelihatan seperti tidak melekat atau berderai )

Setelah itu, masukkan semula pulut ni kedalam periuk pengukus dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.

Sementara itu, untuk membuat bahagian atas pulut, cara paling senang adalah dengan blenderkan bahan-bahan seperti santan ( santan RM2.00), gula ,secubit garam, sebiji telur dan tepung gandum dan tpg beras dan pewarna hijau serta air daun pandan (anggaran suku cawan).


Bila semua bahan-bahan ni dah di blend, tuang perlahan lahan keatas permukaan pulut yg sedang kita kukus.
Kemudian tutup rapat. Penutup periuk tadi elok dialas dengan kain supaya wap tidak menitik kedalamnya.
Tunggu dalam 40 minit sebelum menutup api.



Angkat tudung periuk cepat2 supaya wap tidak terjatuh keatas permukaan pulut.


Biarkan sejuk dan sekarang bolehlah dihidangkan untuk minum petang.




Wassalam,
Rose 5th.Sept '12 (updated on 5th.Nov '13)

Mee Kari


MEE KARI

Assalamualaikum dan selamat berpuasa buat semua. Hari ni dah masuk hari ke 22 kita berpuasa.
Hari ni free sikit so Mak Cik Rose nak masak Mee Kari untuk buka puasa petang nanti.

Ini adalah diantara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat karinya:

4 ulas bwg merah & 4 ulas bwg putih
Sikit  halia
1/2 inci belacan,
(semua bahan ini dikisar sekali)

Sikit kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga. 

1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
3 sudu besar cili kering yang dah dikisar
2 sudu makan rempah kari daging (semua bahan ini dicampur sekali dengan 1 gelas air)

2 pelepah daun kari,
2 batang serai diketuk,

200gm isi ayam
1 mangkuk isi kerang
4 butir tauhu kering dibelah dua
1 lapis fish cake dipotong panjang (lihat gambar)
   



Tumis bahan didalam tulisan warna biru sehingga kuning.
Masukkan daun kari dan serai.
Kemudian masukkan pulak pes rempah (didalam tulisan merah) . 
Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula cili kering yang telah dikisar dalam 3 sudu besar. Ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas lebihkan cili, kalau tak suka pedas kurangkan cili.

Tuang masuk air dalam 2 setengah cawan besar. Masukkan juga sedikit isi ayam yang telah dicincang kecil.
Setelah ayam empuk, bolehlah dimasukkan santan anggaran RM2.00 yang boleh dibeli dipasar dan juga kerang yang telah dikopek kulitnya.

Setelah itu, bolehlah dimasukkan sedikit gula, garam secukup rasa dan asam keping (gelugur).



 


Terakhir sekali, masukkan fish cake atau tauhu bulat (kalau ada) dan juga kacang panjang.


Dah pun masak. 

Untuk mi nya pula, celur mi didalam air yang mendidih. Biar sekejap dalam 2 minit. Kemudian angkat dan disiram dengan air sejuk. Toskan.
Untuk garnishing pulak, rebus telur. Setelah masak bolehlah dipotong ikut selera kita.
Hiris cili merah untuk hiasan.
Sedikit bawang goreng dan limau nipis untuk diperah semasa nak makan nanti.


Okay..dah pun siap. Petang ni kalau tak ada idea nak masak apa, boleh la cuba kat rumah.
Photos by Arif Ismail

https://www.facebook.com/Ariffisma?fref=ts



Salam dari saya,
Rose
11th.Aug '12