Blogger templates

Saturday, 20 June 2015

Trifle Mudah

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua teman-teman diluar sana!

Hari ni masuk hari ketiga kita berpuasa bagi tahun 2015. Harap-harap kita semua dapat menyempurnakan puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Okay, hari ni saya nak letak resipi pemanis mulut yang sangat mudah dan sangat yummy, iaitu trifle. Trifle ni adalah salah satu pemanis mulut kegemaran masyarakat British tapi sekarang dah jadi universal. Semua orang menyukainya. Saya pasti ramai yang dah biasa buat trifle ni dan dengan cara masing-masing.

Jadi, saya pun nak menyibuk juga postkan resipi ini ikut selera kami dirumah. Jom kita tengok cara nak menyediakannya.

1/2 kek (jenis kek bergantung selera anda, saya gunakan kek pisang)
Butterscotch
Krim
Pisang
Susu segar

Untuk menyediakan butterscotch:
1/4 salted butter
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu segar ataupun krim

Butterscotch saya berwarna lebih gelap sebab saya pakai gula merah, gula perang habis
Masukkan gula perang kedalam kuali yang kering. Kalau pakai non-stick pan lebih mudah.
Kemudian masukkan butter dan gaul perlahan-lahan. Pastikan api perlahan.
Terakhir masukkan susu dan kacau sehingga semuanya sebati.
Dah jadi butterscotch. Ketepikan dulu.

Kek :
Kek hanya perlu dipotong keping-keping, kemudian potong dadu pula.
Untuk melembapkan kek ini, kita akan campurkan sedikit susu (lebih kurang 4 sudu makan) sebelum di susun tindan.  Ketepikan.


Untuk krim :

1 cawan whipped krim
1/2 cawan gula kastor

i) Pukul kedua dua bahan sehingga sebati. Kalau agak cair bolehlah ditambah dengan sedikit tepung jagung. Adunannya harus seperti adunan kuih ketayap. Bila dah siap, ketepikan dulu.

ii) Kalau malas, boleh saja beli whipped light cream ataupun dessert topping yang banyak dijual di supermarket berdekatan rumah anda. Kita cuma perlu sembur ke atas kek kita nanti.

Saya lebih suka no i) sebab topping yang saya buat sendiri ni agak cair dan meresap masuk kedalam kek nanti.
Kalau guna yang no ii) lebih mudah dan nampak lebih cantik.

Pisang:
Boleh guna pisang emas atau pisang bunga atau apa2 saja. Pisang cuma perlu dipotong bulat-bulat.
Atau boleh saja ditambah dengan buah-buahan lain spt strawberri ataupun durian?

Okay, sekarang semua bahan dah siap, kita dah boleh susun tindan.
Ambil satu gelas kosong. Pertama sekali masukkan kek yang dipotong kecil tadi dilapisan paling bawah.
Selepas itu lapiskan dengan whipped cream dipermukaan kek. Susun pisang yang dipotong bulat tadi diatas krim.
Kini, lapiskan semula dengan potongan kek.
Kemudian tuang kan sedikit butterscotch keatas kek tadi.
Sekali lagi, lapiskan kek diatas butterscotch tadi.
Terakhir spray whipped cream atau tuang masuk perlahan-lahan adunan krim tadi.
Hiaskan dengan pisang yang diatas permukaan krim itu.

Ini gambar untuk blog

Dah siap. Lebih sedap apabila disejukkan lebih kurang setengah jam sebelum dimakan.
Selamat mencuba!

Gambar ini pula versi untuk makan dirumah..

Salam dari saya,
Rose
20th.June '15



No comments:

Post a Comment