Blogger templates

Tuesday, 15 December 2015

Makan Makan Di Pantai Cenang

Assalamualaikum semua,

Semalam (15/12/15) saya berpeluang balik sekejap ke Langkawi. Yayy..dah setahun saya tak kesana, al maklumlah sibuk sedia kala di Sg Buloh ni.

Sebenarnya saya ikut Soffian balik sebab dia nak attend wedding best friend dia jadi saya pun ikut jugalah. Sampai di Langkawi, kami berpecah, dia ikut kawan-kawan dia yang berkodi-kodi di Langkawi ni manakala saya ikut anak sulung saya, Ariff yang sudah pun menunggu setibanya saya di sana.

Tanya Ariff pada saya, ma nak makan apa malam ni. Jawab saya ma nak makan yang simple tapi tempat yang selesa. Biasalah, saya kurang makan sebelah malam. Mana tau tiba-tiba dia bawa saya ke satu tempat di Pantai Cenang, The Brasserie nama restaurant tu. Pemilik dia mat salleh. Kalau dah mat salleh punya dah tentu semua makanan dia western dan dah tentu-tentu mahal.
Tapi tak pa lah since Ariff yang belanja bukan saya.



Pada yang teringin nak kesini, anda harus ke Pantai Cenang dulu. Agak susah saya nak describe jalan nak masuk ke restaurant ni sebab ianya terletak dibelakang, iaitu menghadap ke laut. Apa-apapun cuba cari Cenang Mall dulu, bila dah jumpa, kena cross the road, meaning restaurant ni bertentangan dengan Cenang Mall. Dari situ jalan masuk sehingga ke pantai. Anda akan jumpa restaurant ni di situ.


Disebabkan kami berdua sampai pada waktu makan malam, berpeluang juga tengok kerlipan lampu-lampu di tengah laut yang meriah. Tahu kenapa banyak lampu sebegitu? Ini masa mencandat sotong. Musim menangkap sotong di Langkawi.


Ini yang saya order, seafood pasta. Harga RM 32.00 kalau tak silap.


Ini yang Ariff punya, Chicken Breast with Spinach. Saya tulis biar senang di paham, kalau ikut menu rasa nak makan pun tak tahu apa ke benda nya yang dia orang hidang ni. Yang ini kalau tak silap RM 36.00

Di samping itu, ada complimentary side dish iaitu multi grain bread, garlic bread dengan sosnya minyak zaitun dan bwg putih.

Hidangan ni dikira starter belum lagi main course. Kalau main course kopak jugak kot.
Apa pun, saya enjoy spaghetti udang tu dan ayam yang Ariff order pun sangat sangat sedap. Ayam tak kering dan di masak sempurna.

Harga semua sekali lebih kurang RM 96.00. Apa pendapat anda? Kalau anda inginkan suasana yang santai dan romantik, ini adalah tempat yang sempurna. Cuma satu yang menjadi masaalah buat saya, tempat ni terlalu gelap sampai nak baca menu kena buka cahaya dari handphone. Ingatkan saya sorang saja begitu, rupanya berderet-deret mat salleh yang datang selepas kami pun terpaksa berbuat demikian.

Jadi, itu saja entry saya untuk hari ini.

Salam dari saya,
Rose
16th.Dec '15

3 comments:

  1. ooo... musim mencandat sotong rupanya sekarang ni. biasa nya sampai bila yer musim candat sotong ni? macam menarik jer..

    ReplyDelete
  2. Salam Aidi, akak tanya kat kawan, dia org kata sampai bulan March akan datang.
    Tapi ikutkan kita, bila-bila pun boleh, cuma tak banyak sotong klu bukan musim dia..

    ReplyDelete
  3. makanan di The Brasserie ini Halal tak. Kita ada limitation so kena tanya lah.

    ReplyDelete