Blogger templates

Sunday 15 December 2013

Kus Kus

Assalamualaikum semua,

Makanan ruji kita di Malaysia ialah nasi. Yang tu dah wajib. Kalau tak da nasi macam tak sah hidangan kita untuk hari tu. Tapi sekarang kebanyakan dari kita dah mula menjaga kesihatan, maka ramai yang menjaga pemakanan harian dengan mengurangkan memakan nasi terutamanya untuk makan malam.

Saya memang amat jarang makan nasi di waktu malam. Tapi sekarang kalau teringin nak makan makanan yang berlauk, saya dah boleh makan sikit iaitu saya masak kus-kus (couscous).

Ada banyak cara untuk kita makan dan menyukai kuskus ni tapi saya tulis yang paling basic dan senang. Rasa kuskus ni agak hambar atau tasteless. Tapi kalau kita pandai mempelbagaikannya ia akan jadi hidangan yang sedap dan menarik.

Cara penyediaannya pun sangat senang :

Kuskus ada di jual disupermarket biasa.

1 cawan kus kus
1 cawan air atau 1 cawan stok ayam
sepotong butter (anggaran 2 jari)
1 sudu makan minyak zaitun
sikit garam
sikit lada putih

1 cawan kuskus

Panaskan mangkuk tahan panas atau periuk kecil yang ada penutup dengan api sederhana.


Masukkan minyak zaitun dan butter . Biarkan butter cair sekejap. Kalau nak masukkan sikit bwg putih pun boleh.

Sementara itu, masak air di dalam cerek sehingga mendidih.

Kalau pakai stok ayam, panaskan dulu stok tu, kemudian tuang masuk kedalam butter yg sedang dicairkan, diikuti dengan kus-kus .
Masukkan juga garam dan lada putih.

Gaul rata. Tutup api.



Ini rupa kuskus yang dah masak

Biarkan selama lebih kurang 10 minit. Buka penutup dan dengan menggunakan garfu kacau dan gemburkan kuskus tadi sehingga sekata dan fluffy.


Boleh dimakan dengan apa saja. Saya padankan kuskus ni dengan ayam panggang. Tengok resipi ayam panggang dalam entry lepas. Secara peribadi, saya sangat sukakan rasanya yang tidak terlalu berat bagi perut saya.

Ia mungkin agak asing bagi orang kita nak get adjusted dengan makanan ni. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Salam dari saya,
Rose
15th.Dec '13






No comments:

Post a Comment