Blogger templates

Friday 29 May 2015

Aura Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi Sabtu dan selamat beristirehat kepada yang bercuti hari ni. Dah dua tiga hari saya agak sibuk terkejar ke sana kemari menguruskan hal-hal berkaitan anak-anak dan diri saya sendiri.
Badan cepat letih bila usia sudah sebegini tetapi lebih elok saya sibukkan diri dengan sesuatu daripada duduk tanpa berbuat apa-apa yang mana boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti kemurungan, lengai otak dan penyakit kronik.

Malam tadi (29hb.May), walaupun sudah tersangat letih, saya tetap menghadirkan diri ke satu majlis ceramah Israk Mikraj yang di anjurkan oleh Pasaraya Syed di Sungai Buloh dengan penceramahnya adalah Ustaz Kazim Elias. Dah dua tiga kali saya terlepas ceramah yang dikendalikannya sebab pertindihan masa. Jadi, malam tadi walaupun saya lewat sampai rumah iaitu sekitar jam 8 malam (majlis bermula jam 9malam), saya dan Sara tergesa-gesa mandi, solat dan menyiapkan diri sebelum bertolak keluar rumah lebih kurang jam 8.20pm.

Kami sampai di sana10 minit sebelum jam 9. Suasana disitu dah sesak dengan orang ramai, baik lelaki maupun perempuan. Perkara pertama yang terlintas dikepala saya dan saya katakan kepada Sara ialah, samada Ustaz Kazim akan mulakan ceramah tepat pada masanya. Saya seorang yang selalu tepati masa dan saya akan menilai seseorang itu dengan cara ini. Sebentar kemudian, seorang lelaki ke depan dan menghampiri mikrofon memaklumkan kepada hadirin yang majlis akan dimulakan sebentar lagi. Buat sementara waktu jamuan ringan akan diedarkan kepada orang ramai sumbangan Pasaraya Syed.

Apa yang saya harapkan daripada Ustaz Kazim tercapai. Beliau seorang yang menepati masa. Walaupun ceramah tidak berlangsung tepat jam 9 tetapi Ustaz Kazim telah terpacak berada disitu pada masa yang ditetapkan. Dia hanya menunggu crew menyiapkan mikrofon dan makanan yang diedarkan. Sementara menunggu semuanya siap, beliau berdiri dan mengadap hadirin sambil memberikan pose yang santai kepada orang ramai yang ingin mengambil gambarnya. Sangat santai bagi seorang ustaz.

Ceramahnya bermula tanpa mukadimah yang panjang dan membosankan. Beliau terus pergi ke tajuk yang di tetapkan. Seperti biasa, ceramah yang disampaikannya sangat berkesan (sekurang-kurangnya kepada saya) Dalam ceramah malam tadi, Ustaz Kazim banyak menekankan tentang cara solat yang kita dirikan.

Ada ramai ustaz, ustazah dan penceramah lain yang berkaliber didalam memberikan ceramah yang berkesan kepada kita sebagai umat Islam. Tetapi apa yang saya kagumi tentang Ustaz Kazim ialah beliau seorang yang amat menghormati kaum wanita, kanak-kanak dan orang muda. Banyak kali didalam ceramahnya beliau menekankan supaya kita bercakap dengan nada yang lembut terhadap anak-anak, selalu berkias kepada para suami supaya menghargai isteri mereka dan mengucapkan terima kasih diatas segala pengorbanan yang mereka lakukan kepada para suami dan keluarga.

Dalam ceramah semalam, Ustaz Kazim mengingatkan agar kita sentiasa menyebut perkataan "tolong" walaupun kepada kanak-kanak apabila memerlukan sesuatu. Inilah yang kurang didalam masyarakat kita. Kita kurang menekankan sikap menghormati kepada orang-orang yang lebih muda daripada kita tetapi sebaliknya mengharapkan hanya golongan muda sahaja yang menghormati kita yang tua.

Cara pembawakan diri yang santai dan bersahaja membuatkan Ustaz Kazim salah seorang penceramah yang diminati ramai. Auranya dapat dirasai saat dia sampai dipekarangan khemah ceramah. Ramai yang mengambil gambarnya, tak ubah seperti seorang selebriti. Tidak berlebihan kalau saya katakan yang aura dan populariti yang ada pada Ustaz Kazim melebihi sesetengah selebriti yang ada di Malaysia ini.
Setiap ayat dan perkataan yang disampaikan, saya dapat absorb dan applykan dalam kehidupan seharian saya. Dia telah berjaya membuatkan saya menghargai kehidupan yang saya ada dan menilai semula kelemahan yang ada pada diri saya.

Mungkin ada yang tidak menyenangi cara dan corak penyampaian yang dilakukan oleh Ustaz Kazim tetapi kalau kita lihat dari satu sudut, dia telah berjaya membuatkan orang ramai lebih berminat untuk pergi mengikuti ceramah-ceramah agama berbanding dulu.
Seperti biasa didalam setiap ceramahnya dia akan menyelitkan potongan dan bait-bait lagu yang berkaitan dengan topik yang disampaikan.
Dia juga menyelitkan kejadian seharian yang tanpa kita sedari kita lakukan setiap masa. Gurauan dan jenakanya telah menjadikan ceramah agama lebih hidup dan menghiburkan daripada satu ketika dahulu yang mana ceramah agama lebih banyak menakut-nakutkan kita dengan alam kubur dan seksaan yang amat dahsyat. Memang harus kita mengingati hari mati dan azab seksaan yang bakal kita hadapi, tetapi harus diberi dengan cara yang tidak membuatkan seseorang itu merasakan agama Islam adalah agama yang keras yang hanya akan menyeksa dan menghukum orang sahaja. Daripada itu barulah kita akan dapat menarik minat ramai untuk mendalami agama kita dengan lebih mendalam dan hati yang lebih terbuka.

Semoga Allah akan membuka jalan yang lebih mudah buat Ustaz Kazim dan juga para penceramah yang lain untuk terus berbakti kepada umat Islam.

Sekian dari saya,
Rose
30th.May '15

Sunday 24 May 2015

Orang Malaysia Baik-Baik Ke?

Assalamualaikum semua,

Semenjak saya masih bersekolah sehingga ke hari ini, saya selalu dengar orang cakap, terutamanya pengunjung dan pelancong dari luar negara mengatakan yang orang Malaysia sangat ramah dan baik-baik belaka. Kembang hidung bila dengar pujian melambung macam tu dari mat saleh mat saleh dan juga pelancong lain seperti dari Timur Tengah ataupun Jepun. (Saya terlibat didalam sektor pelancongan sepanjang hayat kerjaya saya)

Tetapi apa yang saya lihat dan alami dipersekitaran saya menunjukkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang dikatakan oleh pelancong-pelancong tersebut. Salah satu sifat orang kita ialah gemar bercakap dibelakang. Saya bagi satu contoh. Ada satu pagi tu, saya nak beli kuih  buat sarapan pagi. Sebentar kemudian ada satu lelaki ni mai dengan motor dan bertanya, "Akak, nasi dagang ada?"
Mak Cik yang jual nasi lemak cakap tak ada. Lelaki tu tak jadi beli dan berlalu pergi. Mak Cik ni kemudiannya berpusing kearah saya dan dengan memuncungkan mukanya berkata, "Bila hari orang buat tak nak datang, hari yang tak ada baru nak tanya."
Laa..macam tu pulak. Macam manalah hamba Allah tu nak tahu bila hari dia buat nasi dagang dan bila hari pula yang dia tak buat. Sikap macam ni yang saya sangat tak berkenan.

Ada satu hari lain pula, saya ke kedai runcit 99 speedmart. Saya sedang beratur nak bayar. Di depan saya ada sorang anak muda, dia memegang not Rm50 untuk membayar barang yang dibeli. Bila jurujual tu punch in cash register, tertera harga RM5.40. Si jurujual ni tanya, tak ada duit kecil ke? Anak muda tu jawab tak ada. Jurujual tanya lagi, syiling 40 sen ada? Jawab anak muda tak ada. Saya yang berdiri disitu nampak wajah anak muda ni agak malu sebab harga barangan yang dibeli kecil tapi menggunakan not besar.
Saya ambil 40 sen dari beg duit saya dan cuba beri kepada gadis jurujual tu. Tanpa memandang ke arah saya dia cakap tak payah. Kemudian dia ambil duit RM50 anak muda tadi dan sebentar kemudian memulangkan bakinya. Baru saja anak muda itu berlalu pergi, gadis jurujual ni merungut sendirian, "Nak beli barang banyak tu, nak pakai duit besar. menyusahkan orang ja."
Saya terdiam tak berkata apa-apa cuma hati saya berkata, dengan harga lima ringgit lebih tu dari seorang pelanggan jika didarab dengan seratus orang dah jadi RM500 sehari. Dari lima ratus ringgit sehari jika didarab pula dengan tiga hari sahaja dah dapat bayar gaji dia untuk sebulan.
Jadi, apa hal yang sombong dan bongkak sangat? Bukankah anak muda itu juga memainkan peranan membayar gaji dia?

Begitu juga dengan anak-anak. Baru-baru ni saya baca satu blog ni pasal seorang doktor wanita yang nak merawat gigi seorang anak kecil. Setiap kali apabila dia cuba memeriksa gigi anak itu, anak kecil itu akan menjerit perkataan babi kepada doktor berkenaan. Doktor tersebut hanya berjaya melakukan pemeriksaan pada cubaan yang ketiga. Kenapa anak itu bersikap sebegitu? Kalau kita tanya kepada ibu bapa kanak-kanak itu, mati hidup balik pun dia orang tak akan mengaku pernah menyebut perkataan tersebut didepan anak-anak. Selalunya jawapan selamat yang diberi ialah, mesti dengar dari anak-anak jiran ni.
 
Sekarang saya pergi ke keadaan yang lebih serius dan menyedihkan. Dalam surat khabar hari ni, kubur besar di temui berhampiran Wang Kelian dekat Perlis dipercayai kubur warga Rohingya yang melarikan diri dari keganasan di negara mereka. Mereka telah dibunuh secara beramai-ramai atas sebab yang saya tidak faham. Saya malu, saya sangat-sangat malu apabila didalam berita itu dikatakan yang rakyat kita juga terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai itu. Kejam dah tetap kejam tetapi yang paling saya sedih, dimana hilangnya sifat kemanusiaan kita. Dah tak ada hati perut kah manusia dizaman kini? Ya Allah, kalau pun kita tak dapat nak bantu mereka, kalaupun kita tak dapat nak bersimpati dengan nasib mereka, janganlah pembunuhan yang dijadikan jalan terakhir untuk melenyapkan mereka ini dari muka bumi. Siapa kita untuk berbuat begitu.

Kenapa kita bersikap begitu? Saya pasti ada yang akan berkata perangai sebegini bukan berlaku di negara kita saja malah di seluruh dunia dan adakalanya lebih teruk dan kejam dari apa yang berlaku disini. Betul tapi saya tak nak ambil tahu pasal luar negara, saya nak cakap pasal orang kita sebab orang kita dikatakan sangat baik, sangat ramah dan sangat berbudi bahasa.
Jadi kalau semua sikap diatas ada dengan kita, kenapa masih ramai yang mengamalkan sikap jelek dan buruk terhadap sesama sendiri?

Orang kita sekarang sangat suka dengan budaya mencarut dan memaki hamun sesama sendiri. Blog saya sendiri (didalam bahasa Malaysia) tak punya ramai pengikut yang mengikut tulisan saya mungkin disebabkan kurangnya bahasa kesat atau lucah. Agaknya kalau tak mencarut atau mencaci orang lain, orang itu akan dikategorikan sebagai tak "in" atau tak "happening". Bagi saya kalau tak jadi happening pun tak apa lah, asalkan kita yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Pada pandangan saya, orang kita suka bermuka-muka. Kat depan orang semua nak tunjuk baik. Dia lah yang paling hebat, dialah yang paling alim dan dialah yang paling penyayang. Itulah yang kita lakukan dengan orang luar ataupun dengan pelancong. Kita senyum dengan ramah, dengan tahap paling mesra apabila cuba menunjuk arah jalan kepada mereka, tetapi apabila berada didalam komuter, kita lupa sikap mulia kita itu dengan berpura-pura tidur didalam coach supaya tak payah beri tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan.

Jadi siapakah kita? Baik, mesra, ramah atau pun sebaliknya? Fikir-fikirkan lah.

Salam dari saya,
Rose
24th.May '15

Sunday 17 May 2015

A Food Blogger and A Failed Muffin Decorating

Hey people!

Happy Mother's Day to mothers all over the world! Are your children treating you right? Did they at least spend a few hours spoiling you on this special day for us?

As for me, I don't usually celebrate it as I don't see any need for my children to shower me with gifts and exaggerated love for this day only. I want their love and attention all the time. Period.
But a week ago (8th.May), I got a pleasant surprise when a local radio station called Sara's cell phone. Her phone was with me. Don't ask why I took Sara's phone and where is my phone. Just focus on my story. Okay let's get on with it. I picked up the phone and at the same time wondering who could it be. The caller asked to speak to Sara and I told her Sara was not available and asked the caller what is it regarding. She said it's regarding the contest that Sara sent in, a mother's day contest. And she continued to say that Sara has made it to semi final.

Wow! Talk about luck. I got home later on and told Sara to standby because the lady was about to call her again. Later on when Sara got the chance to speak to her, she requested for both of us to present ourselves at one shopping mall in the city for a mini chiffon cake decorating. The hitz.fm radio station was collaborating with a bread company called Massimo.

Okay, now come the hard part. I am sure many of you have known me as a feature writer in my blog. Having said that, I am also also a food blogger, even though I only write in Malay language. My issue is my food blog is filled with local cuisine of which I am good at. But I was never a master in bakery, cake baking or cookies. (I will only upload recipes of cakes and cookies if my son, Ariff is around to help me out as he is a chef de partie at a hotel in Langkawi).

Thus, when we were required to attend ourselves at the shopping mall yesterday at 11:00am to compete against 4 other couples to decorate a mini chiffon cake, I or rather we were slightly daunted. Do you people know why? Because between the three of us girls at home, only Sophie is feminine. She is the one who loves flowers, the one who'd go ga-ga over a new pair of shoes or things like that. That is why I truly believe she'd be better to enter this type of competition. But we can't send Sophie there simply because Sara is the one who entered the competition and since it's for mothers, then I definitely had to be there! Alas, worry not because the two of us had put up a brave face and did ourselves proud when we managed to decorate the little cakes and completed about 9 pieces in the 30 minutes frame.

Taa daa! See the picture above? That's our version of muffin decorating. Any chefs out there brave enough to compete against us?
Even I cringed at the sight of our creation.

Among all the contestants, I would say ours was the least attractive. But we were happy with ourselves. The other 4 couples did well too, well, they were not that outstanding either but theirs were definitely prettier than ours.

 We had great fun that day and on top of that we managed to bring home a one thousand ringgit, a hamper and a bag filled with mini chiffon cakes.

So, once again mothers, happy mother's day and have fun wherever you are! And by the way, today is my birthday. I am officially 52 this year. Pray for me for the best people and thank you for always being my readers.

Rose
17th.May '15

Tuesday 5 May 2015

Loghat Utara (Part 2)

Assalamualaikum semua,

Baru-baru ni bila saya belek-belek balik blog entry yang lama, saya terperasan post mengenai Loghat Utara yang saya postkan dulu adalah salah satu daripada blog yang mendapat sambutan luar biasa. Jadi hari ni, saya ingat nak sambung sikit lagi mengenai topik ini.

Bagi sesiapa yang jarang bergaul dengan orang utara, jangan cepat terasa hati apabila ditegur atau bergurau dengan orang sebelah utara ni. Sebabnya, cara percakapan dan intonasi bagi kami disebelah sini agak kasar, tapi percayalah orang utara ni kebanyakannya sangat peramah. Terkadang tu terlebih peramah la pulak, tambah-tambah lagi bila bersembang dengan orang-orang tua ataupun orang lama. Orang-orang tua ni kalau bersembang depa akan tanya habih, asai usui (asal usul) kita.
Cek ni mai dari mana, nak pi rumah sapa, pasai apa, depa sangkut lagu mana dengan cek ni, cek ni dah menikah ka belum, orang rumah kerja ka, anak berapa? And the list goes on. Bila orang-orang tua ni membuat soal selidik dengan kita, bukanlah bermaksud nak jadi kepoci atau busy body tapi itulah yang dikatakan ramah mesra. Cara depa menunjukkan besar hati dapat berkenalan dengan orang baru.

Kalau adik2 dan abang2 tak suka dengan cara depa, minta diri dengan sopan dan berlalu pergi cepat-cepat. Tak jadi masalah. Saya tahu keadaan ini sebab dulu semasa masih bersekolah, perkara yang sama terpaksa kami harungi. Harungi tu, bunyi ayat macam seksa amat hidup saya dimasa dulu! Kalau ada sesapa mai rumah arwah tok, mulalah sesi soal jawab yang terpaksa saya layan tanpa henti. Walaupun saya tak berapa senang dengan keadaan ini, saya tetap melayan mereka sebab telah dididik sebegitu iaitu menghormati orang yang lebih tua.

Dari orang-orang lama ini jugalah saya dapat membuat penambah-baikan vocab saya didalam penggunaan loghat utara. Kat rumah ni, kadang-kadang saya menggunakan perkataan lama ni apabila bercakap dengan anak-anak saya. Secepat kilat dia orang akan berpaling ke arah saya, "Ma, is that a new word or what?" Ataupun, "Amboi mama ni, semenjak melangkah masuk angka 50-an ni, banyak sungguh penggunaan bahasa baku dia." Saya menjawab, "kalau ma tak guna, nanti akan hilang perkataan-perkataan ni sebab dalam rumah ni tak dak sapa pun yang tau akan wujudnya perkataan ni. Jadi bila ma kerap gunakan, lambat laun semua orang akan dapat juga satu dua perkataan baru.

Jom tengok sikit lagi perkataan baru yang saya kerap gunakan :

1  ) Luak  - Maksudnya berkurang. Contoh ayat, "Biar la kalau dia nak merenung hang sepanjang hari pun, tak luak pun.

2) toyu -  maksudnya kicap

3) hat - maksudnya yang. Contoh ayat: Aku sayang kasut tu, hang ambik hat lain lah.

4) merap ataupun memerap - maksudnya merengek terutamanya anak-anak kecil. Contoh ayat : Awat dengan adik ni, dok merap dari tadi, bagi susu pun tak mau.

5) ikan temenung - sebelah selatan sebut ikan kembung

6) sayup/sayop - maknanya hari dah lewat ataupun terlambat. Contoh ayat : Jom la cepat. Dah sayop ni, tadi janji pukul 2, ni dah 2.30.

7) balun/taboh - maknanya pukul.

8) sakan - melebih-lebih atau tersangat atau sangat hebat. Contoh ayat, "Amboi hang, melaram sakan aku tengok hari ni. Nak pi mana?

9)mandom - maknanya lembab

10) baloq - maknanya pemalas. Kalau ditambah menjadi baloq liat maknanya pemalas yang teramat.

11) ketegaq – maknanya degil

12) kuyu – maknanya bagi chan (bagi chance) kat orang lain dalam nada bergurau. Contoh ayat: Ala..kalau setakat nak berlumba dengan hang, aku kuyu sepuluh meter pun tak heran.

13) bedak - cara sebutan bay-dak bukan bedak seperti bedak talkum tu. Maknanya bahagi-bahagikan. Contoh ayat : Ini ada sikit gula-gula. Nanti bedak kat semua budak budak kat tadika tu.

14) koi - maknanya makin.

Di atas adalah sebahagian lagi perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh orang utara untuk penggunaan harian mereka.
  
Pada pengamatan saya hari ini, pelakon-pelakon kita di Malaysia ni pun ramai juga yang dah pandai cakap Kedah ni, contohnya Johan (Radio Era). Sebutan dia dah agak elok. Shaheizy Sam pun boleh tahan juga sebutannya. Saya tak tahu Remy Ishak berasal dari mana, tapi dalam filem Cun (bersama Maya Karin), dia punya loghat Kedah dalam cerita tu, sebiji sebutan dan lenggok  orang Kedah. Saya rasa kalaupun dia bukan anak jati Kedah, dia pasti biasa menetap di Kedah untuk satu jangka waktu yang agak panjang untuk mendapatkan loghat sebegitu.

Kalau nak dengar loghat Penang yang pure, cuba dengar Azad Jasmin dan Faezah Elai cakap. Lenggok depa memang pure Penang.

Cuba dengar pulak Farid Kamil dan Bront Palarae. Kaw betui loghat Kedah depa. Rasanya Bront yang buatkan ayat "baq ang"  disebut selalu la ni. Maksud baq ang tu habaq kat hang ataupun nak bagitau engkau. Kalau pelakon perempuan yang pekat dengan loghat utaranya pula adalah seperti Rita Rudaini, Kartina Aziz dan Rozita Che Wan.

Perbandingan yang boleh saya buat mengenai cara percakapan orang utara dengan Selatan adalah seperti diantara American English  dan British English. Cara percakapan orang-orang disebelah selatan lebih lembut dan sopan, seperti British English manakala sebelah utara lebih kepada American English, iaitu sangat strong dan loud. Saya guna perkataan Inggeris untuk memberi lebih penekanan terhadap apa yang cuba saya sampaikan.

Rasanya sampai disini dulu penulisan saya untuk topic hari ni. Untuk penegtahuan semua, rindu saya kepada Pulau Langkawi masih berbaki. Saya rindukan deruan ombak, saya rindukan market yang dipenuhi ikan dan makanan laut yang segar dan saya rindukan suasana santai di pulau itu.

Saya kini dah menetap di Selangor lebih kurang setahun setengah.  Dikawasan perumahan saya ni, ramai juga warga Kedah yang tinggal di sini. Di kiri kanan rumah saya pun, orang Kedah. Jadi hilanglah rindu sikit kepada Langkawi.
Anak bongsu saya, si Sara yang belajar di Kolej Matriks Kuala Pilah pun menggunakan loghat utaranya semasa disana sehinggakan rakan-rakan dan gurunya juga terikut cara dia bercakap.

Apapun, jangan lupa dengan asal usul kita. Berbanggalah dengan warisan kita dan kembangkanlah  perbendaharaan kata yang sedia ada tak kira dialek itu dari daerah mana sekalipun.

Salam dari saya,
Rose
5th.May '15