Blogger templates

Sunday, 24 May 2015

Orang Malaysia Baik-Baik Ke?

Assalamualaikum semua,

Semenjak saya masih bersekolah sehingga ke hari ini, saya selalu dengar orang cakap, terutamanya pengunjung dan pelancong dari luar negara mengatakan yang orang Malaysia sangat ramah dan baik-baik belaka. Kembang hidung bila dengar pujian melambung macam tu dari mat saleh mat saleh dan juga pelancong lain seperti dari Timur Tengah ataupun Jepun. (Saya terlibat didalam sektor pelancongan sepanjang hayat kerjaya saya)

Tetapi apa yang saya lihat dan alami dipersekitaran saya menunjukkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang dikatakan oleh pelancong-pelancong tersebut. Salah satu sifat orang kita ialah gemar bercakap dibelakang. Saya bagi satu contoh. Ada satu pagi tu, saya nak beli kuih  buat sarapan pagi. Sebentar kemudian ada satu lelaki ni mai dengan motor dan bertanya, "Akak, nasi dagang ada?"
Mak Cik yang jual nasi lemak cakap tak ada. Lelaki tu tak jadi beli dan berlalu pergi. Mak Cik ni kemudiannya berpusing kearah saya dan dengan memuncungkan mukanya berkata, "Bila hari orang buat tak nak datang, hari yang tak ada baru nak tanya."
Laa..macam tu pulak. Macam manalah hamba Allah tu nak tahu bila hari dia buat nasi dagang dan bila hari pula yang dia tak buat. Sikap macam ni yang saya sangat tak berkenan.

Ada satu hari lain pula, saya ke kedai runcit 99 speedmart. Saya sedang beratur nak bayar. Di depan saya ada sorang anak muda, dia memegang not Rm50 untuk membayar barang yang dibeli. Bila jurujual tu punch in cash register, tertera harga RM5.40. Si jurujual ni tanya, tak ada duit kecil ke? Anak muda tu jawab tak ada. Jurujual tanya lagi, syiling 40 sen ada? Jawab anak muda tak ada. Saya yang berdiri disitu nampak wajah anak muda ni agak malu sebab harga barangan yang dibeli kecil tapi menggunakan not besar.
Saya ambil 40 sen dari beg duit saya dan cuba beri kepada gadis jurujual tu. Tanpa memandang ke arah saya dia cakap tak payah. Kemudian dia ambil duit RM50 anak muda tadi dan sebentar kemudian memulangkan bakinya. Baru saja anak muda itu berlalu pergi, gadis jurujual ni merungut sendirian, "Nak beli barang banyak tu, nak pakai duit besar. menyusahkan orang ja."
Saya terdiam tak berkata apa-apa cuma hati saya berkata, dengan harga lima ringgit lebih tu dari seorang pelanggan jika didarab dengan seratus orang dah jadi RM500 sehari. Dari lima ratus ringgit sehari jika didarab pula dengan tiga hari sahaja dah dapat bayar gaji dia untuk sebulan.
Jadi, apa hal yang sombong dan bongkak sangat? Bukankah anak muda itu juga memainkan peranan membayar gaji dia?

Begitu juga dengan anak-anak. Baru-baru ni saya baca satu blog ni pasal seorang doktor wanita yang nak merawat gigi seorang anak kecil. Setiap kali apabila dia cuba memeriksa gigi anak itu, anak kecil itu akan menjerit perkataan babi kepada doktor berkenaan. Doktor tersebut hanya berjaya melakukan pemeriksaan pada cubaan yang ketiga. Kenapa anak itu bersikap sebegitu? Kalau kita tanya kepada ibu bapa kanak-kanak itu, mati hidup balik pun dia orang tak akan mengaku pernah menyebut perkataan tersebut didepan anak-anak. Selalunya jawapan selamat yang diberi ialah, mesti dengar dari anak-anak jiran ni.
 
Sekarang saya pergi ke keadaan yang lebih serius dan menyedihkan. Dalam surat khabar hari ni, kubur besar di temui berhampiran Wang Kelian dekat Perlis dipercayai kubur warga Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di negara mereka. Mereka telah dibunuh secara beramai-ramai atas sebab yang saya tidak faham. Saya malu, saya sangat-sangat malu apabila didalam berita itu dikatakan yang rakyat kita juga terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai itu. Kejam dah tetap kejam tetapi yang paling saya sedih, dimana hilangnya sifat kemanusiaan kita. Dah tak ada hati perut kah manusia dizaman kini? Ya Allah, kalau pun kita tak dapat nak bantu mereka, kalaupun kita tak dapat nak bersimpati dengan nasib mereka, janganlah pembunuhan yang dijadikan jalan terakhir untuk melenyapkan mereka ini dari muka bumi. Siapa kita untuk berbuat begitu.

Kenapa kita bersikap begitu? Saya pasti ada yang akan berkata perangai sebegini bukan berlaku di negara kita saja malah di seluruh dunia dan adakalanya lebih teruk dan kejam dari apa yang berlaku disini. Betul tapi saya tak nak ambil tahu pasal luar negara, saya nak cakap pasal orang kita sebab orang kita dikatakan sangat baik, sangat ramah dan sangat berbudi bahasa.
Jadi kalau semua sikap diatas ada dengan kita, kenapa masih ramai yang mengamalkan sikap jelek dan buruk terhadap sesama sendiri?

Orang kita sekarang sangat suka dengan budaya mencarut dan memaki hamun sesama sendiri. Blog saya sendiri (didalam bahasa Malaysia) tak punya ramai pengikut yang mengikut tulisan saya mungkin disebabkan kurangnya bahasa kesat atau lucah. Agaknya kalau tak mencarut atau mencaci orang lain, orang itu akan dikategorikan sebagai tak "in" atau tak "happening". Bagi saya kalau tak jadi happening pun tak apa lah, asalkan kita yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Pada pandangan saya, orang kita suka bermuka-muka. Kat depan orang semua nak tunjuk baik. Dia lah yang paling hebat, dialah yang paling alim dan dialah yang paling penyayang. Itulah yang kita lakukan dengan orang luar ataupun dengan pelancong. Kita senyum dengan ramah, dengan tahap paling mesra apabila cuba menunjuk arah jalan kepada mereka, tetapi apabila berada didalam komuter, kita lupa sikap mulia kita itu dengan berpura-pura tidur didalam coach supaya tak payah beri tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan.

Jadi siapakah kita? Baik, mesra, ramah atau pun sebaliknya? Fikir-fikirkan lah.

Salam dari saya,
Rose
24th.May '15

No comments:

Post a Comment