Blogger templates

Sunday, 3 January 2016

Kambing Badam Masala

Salam semua,

Dah lama tak makan nasi beriani. Di rumah pulak ada daging kambing yang saya beli hari tu. Since semua ada di rumah kecuali Sophie, saya buat nasi beriani beserta Daging Kambing Masala.

Banyak bahan yang diperlukan untuk masakan ni tapi berbaloi memasaknya.

Bahan-bahan yang diperlukan

1 kg kambing dipotong kecil
2 labu bwg merah /  2 inci halia ( dikisar bersama)
1/2 cawan tairu atau yogurt
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih
bawang goreng (diramas hancur)
( semua bahan ini digaul sekali dengan daging kambing) - ketepikan


Bahan tumis :

Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, bunga lawang dan daun bay (serba sedikit)
4 labu bawang besar dihiris nipis

Bahan tambahan :
2 gelas air
Minyak ghee 2 sudu makan & 2 sudu makan minyak masak
1/2 cawan badam yang digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
1/4 cawan susu cair
2 sudu makan garam masala
Gula dan garam untuk perisa

Cara memasak :


Tumis bahan tumis dulu diikuti dengan bawang besar yg dimayang.

Bila bawang dah agak kekuningan, masukkan daging kambing dan tutup.

Kuatkan api selama lebih kurang 5 minit. Kambing akan bertukar keperangan.

Tambah masuk air 2 gelas dan tutup periuk.

Biarkan sehingga empuk sekurang-kurangnya 45 minit.

(Tambah air lagi sekiranya kuah kekeringan)

Bila dah hampir empuk, masukkan serbuk badam, susu cair dan garam masala.

Biarkan sehingga mendidih dan kuah menjadi agak pekat.



Terakhir, jangan lupa tambah garam dan gula mengikut selera anda.

Salam dari saya,
Rose
3rd.Jan '16



No comments:

Post a Comment