Blogger templates

Friday, 17 April 2015

Kerabu Betik

Salam semua,

Hey all, how's everybody doing? Letih dan pening kepala dengan segala masalah yang tak pernah habis di dalam kehidupan seharian kita kan? Saya faham sangat, saya pun macam tu. Tapi itulah, kita manusia, harus belajar menerima segala masalah dengan tenang dan cuba untuk mengatasinya.

Untuk mengurangkan masalah di dada, jom kita cuba buat kerabu betik.
Saya masak apa hari ni? Hari ni saya masak cara orang malas. Saya goreng ikan favourite saya iaitu ikan kembong, saya buat sikit sambal ayam dan terakhir saya buat kerabu betik.

Jadi untuk entri hari ni saya letakkan resipi kerabu betik versi saya.

Bahan-bahan :

1/2 biji betik (saiz sederhana- 1/4 masak)
1 sudu teh udang kering disangai dan ditumbuk
2 sudu teh sos ikan
 sedikit gula
sedikit garam
2 cili merah/hijau
4 bji cili api
1 labu bawang besar di mayang
1 batang bunga kantan yang dihiris nipis dan halus
2 sudu makan jus lemon (boleh ditukar dengan limau nipis)
1 sudu makan cuka (kalau tak suka tak payah pakai)
2 sudu makan kacang tanah yang ditumbuk kasar

Caranya :


Parut betik biar nipis dan memanjang.
Hiris nipis bunga kantan dan masukkan kedalam betik tadi.

Tumbuk cili merah dan cili api.

Bila semua bahan dah siap ditumbuk atau dipotong, masukkan semua sekali kedalam mangkuk berisi betik tadi.
Campuran liquid seperti, jus lemon atau cuka haruslah dituang mengikut kesesuaian selera kita.
Begitu juga dengan garam dan gula.
** Sukatan yang saya beri diatas adalah sebagai panduan. Kalau suka lebih masam, maka lebihkan jus lemon, begitu juga dengan lain-lain bahan.


Inilah rupa Kerabu Betik yang dah siap untuk dimakan.

Salam dari saya,
Rose
17th.April '15

No comments:

Post a Comment